27/12/2024
Cerita hidup 27/12/2024
Hari ini saya kasi kawan seorang pemohon insuran buat medical card utk anaknya yang berumur 12 tahun.
Dalam permohonan dia, dia katakan bahawa dia tiada apa² sejarah kesihatan yang tidak baik. Saya ambil maklum untuk itu.
Namun, selepas permohonannya diproses ternyata underwriter minta dia untuk buat medical check up secara general terhadap kesihatan dia. Tidak ada specific requirement.
Maka, saya atur temujanji utk pemohon (klien) ini ke klinik yang selalu saya hantar klien klien saya yang lain. Saya selesa dengan cara kerja klinik ini sebab tu saya adalah repetitive customer.
Sewaktu medical check up ini dijalankan, saya bersama dengan klien ini berdepan dengan doktor.
Sampai part, cek tekanan darah . . . maka bermula la cerita kaunseling hidup. Tekanan darah klien ini sangat tinggi. Doktor bilang, dia boleh dapat strok anytime. You have saved a life (Thank utk ini doktor 🙏).
Doktor cuba kasi rendah tekanan darah dengan letakkan pil di bawah lidah. Lepas tu, ambil balik ... masih yang sama.. Tekanan darah tidak kurang..
Mula la doktor tanya bagaimana dengan history keluarga. Klien saya bilang (saya mengenali klien ini dlm 2 bulan begitula. so, sya tidak tau macamana history family dia). Menurut klien ini ...
bapanya meninggal dunia 60 tahun sebab sakit tua (Doktor tdk percaya. umur 60 tahun bukan sakit tua , bilang tu doktor).
adiknya meninggal dunia 40 tahun disebabkan hypertension.
Doktor ini simpulkan bahawa bapanya juga kemungkinan besar meninggal disebabkan hypertension atau yang sewaktu dengannya.
Doktor ini mula menasihat klien saya utk jaga kesihatan. Dia suruh utk makan ubat hypertension. Klien ini cakap macam macam. Klien ini bilang, pernah kena bagi ubat tapi tu ubat bikin mengantuk & bla bla bla.. Saya hanya dengar perbualan mereka.
Doktor cakap dengan saya 'He is in denial. He knows he got the hypertension but deny it.'
Sebagai agent klien ini, saya ambil posisi sebagai peneguh kepada nasihat doktor tadi. 'Kamu adalah enjin dalam keluarga. Kamu masih ada 3 org anak yang bergantung hidup sama kamu. Tolong dengar nasihat doktor dan buat medical checkup penuh macam yang doktor cakap'. Saya harap dia ambil apa yang kami katakan.
***************************************************************************
Apa yang saya pelajari hari ini adalah ;
1) Buat medical checkup from time to time (sebaik2nya sekali dalam tempoh 6 bulan) supaya kita boleh trace apa yang sedang terjadi dalam tubuh kita **a reminder for me juga
2) Kalau sudah kesan ada yang tidak ngam dalam tubuh, akui itu dan ambil langkah utk menanganinya. Klien ini bilang, dia pernah stroke sebelah badan. Tapi, ada tukang urut yang urut dan kembali pulih.
3) Ambil insuran anak -anak seawal yang mungkin. Sebab, umur kita sebagai payor/proposer sangat berpengaruh dlm nilai perlindungan anak ini.
4) Klien ini sangat tau insuran ini penting. Ini juga terjadi selepas kematian isterinya. Misinya adalah pastikan supaya semua anak2nya juga ada polisi insuran yang lengkap. (terbaik boss). Klien ini cakap, isterinya meninggal tanpa insuran dan dia perlu tanggung 3 orang anak. Permulaan kehidupan sebagai single parent lebih mudah dengan ada insuran nyawa yang cukup si pasangan. Tiada yang mau tidak sama2 sampi ke tua, tapi bagitula kehidupan. Nafas ini tiada yg dapat kawal.
Terima kasih utk perjalanan hari ini.
Jadi seorang life insurance agent ada cabarannya tersendiri. Namun, menjadi satu kebahagiaan apabila dapat membantu orang yang perlu di bantu.
I love what I am doing.