13/12/2024
Tanggapan orang ramai: "Agen menipu, haritu kata cover, rupanya tak."
Fakta: Situasi paling diingini oleh seseorang agen adalah untuk semua claim dan GL lulus kerana ia akan menambahkan testimoni dan mencantikkan reputasinya. Agen selalunya akan bertungkus lumus untuk membantu client untuk mendapatkan coverage yang diperlukan. Jika gagal, agent adalah antara yang paling stress dan marah. Dalam situasi susah untuk claim atau dapatkan GL, agent boleh bertindak seperti lawan kepada syarikat insuran.
Kenyataannya, ribuan situasi unik semasa menggunakan medical card yang tidak akan dapat diterangkan semua oleh agen. Contohnya, kaedah rawatan yang belum tergolong dalam mana2 kategori rawatan yang tercatat dalam polisi. Penyakit yang tidak tergolong dalam mana2 klasifikasi penyakit dalam polisi.
Kesimpulannya, agen tidak meminta2 situasi yang merugikan client. Jauh sekali "berkomplot" dengan syarikat insuran untuk menggagalkan medical card.