14/06/2024
CYST 11 CM DIAMETER
Cuti sekolah yang lepas, tiba-tiba dapat panggilan dari no klien. Bila dapat call tiba-tiba, time malam pulak jarang lah untuk ajak lepak. Angkat call, dengar suara lelaki, suami klien. Pulak, dah nervous dah time ni. Memang jadi agent Takaful ni, time macam ni, jantung pun boleh terkeluar tau 🥹.
Suami klien beritahu, dia tengah cari hospital sebab klien tengah sakit yang amat sangat kat bahagian perut dan rasa cramp teruk 1 hari. Suami dia cakap, dia dah pergi banyak hospital swasta tapi penuh.
Bayangkan hospital swasta pun penuh, kerajaan macam manalah kan. Jadi, saya advice suami klien untuk call dulu hospital sebelum pergi dan suggest untuk ke KPJ dan dia pun pergi ke KPJ Dato' Onn. Alhamdulillah, admission semua okay dan klien dapat ubat tahan sakit cepat. Bilik 1 orang 1 bilik air. SELESA dan ada PRIVACY ☺️
Hari kedua, klien jalankan rawatan dan doktor refer ke bahagian sakit puan sebab nampak ada tak normal bahagian ovari dan kelihatan ada cyst besar 11cm diameter !! besar. Hari yang sama doktor pakar bahagian sakit puan datang dan decide untuk buat surgeri, buang cyst dan ovari sebelah kiri pada hari esoknya.
Dari pengalaman klien, perkara senggugut jarang sangat berlaku kat dia. Apatah senggugut yang teruk. Period pun tiada masalah. Tiba-tiba ada cyst di ovari dah besar 11cm !!! Klien saya ni kurus je tau, tidak gemuk.
Selepas doktor buat decision, suami klien ada tanya jika keputusan biopsy cyst itu adalah cancer, apa manfaat tambahan dari medical card dia. Kita terangkan seperti biasa. Faham sangat situasi ni. Bila berkaitan cancer, the cost bukan main-main. Suami klien bertanya sebab persediaan.
Alhamdulillah, pembedahan bejalan lancar. Total tinggal di ward 4 hari. Sekarang klien sedang tempoh berehat untuk penyembuhan luka pembedahan. Keputusan biopsy pun dah keluar, ALHAMDULILLAH, bukan cancer 🤲
Kos yang dibayar dari medical card PruBSN adalah RM 21,355, dan klien hanya bayar RM 369. Ini pertama kali klien guna medical cardnya setelah hampir 5 tahun mencarum.
Tapi betullah, MEDICAL CARD TIDAK WAJIB untuk anda ada, tetapi untuk mengawal risiko kehilangan kewangan yang besar, anda WAJIB ada medical card. Sakit demam mungkin kita boleh rawat sendiri, tetapi jika berkaitan organ dalaman, memerlukan permerhatian pakar, kosnya bukan biasa-biasa.
Nak tanya pasal medical card jom berkonsultasi ☺️
Aqilah Shariff
Perunding Perwarisan Harta Pusaka dan Takaful