30/01/2024
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku,
Dengan penuh hormat dan takzimnya, hari ini marilah kita bersama-sama mengucapankan penghargaan yang tidak terhingga buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustafa Billah, Sempena Majlis Persaraan Baginda dari tugas mulia sebagai Yang DiPertuan Agong.
Sebagai simbolik utama pembangunan dan penyatuan bangsa, Baginda sentiasa tenang dalam memainkan peranan yang penting dalam membuat sebarang keputusan demi pembentukan dan pembangunan negara ini. Dalam tempoh pemerintahan Baginda, kita telah menyaksikan pelbagai peristiwa terjadi dimana negara dan seluruh dunia berdepan cabaran COVID-19, tidak juga lupa suasa politik negara yang berubah-ubah dimana kita melihat pertukaran Perdana Menteri sebanyak 4 kali dan pelbagai peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Sumbangan dan kebijaksanaan Baginda sebagai ketua negara telah memperkuatkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa, sementara kesetiaan dan dedikasi Baginda kepada prinsip-prinsip kemanusiaan dan keadilan telah membentuk landasan keadilan sosial yang kukuh.
Dalam menyambut persaraan Baginda, kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustafa Billah. Semoga Baginda terus diberkati dengan kesejahteraan, kesihatan yang baik, dan kebahagiaan di dalam segala perjalanan hidup Baginda yang akan datang. Daulat Tuanku.
With utmost respect and reverence, today let us together express our immense gratitude to His Majesty Seri Paduka Baginda The Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustafa Billah, on the occasion of His Majesty's retirement from the noble duty as the Yang di-Pertuan Agong.
As the paramount symbol of nation-building and unity, His Majesty has consistently demonstrated poise in playing a pivotal role in making any decisions for the formation and development of our nation. During His Majesty's reign, we have witnessed various significant events, including the global challenge of COVID-19, not to mention the fluctuating political climate in the country, marked by four changes in Prime Ministers and various unforgettable events for all Malaysians.
His Majesty's contributions and wisdom as the head of state have strengthened Malaysia's position internationally, while His Majesty's loyalty and dedication to the principles of humanity and justice have laid a solid foundation for social justice.
In welcoming His Majesty's retirement, we extend our heartfelt gratitude for all the service and sacrifices bestowed by His Majesty Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustafa Billah. May His Majesty continue to be blessed with well-being, good health, and happiness in all His Majesty's future endeavors. Long live His Majesty.