06/04/2021
Tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia
Pepatah di atas menggambarkan potensi serta peranan besar yang dipikul oleh wanita.Wanita memikul tanggungjawab sebagai sebagai isteri, ibu, penjaga ahli keluarga lain dan pengurus rumahtangga dan sebagai warga kerja negara.
Di Malaysia, tenaga kerja wanita yang berdaftar sentiasa meningkat setiap tahun (37% tahun 1970 dan 44.5% tahun 2000 (1).
Kesihatan mental yang baik sangat penting kepada wanita kerana ia boleh memberi kesan ke atas diri mereka dan orang di bawah jagaan mereka.
Apabila wanita mengalami masalah kesihatan mental, kemampuan menjalankan tanggungjawab seharian mereka boleh terjejas.
Ia boleh menjejaskan kesejahteraan dan kesihatan ahli keluarga yang lain.
Sebagai contoh, apabila seseorang wanita dilanda kemurungan, fikiran negatif dari kemurungan boleh menyebabkan mereka membuat keputusan kurang baik dalam pilihan pemakanan atau cara penjagaan anak-anak
Masalah kesihatan mental dalam kalangan wanita Masalah kesihatan mental melanda wanita dan lelaki pada kadar yang lebih kurang sama, Walau pun begitu, terdapat masalah-masalah tertentu yang hanya melanda wanita atau melanda wanita lebih daripada lelaki. Wanita terdedah kepada lebih banyak faktor (biologi, psikososial dan budaya) yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental. Ini termasuklah:
Diskriminasi terhadap wanita, penderaan seksual dan keganasan rumahtangga
Tanggungjawab yang yang semakin bertambah tanpa pertambahan sistem sokongan yang sewajarnya boleh menimbulkan kesukaran untuk menjayakan segala tanggungjawab mereka.
Faktor-faktor psikososial dan budaya ini menyumbang pada kadar yang berlainan terhadap wanita seluruh dunia. Wanita di negara membangun mungkin kurang mendapat peluang dalam masyarakat dan lebih terbelengu dengan diskriminasi dan penderaan. Manakala wanita di negara barat lebih banyak mendapat peluang dalam masyarakat dan bebanan mereka p**a adalah dalam mengimbangkan peranan di luar rumah dengan tanggungjawab kekeluargaan. Walaupun pengalaman wanita berbeza di seluruh dunia, mereka secara keseluruhannya terdedah kepada masalah atau kecelaruan mental yang sama
Sumber ::http://www.myhealth.gov.my/kesihatan-mental-dan-wanita/