UPKO CLC Kiulu

UPKO CLC Kiulu Page untuk aktiviti dan program kemasyarakata n UPKO CLC Kiulu.

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Tuan Jimin Tibin, Ketua PDM Upko Mantob, Kiulu.Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan...
01/08/2026

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Tuan Jimin Tibin, Ketua PDM Upko Mantob, Kiulu.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga, rezeki yang berlimpah serta perlindungan Tuhan dalam setiap perjalanan kehidupan. Terima kasih atas jasa, komitmen dan kesungguhan dalam memperjuangkan aspirasi rakyat serta memperkukuhkan perjuangan UPKO di peringkat akar umbi.

Ikhlas daripada UPKO CLC Kiulu.

Wilfred Madius Tangau UPKO Tuaran Pemuda UPKO Tuaran Generasi Muda UPKO Tuaran UPKO CLC Tamparuli Wanita UPKO Progressive Tuaran

UPKO CLC Kiulu merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga mendiang Andrew Losut Gimbul yang telah kembali k...
27/07/2026

UPKO CLC Kiulu merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga mendiang Andrew Losut Gimbul yang telah kembali ke pangkuan Tuhan.

Sebagai tanda penghormatan dan solidariti, rombongan UPKO Bahagian Tuaran bersama Pergerakan Wanita UPKO Tuaran telah menziarahi keluarga mendiang di Kampung Pukak, Kiulu. Turut hadir ialah Pegawai Perhubungan ADUN Kiulu, En. Rhodes Panilau.

Mendiang yang pernah berkhidmat sebagai Guru Besar SK. Lokub, Tuaran dikenang atas dedikasi, komitmen dan jasa beliau dalam mendidik anak-anak generasi muda. Sumbangan beliau kepada dunia pendidikan dan masyarakat setempat akan terus terpahat dalam ingatan ramai.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini. Semoga roh mendiang beristirahat dengan aman.



Ewon Benedick Official Media Wilfred Madius Tangau UPKO Malaysia UPKO Tuaran UPKO CLC Tamparuli Pemuda UPKO Tuaran Generasi Muda UPKO Tuaran Wanita UPKO Progressive Tuaran

UPKO CLC Kiulu memandang serius isu kerosakan jambatan di Kg Dolungan Bolitikon yang sehingga kini terus menjejaskan keh...
14/07/2026

UPKO CLC Kiulu memandang serius isu kerosakan jambatan di Kg Dolungan Bolitikon yang sehingga kini terus menjejaskan kehidupan harian penduduk kampung. Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan pergerakan masyarakat setempat, malah memberi kesan kepada akses penduduk terhadap rawatan kesihatan, pendidikan, pekerjaan dan pelbagai urusan penting lain.

Sebagai tanda keprihatinan, Pemuda UPKO Tuaran telah turun padang untuk mendapatkan maklumat secara langsung daripada penduduk yang terkesan, termasuk menziarahi saudara Manuel di Hospital Queen Elizabeth II yang sedang menerima rawatan akibat penyakit buah pinggang tahap lima, strok dan komplikasi kesihatan lain. Keadaan yang dihadapi keluarga beliau jelas menunjukkan bahawa masalah akses perhubungan di kampung ini memerlukan perhatian dan tindakan segera.

UPKO CLC Kiulu turut mengiktiraf usaha yang telah dilakukan oleh Pusat Khidmat UPPM N.11 Kiulu dalam membantu menangani isu ini. Namun, kami juga memahami bahawa terdapat cabaran tertentu termasuk perkara berkaitan pemilikan tanah yang memerlukan penyelesaian melalui proses perbincangan dan persetujuan semua pihak yang terlibat.

Sehubungan itu, kami menyokong agar satu sesi rundingan khas diadakan melibatkan pemilik tanah, ketua-ketua kampung, UPPM Kiulu, wakil rakyat, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan bagi mencari jalan penyelesaian yang praktikal, adil dan dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Masyarakat Kg Dolungan Bolotikon tidak boleh terus menunggu tanpa kepastian. Apa yang diperlukan sekarang ialah komitmen, kerjasama dan kesungguhan semua pihak untuk memastikan penyelesaian dapat dicapai demi kesejahteraan rakyat.

UPKO CLC Kiulu merakamkan penghargaan kepada Pemuda UPKO Tuaran, UPPM Kiulu dan semua pihak yang terus berusaha mencari jalan keluar kepada isu ini.

Rakyat tidak memerlukan pertikaian yang berpanjangan. Rakyat memerlukan penyelesaian.



Ewon Benedick Official Media Wilfred Madius Tangau UPKO Malaysia UPKO Tuaran UPKO CLC Tamparuli Generasi Muda UPKO Tuaran Wanita UPKO Progressive Tuaran

26/06/2026
ADUN Tamparuli, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, menyeru semua wakil rakyat Sabah, tanpa mengira parti, agar b...
27/04/2026

ADUN Tamparuli, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, menyeru semua wakil rakyat Sabah, tanpa mengira parti, agar bersatu memperjuangkan hak 40% hasil Sabah demi maruah, pembangunan dan masa depan negeri.
Beliau menegaskan banyak isu seperti kelewatan pembangunan, kekurangan infrastruktur, masalah logistik serta keterjaminan makanan berpunca daripada kekangan kewangan negeri dan kebergantungan kepada Kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, jika hak 40% dikembalikan seperti diperintahkan mahkamah, Sabah akan mempunyai kekuatan kewangan untuk membangun, memimpin dan berdiri sendiri tanpa terus bergantung kepada pihak lain.
Sabah perlukan tindakan, bukan sekadar janji demi masa depan rakyat yang lebih maju, makmur dan sejahtera.





Wilfred Madius Tangau KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menegaskan hak 40 peratus hasil Sabah merupakan kunci kepada kekuatan kewangan dan pe

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau  telah menghadiri Majlis Pentahbisan Dewan Makan SIB Tomis di Kg. Tomis, Kiulu Tuaran, ...
22/04/2026

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau telah menghadiri Majlis Pentahbisan Dewan Makan SIB Tomis di Kg. Tomis, Kiulu Tuaran, yang dirasmikan oleh Rev. Dr. Sintop Yusop, Presiden SIB Sabah.

Usaha dan komitmen pihak gereja serta seluruh jawatankuasa dalam menjayakan pembangunan ini amat membanggakan. Dewan makan ini bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi menjadi tempat untuk kebersamaan, pelayanan, dan mengeratkan hubungan sesama jemaat.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Semoga kemudahan ini terus menjadi berkat dan memberi manfaat kepada komuniti setempat.



Ewon Benedick Official Media UPKO Malaysia UPKO Tuaran Pemuda UPKO Tuaran UPKO CLC Tamparuli Generasi Muda UPKO Tuaran UPKO CLC Kiulu Wanita UPKO Progressive Tuaran

13/04/2026

Address

Kiulu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPKO CLC Kiulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share