24/06/2026
📢 MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN (MAPT) KE-31 TAHUN 2026
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke-31 Koperasi Kakitangan JKR & JBA Pahang Berhad telah berjaya diadakan pada 14 Jun 2026 di Dewan Sanggang Perdana, Hotel Seri Malaysia, Kuantan.
Seramai 82 orang perwakilan telah hadir bagi membincangkan serta meluluskan perkara-perkara berkaitan pentadbiran dan hala tuju koperasi.
Koperasi turut mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berada di kedudukan ke-154 dalam Indeks 350 Koperasi Terbaik Malaysia Tahun 2025.
Terima kasih kepada semua perwakilan, anggota dan pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini. Semoga koperasi terus maju dan memberikan manfaat yang berterusan kepada seluruh anggota.
&JBAPahangBerhad