AIA Premier Manager - Aishah Said

AIA Premier Manager - Aishah Said AIA Takaful Life Planner
EvoX AfG Group
EvoX HSG District

22/05/2026

WASPADA MICROSLEEP

Musim cuti persekolahan dan perayaan membawa kegembiraan untuk p**ang bertemu keluarga tersayang. Namun, jangan biarkan rasa letih dan mengantuk bertukar menjadi tragedi di jalan raya.

Microsleep boleh berlaku hanya dalam beberapa saat tanpa disedari mata terpejam seketika, tetapi risikonya mampu meragut nyawa.

βœ… Tidur secukupnya sebelum memulakan perjalanan jauh
βœ… Elakkan memandu terlalu lama tanpa rehat
βœ… Berhenti di kawasan Rehat & Rawat jika mengantuk
βœ… Bergilir memandu jika perjalanan jauh






πŸ”„ Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

20/05/2026

Kita selalu nampak polis trafik berdiri di tengah jalan.

Di bawah panas. Di celah asap kenderaan. Mengawal kesesakan. Menahan debu, asap ekzos dan udara tercemar setiap hari.

Tapi jarang kita terfikir satu benda.

Bagaimana keadaan paru-paru mereka selepas bertahun-tahun bekerja dalam keadaan begitu?

Sebagai permulaan, 10,000 anggota polis trafik akan menjalani saringan awal penyakit paru-paru menerusi Program LungShield selepas dikenal pasti sebagai antara kump**an berisiko tinggi akibat pendedahan harian kepada faktor pekerjaan dan persekitaran.

Sebab itu saringan awal sangat penting. Penyakit paru-paru, termasuk kanser paru-paru, kadang-kadang tidak datang dengan tanda yang jelas pada peringkat awal.

Masalahnya, bila penyakit dikesan lewat, rawatan biasanya menjadi lebih sukar.

Paru-paru kita bekerja 24 jam sehari tanpa kita nampak.

Jadi jangan tunggu sampai susah bernafas baru mahu ambil peduli.

Kalau batuk berpanjangan, kahak berdarah, sesak nafas, sakit dada, suara serak yang tidak pulih, berat badan turun tanpa sebab atau cepat penat luar biasa, dapatkan pemeriksaan.

18/05/2026

KUALA KRAI: Seorang ibu tunggal tetap berharap bayinya yang menderita penyakit hidrosefalus iaitu lebihan cecair dalam kepala sejak dilahirkan dapat membesar dengan sempurna seperti kanak-kanak lain.

18/05/2026

Sel kanser merebak ke paru-paru, Sahronizam Noor bakal jalani pembedahan kedua - Safura

Sakit sekarang tak kira golongan tua atau muda , apabila terkena penyakit kritikal adakah anda bersedia? Jom sy bantu an...
15/05/2026

Sakit sekarang tak kira golongan tua atau muda , apabila terkena penyakit kritikal adakah anda bersedia?

Jom sy bantu anda dapatkan perlindungan takaful.

Berminat untuk tahu lebih lanjut boleh tekan no wassap di bawah πŸ‘‡

012-714 7432
Siti Aishah
AIA life Planner

SALAM JUMAAT SEMUA.
15/05/2026

SALAM JUMAAT SEMUA.

11/05/2026

🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.

πŸ“Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi.
Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.

Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.

Ramai yang bertanya, jadi PHM sediakan jawapan berkenaan perbezaan Leptospirosis & Hantavirus.Dua-dua memang boleh berka...
11/05/2026

Ramai yang bertanya, jadi PHM sediakan jawapan berkenaan perbezaan Leptospirosis & Hantavirus.

Dua-dua memang boleh berkait dengan tikus, tetapi cara jangkitan dia sangat berbeza.

Leptospirosis biasanya dikaitkan dengan air atau tanah yang tercemar dengan kencing haiwan. Sebab itu risiko lebih tinggi bila terdedah kepada air banjir, longkang, lumpur, atau kawasan kotor, terutama kalau ada luka kecil pada kulit.

Hantavirus p**a lebih dikaitkan dengan habuk atau udara tercemar daripada najis, kencing atau air liur tikus yang sudah kering. Sebab itu najis tikus tak boleh terus disapu atau divakum, kerana partikel halus boleh berterbangan dan masuk ke saluran pernafasan.

Senang cerita, kalau leptospirosis, kita lebih risau tentang air tercemar. Kalau hantavirus, kita lebih risau tentang habuk tercemar. Nampak macam sama, tapi bahayanya datang melalui jalan yang berbeza.

Kalau ikut Malaysia, leptospirosis jauh lebih common.

Ia memang penyakit yang kita lebih biasa jumpa, terutama selepas banjir, aktiviti air terjun, sungai, longkang, lumpur, kawasan kebun atau tempat yang ada air/tanah tercemar. Leptospirosis juga memang penyakit yang dipantau dan dilaporkan di Malaysia.

Hantavirus p**a jauh lebih jarang di Malaysia.
KKM memaklumkan risiko jangkitan hantavirus di Malaysia ketika ini rendah, walaupun orang ramai tetap dinasihatkan berhati-hati dengan tikus, najis dan air kencingnya.

Rawatan pun berbeza.

Leptospirosis disebabkan bakteria, jadi ia boleh dirawat dengan antibiotik. CDC menyatakan antibiotik seperti doxycycline atau penicillin digunakan, dan rawatan awal boleh membantu mengurangkan risiko penyakit menjadi teruk. Kes yang serius mungkin perlukan antibiotik melalui IV di hospital.

Hantavirus p**a disebabkan virus. Antibiotik tidak membunuh virus ini. Rawatan utama ialah sokongan badan sementara badan melawan jangkitan, terutama menjaga pernafasan, tekanan darah, cecair badan, buah pinggang dan komplikasi lain.

Jadi kalau jumpa tanda-tanda kehadiran tikus di rumah atau tempat kerja, jangan ambil mudah. Jaga kebersihan, kawal tikus, elak sentuhan dengan air tercemar, dan bersihkan najis tikus dengan cara yang betul. Ilmu kecil macam ini kadang-kadang boleh melindungi nyawa.

10/05/2026
Ada sakit pun boleh apply Jika berminat nak tahu lebih lanjut jom saya bantu anda , click no whatsapp di bawah untuk say...
07/05/2026

Ada sakit pun boleh apply

Jika berminat nak tahu lebih lanjut jom saya bantu anda , click no whatsapp di bawah untuk saya terangkan lebih lanjut tentang Pelan perlindungan kemalangan.

012-714 7432
Siti Aishah

Address

Johor Bahru
Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIA Premier Manager - Aishah Said posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AIA Premier Manager - Aishah Said:

Share