30/03/2026
Tahu tak macamana nak jimat separuh atau lebih dari bayaran cukai pendapatan?
1. Kita buka akaun SSPN dan simpanlah untuk pelajaran anak-anak. Menabunglah setiap anak tu dalam RM100-200 sebulan. Sebab pelepasan cukai adalah RM8K setahun. Banyak tu..
2. Kedua ambil plan hibah takaful dan medical card. Benda ni perlu untuk kau dan juga bantu kurangkan cukai. Dapat pelepasan RM3K untuk hibah dan RM4K untuk medical card.
3. Buat medical checkup setiap tahun, penting untuk kita tahu tahap kesihatan dan dapat pelepasan cukai RM1K. Buat pemeriksaan dan rawatan gigi dapat pelepasan RM1K, pergi vaksin pun dapat pelepasan RM1K juga.
4. Kalau doktor kata banyak bacaaan dah kat border atau dah lepas border maka kita tahu kita dah tak berapa nak sihat. Maka pergi join bersukan, masuk gym dapat pelepasan RM1K.
5. Pastu kalau beli buku, beli phone baru, atau ada pergi kursus kemahiran diri, belajar buat kek ka, belajar pasal social media ka AI ka, belajar buat sabun ka, simpan resit dia. Benda gini dapat pelepasan RM2.5K.
6. Kalau masih ada mak ayah, ajak diorang ke hospital setiap tahun dan buat medical checkup. Dapat pelepasan RM1K. Kalau mak ayah sakit, kita bantu beli ubat dan tanggung pelbagai kos rawatan, dapat pelepasan RM8K, simpan semua resit..
7. Kalau ada baby bawah 2 tahun dan beli alat pam susu tu pun dapat pelepasan cukai RM1K, simpan resit.
8. Ada anak tadika pun dapat pelepasan cukai RM3K, simpan resit yuran tu, jangan buang...
9. Bagi yang ada tanggungan tu dah dapat pelepasan RM9K. Ada anak bawah 18 tahun dapat pelepasan RM2K dan bagi yang ada anak OKU dapat pelepasan RM8K.
10. Duit caruman KWSP kita tu pun dapat pelepasan RM4K okeh.
Dan of course bayarlah zakat dapat rebat 100%. Kalau bayar zakat RM1K dapat tolak terus cukai RM1K
Ada lagi yang aku tak highlights contoh macam PRS, pemasangan pengecasan untuk kereta elektrik dan pembelian mesin kompos untuk sisa makanan. Yang ini dapat pelepasan RM5.5K semua. Bayaran interest pinjaman beli rumah pertama pun dapat pelepasan juga.
So kalau kita optimumkan perbelanjaan seperti di atas maka cukai kita akan jimat antara 60-80 peratus okeh.
So yang belum buat medical checkup, bolehlah pergi buat. Amalkan setiap tahun. Pergilah beli raket dan main badminton atau join gym mana-mana supaya lebih sihat.
Yang tak pernah check gigi tu pergilah buat scaling, bersihkan gigi tu, nak pakai lama. Senyum pun cantik.
Yang rasa nak belajar benda baru, boleh ambil short course atau kelas-kelas khas online ke offline ke dan simpan resit. Ilmu baru dapat, pelepasan cukai pun dapat.
Yang belum ada akaun SSPN untuk anak, bolehlah buka sekarang, online ja pun. Tapi tahun depan lah baru boleh dapat pelepasan cukai tu.
Yang belum ada medical card atau takaful hibah, boleh cari ejen-ejen yang korang kenal dan bincanglah plan yang sesuai ikut kemampuan.
Kita usahalah berbelanja untuk perkara yang dapat meringankan cukai kita dan jadikan habit simpan segala resit. Cukai ni wajib dibayar, jangan lari. Kalau kena nanti denda dia berganda-ganda dan boleh kena penjara.
So kita optimumkan sebaik mungkin pelepasan cukai yang diberi pada kita.
credit : KA