20/04/2021
Wahai saudara dan saudariku, sembahyanglah.
Tidak kira apa jua yang berlaku dalam hidup kamu, sembahyanglah.
Tidak kira apa jua dosa yang kamu lakukan dan berapa banyak kamu melakukannya, sembahyanglah.
Tiada alasan.
Seorang wanita memberitahu aku, "Saudara, saya tidak memakai tudung."
Aku berkata kepadanya, sembahyanglah.
Dia memberitahu aku, "Lihatlah, cara pemakaian saya bukan yang terbaik."
Aku berkata kepadanya, sembahyanglah.
"Saudara, saya minum arak."
Sembahyanglah.
Seorang lelaki berkata kepadaku, "Saya menjual dadah."
Sembahyanglah.
"Saya mengambil dadah."
Sembahyanglah.
Tidak kira apa jua yang berlaku dalam hidup kamu, sembahyanglah.
Nabi SAW berkata, perbezaan di antara kamu dengan mereka (orang kafir) adalah sembahyang.
Sedangkan soalan pertama pada hari kiamat, yang akan ditanya kepada kamu adalah mengenai sembahyang.
Jika kamu lulus, maka segala-galanya selepas itu akan menjadi mudah.
Tetapi jika kamu gagal, maka segala-galanya selepas itu hanya akan bertambah buruk.
Jadi sembahyanglah.
Sembahyanglah saudara saudariku, kamu akan mendapat cinta dari Allah.
Sembahyanglah maka kamu akan mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
Bayangkan Allah itu rakan kamu.
Bukan setakat kekayaan, langit dan bumi juga adalah kepunyaan-Nya.
Kamu akan menjadi satu kuasa yang tidak dapat dihalang bila mana Allah berada di sisi kamu.
Jadi tolonglah saudara saudariku.
Tidak kira apa jua yang berlaku dalam hidup kamu, sembahyanglah.
Jangan biarkan sesiapa menghalang kamu daripada Allah.
Pabila dahi kamu menyentuh lantai ketika sujud, itulah waktu kamu paling dekat dengan Allah.
Menangislah kepada-Nya. Mintalah kepada-Nya. Mohon kepada Allah jalan petunjuk dan nescaya kamu akan bertemu kebahagiaan melalui sembahyang.
Sama-sama kita memohon kepada Allah agar menjadikan kita semua orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan tidak akan meninggalkannya tidak kira apa jua berlaku.