IWP Group SDN BHD

IWP Group SDN BHD IWP Group : Build Your EMPIRE

Infinite Wealth Planner Group (IWP Group)
21/04/2026

Infinite Wealth Planner Group (IWP Group)






'Sepsis'
18/04/2026

'Sepsis'

Bila kita baca sijil kematian atau laporan perubatan arwah ahli keluarga, selalu sangat kita nampak ayat ni

“Sepsis with Multiple Organ Failure"

Lalu ramai yang tertanya-tanya, Sepsis tu penyakit apa sebenarnya? Kuman jenis apa yang kuat sangat sampai boleh bunuh manusia ni?

Sepsis bukan nama kuman. Sepsis ialah keadaan kecemasan apabila badan bertindak balas terlalu kuat terhadap sesuatu jangkitan, sehingga tindak balas itu sendiri mula merosakkan tisu dan organ penting. Jangkitan asal mungkin bermula dari paru-paru, saluran kencing, usus, kulit, atau luka

Jangkitan asal mungkin bermula dari

🦠 Jangkitan paru-paru (Pneumonia)
🦠 Kencing kotor (Jangkitan Saluran Kencing - UTI)
🦠 Keracunan makanan (Usus)
🦠 Luka di kaki (seperti pesakit kencing manis)

Tapi, bila kuman dah masuk ke dalam darah dan menjadi Sepsis, seluruh badan akan terjejas.

Di sinilah datangnya ayat “Multiple Organ Failure” (Kegagalan Organ ). Maksudnya, bukan satu organ je yang rosak, tapi paru-paru, buah pinggang, jantung, dan otak semuanya berhenti berfungsi secara serentak. Dalam bahasa mudah, badan sedang "tewas" sepenuhnya.

SEPSIS BUKAN DEMAM BIASA. Ia adalah perlumbaan melawan masa.

Dapatkan rawatan SEGERA jika ada tanda-tanda ini:
🚨 Pesakit tiba-tiba keliru, merapu, atau tak sedarkan diri.
🚨 Sesak nafas atau nafas terlalu laju.
🚨 Tekanan darah menjunam jatuh.
🚨 Pesakit tak kencing langsung seharian (buah pinggang mula rosak).
🚨 Sangat lemah, menggigil teruk, dan kulit menjadi pucat/kebiruan.

Kadang-kadang yang meragut nyawa itu bukanlah jangkitan asal yang kecil tu, tetapi reaksi badan yang sudah tidak terkawal.

13/04/2026


Tahniah Top 3 Producer by ACE & Cases March 2026 IWP Group
08/04/2026

Tahniah Top 3 Producer by ACE & Cases March 2026 IWP Group

Tahniah kepada Top Producer by ACE & Cases IWP Group in January 2026👏👏👏
04/02/2026

Tahniah kepada Top Producer by ACE & Cases IWP Group in January 2026👏👏👏



01/02/2026

Success demand 7 things✅✅✅

21/01/2026

Lindungi Biz & Aset Anda di Zurich Takaful

13/01/2026

Seorang wanita terpaksa merelakan stesen minyak yang dibina bersama arwah suaminya selama 18 tahun dilepaskan begitu saja selepas suaminya meninggal dunia.

Bukan sebab tak sayang.
Bukan sebab tak mahu teruskan.
Tapi sebab sistem & prosedur.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Apabila pemilik individu sesebuah stesen minyak meninggal dunia:
• Lesen perniagaan
• Pendaftaran SSM
• Akaun bank syarikat
👉 semuanya dibekukan secara automatik.

Untuk sambung operasi, waris perlu tukar nama pada semua lesen
– Urus dokumen perundangan
– Penuhi semula syarat ketat syarikat minyak (Shell/Petronas)

Dan realitinya, bukan semua waris mampu, layak atau bersedia.

Akhirnya, perniagaan terpaksa diserahkan semula.

Bukan sebab gagal berniaga.
Tapi sebab aset jadi beku bila pemilik tiada.
Ini yang ramai orang terlepas pandang

Ramai sangka:
“Kalau ada aset besar, waris mesti senang.”

Hakikatnya: Aset tanpa perancangan pewarisan yang jelas boleh menjadi beban kepada keluarga

Jadi, ia menunjukkan pentingnya Perancangan Pewarisan Perniagaan kepada semua pemilik perniagaan, terutamanya yang tengah sibuk membina aset, tapi belum sempat fikir apa jadi pada bisnes dan harta bila pemilik dah tak ada.

