Saharudin b. Zaini

Saharudin b. Zaini Melindungi kewangan ibarat memberi perlindungan masa depan orang tersayang

27/12/2019

Dari budak-budak sampailah ke atok-atok. Bersembang rancak masa khutbah.

Hisablah diri sebelum diri dihisab.

Tazkirah lepas Jumaat.

HIBAH TAKAFUL BESAR CARUMAN BULANAN SUPER  MURAHMEDICAL CARD BESAR CARUMAN SUPER MURAH INI ADALAH PROMOSI TERHAD. TAMAT ...
17/12/2019

HIBAH TAKAFUL BESAR CARUMAN BULANAN SUPER MURAH

MEDICAL CARD BESAR CARUMAN SUPER MURAH

INI ADALAH PROMOSI TERHAD. TAMAT PADA 31.12.2019

200K Hibah Takaful RM40 sebulan.
Bermula 200K hingga 500K Hibah Takaful dengan caruman SUPER MURAH

Medical Card had Tahunan 200k dengan Bilik 200 sehari Rm86 sebulan.
SUPER MURAH DENGAN PROTECTION BESAR

SEGERA Whatsapp Sebelum 31.12.201

Tekan link wasap di bawah.

www.wasap.my/60178867201
www.wasap.my/60178867201
www.wasap.my/60178867201

18/11/2019

Anak-anak meragam dan buat perangai. Apa mereka nak? Perhatian. Apa ibu ayah perlu buat. Beri perhatian. SBZ

16/11/2019

Mata bertemu mata ketika memberi nasihat kepada anak kesannya akan lebih mendalam dan kasih sayang akan lebih kukuh.
SBZ

15/11/2019

Penawar hati, penenang minda dan penerang kubur.
Hanyalah al-Quran.
اللهم ارحمنا بالقران

15/11/2019

MasyaAllah

Sesuatu yang hebat, luar jangkaan.

Anugerah hebat dari Allah.

Semoga Allah merahmatinya dan kita.

Kerja yang penuh keimanan dan ketaqwaan.

اللهم ارحمنا بالقران

Allah suruh kita mengembara serata dunia untuk melihat kebesaran Allah dan menginsafi peristiwa yang berlaku pada kaum-k...
14/11/2019

Allah suruh kita mengembara serata dunia untuk melihat kebesaran Allah dan menginsafi peristiwa yang berlaku pada kaum-kaum yang terdahulu.

Dari pengembaraan yang menggunakan mata dan akal untuk melihat dan menilai, akan bertambah iman pada seseorang.

Renungkan ayat-ayat di bawah.

Beberapa ayat al-Quran yang menyuruh kita mengembara melihat kehebatan Allah mengurus alam dunia.

Surah al-Mulk ayat 15 :

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.

Surah Muhammad ayat 10 :

Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu.

Surah Luqman ayat 31 :

Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.

Dah 4 hari jadi single parent,  Isteri balik kampung jaga Mak dan Ayah mertua yang tak sihat. Tak susah pun jaga anak, k...
14/11/2019

Dah 4 hari jadi single parent, Isteri balik kampung jaga Mak dan Ayah mertua yang tak sihat.

Tak susah pun jaga anak, kemas rumah dan masak. Perlu rasa tanggungjawab dan kasih sayang pada keluarga, insyaAllah semua kerja jadi ringan.

Tarbiah anak termasuklah membina mind set mereka. 20 tahun akan datang mereka perlu hidup berdikari. Pada waktu ni mind set yang betul dan keyakinan diri sangat penting.

Jika kita gagal mengawal emosi ketika marah anak-anak akan menjadi murung, pasif dan tiada keyakinan diri. Perlu sabar dan tunjukkan kasih sayang ketika marah. Ada hubungan mata dengan anak ketika memberikan nasihat kepada mereka.

Hargai hasil kerja anak-anak walaupun tak secomel mana. Jika perlu dibaiki, tunjukkan cara dengan penuh kasih sayang dan sabar.

Dalam mendidik anak kita perlu ingat semuanya bergantung pada Allah. Hati anak kita Allah yang pegang, selalu doakan mereka supaya Allah bentuk mereka dengan akal yang cerdik, peribadi mulia dan mempunyai keyakinan diri.

Tarbiah anak perlukan bantuan dari Allah, perkara pertama yang perlu diterapkan adalah sikap menjaga solat dan membaca al-Quran. Disamping contoh terbaik dari kita, nasihat dan motivasi.

Dari dua perkara ni, insyaAllah peribadi akan terbentuk

Amalkan berdoa dengan membaca surah al-insyirah dan 4 ayat pertama dari surah Ar-rahman.

Tiupkan di dahi atau ubun-ubun anak sehingga habis nafas. Sambil bermohon pada Allah apa yang kita mahu Allah berikan pada anak.

