Persatuan Ibubapa Dan Guru SMASDI

Persatuan Ibubapa Dan Guru SMASDI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Ibubapa Dan Guru SMASDI, Sungai Limau Dalam, Kedah Darul Aman.

18/09/2018

Terima kasih atas sokongan semua warga ALUMNI SMASDI.

Semoga AlFadhil Us Ghazali Ishak diberi keajaiban kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.

pohon kerjasama semua pihak memberi sumbangan ikhlas anda untuk membangunkan surau sekolah ini. Anda juga boleh salurkan...
30/06/2013

pohon kerjasama semua pihak memberi sumbangan ikhlas anda untuk membangunkan surau sekolah ini. Anda juga boleh salurkan sumbangan anda melalui tabung pembangunan dan aktiviti surau no akaun 02-105010-00432-7 bank islam malaysia berhad, cawangan alor setar 2. Atau hubungi En. Rosman 012-5342145. Ustaz Suhaimi 012-5515867. Cikgu Solahiyah 013-4009344.

19/02/2013

Daripada Abu Hurairah r. a berkata : " Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w lalu bertanya : Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya? Nabi menjawab : Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila ruh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata : Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain. Riwayat Bukhari dan Muslim

04/02/2013
04/02/2013
31/01/2013

PENGENALAN

Sekolah Menengah Agama Saadah ditubuhkan pada tahun 1942. Pada peringkat permulaan penubuhannya, sekolah ini hanya menumpang di Bangunan Hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Limau. Apabila bangunan sekolah ini siap dibina di tapaknya sendiri pada pertengahan tahun 1945, barulah pembelajaran berpindah ke tapak yang ada sekarang ini iaitu di Sungai Limau Dalam, Yan Kedah yang terletak kira-kira 1 kilometer dari Pekan Sungai Limau Dalam, Yan.

Di bangunan sekolah yang baru dibina ini, terdapat sebuah dewan yang dijadikan surau dengan keluasannya ialah 35 X 70 kaki. Pertambahan pelajar dari seramai 360 orang pada pada tahun 2009 membuka minda pentadbir sekolah ini betapa perlunya mempunyai sebuah surau yang lebih luas untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah dari setahun ke setahun baik pelajar lelaki atau pun pelajar perempuan terutamanya pelajar asrama.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru sekolah pada Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG tahun 2009 telah membuat keputusan untuk berusaha bagi mengumpul dana untuk pembinaan surau baru sekolah ini. Sebagai permulaan, dana awal pembinaan surau ini akan diperolehi dengan kutipan derma daripada ibu bapa dan guru. Setiap waris dan guru diminta untuk menghulurkan derma sebanyak RM10.00 seorang.

Address

Sungai Limau Dalam
Kedah Darul Aman
06910YAN

Telephone

+6047694233

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Ibubapa Dan Guru SMASDI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Ibubapa Dan Guru SMASDI:

Share