Kenapa isu ni penting untuk pemilik perniagaan?

1️⃣ Aset boleh jadi beku walaupun nilainya besar
Tanpa perancangan, bisnes yang sihat boleh lumpuh dalam sekelip mata.

2️⃣ Bisnes adalah sumber rezeki keluarga
Bila bisnes terhenti, yang terkesan bukan seorang — isteri, anak-anak dan pekerja turut terjejas.

3️⃣ Tak semua aset boleh dibahagi secara ikut s**a; pemilikan Syarikat dan perniagaan tak boleh “dibahagikan” ikut faraid tanpa rosakkan nilainya.

4️⃣ Waris perlukan tunai segera untuk kos guaman, hutang, dokumentasi dan modal pusingan ketika akaun masih dibekukan.

Ini semua adalah implikasi undang-undang apabila pemilik meninggal dunia.

Ringkasnya,
Membina bisnes ambil masa bertahun-tahun.
Melindungi bisnes perlukan kesedaran lebih awal.

Perancangan Pewarisan Perniagaan bukan pasal kematian tapi pasal kesinambungan, keadilan dan ketenangan untuk waris.

Pemilik bisnes, cuba tanya diri sendiri:
Kalau esok jadi apa-apa, bisnes anda masih boleh berjalan atau terjejas.

Sayangi usaha keras anda dan lindungi business anda sekarang jika anda belum membuat perancangan pewarisan. Nak tanya apa-apa berkaitan boleh roger yer...



13/01/2026

Dapat Surat Repricing, Rasa Nak Demam" Dilema Kesihatan 2026: Swasta Makin Keras, Kerajaan Makin Sesak?

Tahun 2026 nampaknya bukan sahaja mencabar dari segi ekonomi, tetapi juga dari segi akses kepada kesihatan. Sejak kebelakangan ini, peti surat ramai rakyat Malaysia (terutamanya golongan M40) menerima "surat cinta" yang meresahkan daripada syarikat Takaful/Insurans.

Berita tentang kenaikan harga caruman (repricing) yang mendadak, ada yang naik sehingga 40-50%, membuatkan ramai terduduk.

Kita kini berada dalam situasi "Dilema Tersepit".

Kos rawatan semakin "kayangan" akibat Inflasi Perubatan (Medical Inflation) yang dilaporkan antara tertinggi di Asia (12-15% setahun). Bila harga kad perubatan naik, ramai yang terpaksa lapse (batalkan polisi) sebab bajet bulanan dah "pecah". Sakit sikit, bil boleh cecah ribuan ringgit.

Bila ramai tak mampu ke swasta, mereka kembali membanjiri hospital kerajaan. Akibatnya? Wad penuh, masa menunggu di Jabatan Kecemasan (ETD) untuk kes bukan kritikal (Zon Hijau) boleh menjangkau berjam-jam. Doktor dan misi kita p**a keletihan (burnout) melayan limpahan pesakit ini.

Apa yang paling kami bimbangkan adalah trend baru: Sakit Tapi Tahan.

Disebabkan takut tengok bil swasta dan tak sanggup beratur panjang di kerajaan, ramai rakyat Malaysia memilih untuk menahan sakit atau beli ubat sendiri di farmasi tanpa nasihat doktor. "Ala, sakit dada sikit je ni. Nanti eloklah."

Sikap "tangguh rawatan" inilah punca kenapa ramai pesakit datang ke hospital apabila penyakit sudah berada di Tahap 4 atau sudah berlaku komplikasi serius. Masa itu, kos rawatan bukan lagi ribuan, tapi puluhan ribu, dan nyawa mungkin tidak dapat diselamatkan.

Dalam era "Sakit Itu Mahal", pelaburan paling bijak dan paling murah adalah PENCEGAHAN.

Jangan tunggu sakit baru nak cari duit.
✅ Jaga makan (kurangkan gula/minyak).
✅ Bersenam (percuma je joging di taman).
✅ Berhenti merokok (jimat duit, jimat paru-paru).

Ingat, tiada guna ada kad perubatan limit 1 Juta kalau badan kita sendiri rosak sebab gaya hidup kita. Dan tiada guna harapkan subsidi kerajaan semata-mata jika kita sendiri tidak menjaga amanah kesihatan ini.

Jaga diri. Zaman sekarang, sihat itu satu kemewahan.

Address

Kota Bharu

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60139321087

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IWP Group SDN BHD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to IWP Group SDN BHD:

Share

Category