Semoga bermanfaat.
SBZ

13/11/2019

Ungkapan putus asa tak perlu wujud dalam minda orang islam kerana Allah Maha Penyayang sentiasa bersama orang yang sabar. SBZ

Motivasi dari Allah dan RasulNya. Dorongan dan motivasi terbaik adalah dari al-Quran dan Hadith Rasulullah saw. Wahai di...
12/11/2019

Motivasi dari Allah dan RasulNya.

Dorongan dan motivasi terbaik adalah dari al-Quran dan Hadith Rasulullah saw.

Wahai diri!

Tiada perkara yang lebih baik dan lebih bernilai berbanding janji dan jaminan dari Allah dan Rasul.

Hubungan dengan manusia kebanyakannya palsu, dorongan, galakan, kasih sayang dan kata-kata manis dari manusia cuma di bibir dan di depan mata.

Masih ada yang ikhlas dan berada di sisi engkau dan hidup bersama engkau, tetapi tiada jaminan mereka akan kekal dan sudah pasti mereka akan hilang kerana bertemu ajal.

Wahai diri!

Cuma jaminan Allah dan RasulNya yang kekal.

Ada masa engkau merasa sakit dan penat dengan sikap manusia yang s**a mengorek dan mengungkit cerita lama dalam keadaan engkau telah berhijrah dan bertaubat.

Biarlah mereka, sifat manusia memang begitu. Itu urusan mereka bukan urusan engkau, itu dosa mereka dengan Allah bukan engkau yang memberikan dosa atau pahala. Mereka akan berhenti bila jemu dan penat.

Tinggalkan mereka carilah suasana baru yang membantu dan menyokong pilihan engkau. Tutuplah aib engkau selama mana Allah menutupnya.

Bersabarlah apabila engkau di uji dengan mulut dan sikap manusia yang s**a melihat engkau sengsara. Betul ianya sakit dan pedih, ingatlah kesakitan akan diganti dengan kebahagiaan ataupun ia pasti akan tamat.

Pandang ke langit dan tinggikan tapak tangan engkau, berdoa dan doakan mereka beroleh taufiq dan hidayah. Inilah sebaik-baik tindakan dan balasan.

Keperitan, kepedihan dan kesengsaraan tidak akan lama bahkan dijamin Allah ada kebaikan menunggu selepasnya. Engkau hanya perlu terus bersangka baik dengan Allah, berdoa tanpa henti.

Hayati janji Allah ini :

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (6)

Al-insyirah ayat 5 & 6, maksudnya :

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kes**aran disertai kemudahan,

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kes**aran disertai kemudahan.

Al-insyirah ayat 5 & 6.

Wahai diri!

Inilah janji yang pasti dan tiada mana-mana manusia cerdik boleh memberikan motivasi dan jaminan sehebat ini.

Engkau bertahan, berusaha perbaiki diri dalam semua perkara tanpa rasa jemu. Pastikan lidah dan hati terus berharap pada bantuan dan sokongan dari Allah yang pasti. Rasulullah saw mengajarkan zikir dan doa pengharapan kepada Allah.

Bacalah dan ulangilah.

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ)).

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri. Dengan rahmat Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah segala urusan ku. Jangan engkau serahkan diri ku ini kepada diri ku sendiri walau sekelip mata.

Wahai diri!

Jaminan dan motivasi bagaimana lagi yang engkau perlukan selepas semua telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNya.

Setiap manusia melakukan kesalahan dan ada juga yang melakukan dosa besar. Jika engkau berasa hina dan lemah atas dosa yang lepas. Itulah sebenarnya bukti engkau insaf dan bertaubat.

Ingatlah janji Allah pada hambaNya.

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Az-Zumar ayat 53.

Wahai diri!

Bangunlah dan teruskan melangkah, jangan berhenti walaupun selalu terjatuh. Rahmat Allah sedang menunggu engkau di hadapan.

Ingatlah Allah dan Rasul sebaik-baik pembela.

Bingkisan untuk diri dan jiwaku.

Saharudin Zaini
20 Ogos 2019

Burung, apa yang terlintas di fikiran kita bila melihatnya. Satu masa dulu ada orang berinspirasi untuk terbang melayang...
12/11/2019

Burung, apa yang terlintas di fikiran kita bila melihatnya.

Satu masa dulu ada orang berinspirasi untuk terbang melayang seperti burung, hingga ada yang mencipta sayap kemudian dipasang ke badan supaya boleh terbang.

Ada yang gagal dan ada yang boleh berfikir dengan lebih baik hingga angan-angan menjadi kenyataan. Terciptanya kapal terbang, kemudian membuka peluang pekerjaan kepada ramai manusia.

Hebatkan, bermula dengan angan-angan kemudian dikaji dan diusahakan dengan cara yang betul ia menjadi sesuatu yang manfaatnya tiada penghujung.

Itulah antara tujuan Allah mencipta makhluq selain manusia, supaya manusia boleh berfikir dan merenungkan kejadian ciptaan Allah dan mengambil manfaat.

