25/02/2026
Ada dua kes di GE yang buat aku betul-betul sedar satu benda…
“Ya Allah, masa ni memang bukan milik kita.”
Kita sebenarnya tak ada masa.
Kita cuma ada pilihan.
Dan pilihan itulah yang menentukan qada’ dan qadar hidup kita.
Kes pertama.
Seorang client ambil medical card.
Esoknya, dia kemalangan.
Alhamdulillah, terus cover.
Tak perlu fikir panjang.
Tak perlu tunggu apa-apa.
Syukur yang tak terucap sebab dia tak tangguh.
Kes kedua.
Prospect dah setuju.
Agent dah submit.
Tapi bayaran belum dibuat.
Dan sebelum apa-apa sempat disempurnakan,
prospect meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Dua-dua sebenarnya ada kesedaran.
Dua-dua faham pentingnya protection.
Bezanya cuma satu:
yang pertama terus buat,
yang kedua fikir “nanti aku buat.”
Ramai orang tak tahu, bila kita dah bayar takaful, walaupun pelan belum inforce sepenuhnya,
interim protection sebenarnya dah bermula.
Kalau jadi apa-apa ketika pelan masih dalam proses underwriting,
client tetap dilindungi.
Sebab itu aku selalu pesan sebelum planning pergi mana-mana, pastikan diri kita ada perlindungan.
Sebab malang memang tak berbau.
Dia tak tunggu kita ready.
Dia tak tunggu kita lapang.
Dia datang bila dia datang.
Kita protect diri bukan sebab kita takut mati.
Tapi sebab ada orang yang kita sayang.
Sebab itu iklan keselamatan jalan raya tak pernah jemu ulang ayat yang sama.
“Pandu berhati-hati, Ingatlah orang yang tersayang.”
Bayangkan satu situasi. Kita sakit atau kemalangan dan perlukan rawatan segera. Doktor kata perlu operation. Kosnya RM20,000.
Apa pilihan kita masa tu?
Aku pernah dengar kisah seorang anggota polis. Patah kaki semasa bertugas. Doktor hospital kerajaan bagi dua quotation. RM4,000 dan RM12,000
Of course polis tu pilih RM12,000 sebab rawatan lebih baik, pemulihan lebih cepat. Tapi doktor beritahu, semua kena bayar sendiri.
Si polis terkejut.
“Bukankah saya penjawat awam, kenapa kena bayar?”
Akhirnya, dua-dua quotation dia tak ambil. Sebab memang tak ada duit. Impaknya besar. Dia tak boleh bekerja. Terpaksa bercuti lama. Gaji dipotong 100%. Tak ada income bulanan.
Isteri yang sebelum ni suri rumah, terpaksa keluar cari rezeki.
Sebab itu aku selalu cakap perlindungan ni bukan sekadar cover bil hospital. Dia sebenarnya melindungi keseluruhan kitar hidup kita.
Kesihatan.
Pendapatan.
Keluarga.
Maruah.
Dan yang paling penting ketenangan bila sesuatu berlaku.
Kalau hari ni kita masih sihat, masih boleh berjalan, masih boleh bekerja itulah masa terbaik untuk sediakan protection.
Bukan esok.
Bukan nanti.
Bukan bila dah terlewat.
Sebab perlindungan yang paling mahal ialah perlindungan yang kita tangguhkan.