Pada orang yang menggunakan akal dan beriman, mereka akan mendapat banyak manfaat dalam masa yang sama mereka sedar betapa kerdilnya diri sebagai seorang manusia.

Allah benarkan terciptanya kapal terbang, satu usaha dan hasil yang sangat hebat, tetapi belum ada manusia yang mampu terbang melayang atau mencipta seekor burung yang sama seperti burung yang Allah ciptakan.

Pernah dalam sejarah, seekor burung menjadi penghubung dua kuasa kerajaan. Burung Hud yang hampir dihukum kerana lewat hadir perbarisan rupanya datang dari jauh dan membawa berita penting kepada Nabi Allah Sulaiman.

Allah tunjukkan kepada hambanya, Dia mampu melakukan apa sahaja. Walaupun pada perkara yang di luar akal manusia.

Berbalik pada persoalan asal, apa yang terlintas di fikiran kita sehingga mampu menjadi inspirasi dengan melihat makhluq kecil ini.

Sering seseorang yang berjaya memberikan perbandingan sifat Tawakal atau pergantungan kepada Allah melalui cerita burung dalam hal rezeki dan kehidupan.

Bagaimana seekor burung yang keluar pagi bekerja tanpa jaminan bertulis seperti kita yang mempunyai slip gaji. Burung-burung itu akan pulang ke sangkar masing-masing dengan perut kenyang dan membawa pulang rezeki untuk disuap ke mulut anak-anaknya.

Resam burung ini pengajaran besar pada manusia, terutama pada mereka yang berniaga. Bangun awal pagi memuji Allah, melihat alam sebelum matahari memanas bumi, bergantung pada Allah dalam hal-hal strategi dan usaha.

Dan yang paling penting sentiasa memilih untuk menjadi taat kepada Allah pada perkara yang halal dan haram untuk setiap suapan ke perut kita, anak-anak dan seluruh keluarga.

Saharudin Zaini

Assalamualaikum wbt. Aku baca buku sekolah anak aku, mata pelajaran Minda. Dalam SK aku tak tau lah ada tak subject ni.S...
12/11/2019

Assalamualaikum wbt.

Aku baca buku sekolah anak aku, mata pelajaran Minda. Dalam SK aku tak tau lah ada tak subject ni.

Subject ni nak ajar murid-murid cara berfikir dan bertindak dengan betul dan berkesan.

Ada satu fakta dalam buku ni cerita pasal nyamuk, aku betul-betul rasa kagum sampai tersebut berkali-kali Allahuakbar.

Nyamuk ni korang tau kan, kecik je. Badan lembik sekali picit dengan jari pun lenyek. Tapi tak sangka kecik lembik macam tu ada komponan hebat dalam badan dia. Subhanallah.

Aku kagum bro, serius masa baca tu walaupun artikel pendek tapi aku macam kene kejut dengan letrik tentang hebatnya Allah.

Subhanallah..wau nye..MasyaAllah.

Seekor nyamuk yang diletakkan bawah mikroskop, lepas tu zoom sampai 400 kali.
Korang tau apa saintis jumpa.

Dekat kepala ada 100 biji mata dan dalam mulut ada 48 gigi, boleh korang imagine.

Dalam dada dia ada 3 buah jantung, pada tiap-tiap jantung ada 2 atrium, ada 2 bilik jantung dan ada 2 katup jantung.

MasyaAllah. Subhanallah.

Korang penah tengok macam mana engineer bikin enjin motor, bikin enjin F1 atau bikin smartphone korang. Itu pun dah kira hebat pada aku. Ni lagi la seekor nyamuk cuma 0,001 gram.

Ada lagi, nyamuk ni ada alat pencair darah, dia boleh cairkan darah manusia yang dia sedut. Darah kita ni kasar bagi nyamuk, dia cairkan dulu supaya boleh masuk mengalir dalam belalai. Hebat Kan Allah.

Satu lagi yang buat aku terpegun, nyamuk ni dia ambik sample darah dulu sebelum dia mula gigit. Dan dia ada alat pembius supaya kita yang kene gigit tak rasa sakit. Bius tu bertahan beberapa detik sebelum efek bius tu hilang.
Ermmm. MasyaAllah.

Dekat belalai dia, Allah cipta 6 buah pisau, 4 bilah pisau berfungsi untuk buat luka berbentuk 4 segi dan 2 lagi buat lubang yang sesuai dengan tabung penghisap darah.

Kaki nyamuk ni, ada cakar dan siap ada alat macam bekam. Tau tak apa tujuannya?

Supaya nyamuk-nyamuk ni boleh menempel dekat tempat yang licin.

So, apa lagi alasan untuk kita tak besarkan Allah.

Address

Kajang
43000

Telephone

+60178867201

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Saharudin b. Zaini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Saharudin b. Zaini:

Share