08/08/2022
Assalamualaikum hai semua selamat pagi semua. Sharing knowledge hari isnin yg indah ni adalah tentang geran tanah. Nampak mcm simple kan, tapi sebenarnya kalau tak pandai baca geran pun susah juga sebab dalam geran ni ada macam2 maklumat penting tentang tanah tersebut.
Ia ibarat perkara basic yang kita perlu tahu dalam hartanah ni sebagai satu dokumen bukti pemilikan secara rasmi yg dkeluarkan oleh kerajaan. Dalam geran tanah ni mcm2 yang boleh kita dapat seperti keluasan, jenis hakmilik, syarat dan sekatan kepentingan. Jadi jom belajar cara baca geran tanah!!
1. Tajuk Geran
➡️Tajuk geran ni akan beritahu jenis pegangan hakmilik
➡️ Hakmilik p**a ada 6 jenis
a) Geran (dikeluarkan Pej Tanah)
b) Pajakan Negeri (Hakmilik tetap dikeluarkan pejabat
pendaftar hakmilik negeri)
c) Geran Mukim (Hakmilik tetap dikeluarkan Pej Tanah)
d) Pajakan Mukim (Hakmilik tetap dikeluarkan Pej Tanah)
e) Hakmilik Sementara Daerah (dikeluarkan Pejabat
Pendaftaran Kerajaan Negeri)
f) Hakmilik Sementara Mukim (dikeluarkan Pej Tanah)
2. Maklumat Tanah
• Maklumat tanah boleh didapati di bawah No. Hakmilik dan
Cukai Tahunan
a) Lokasi
b) Lot
c) Saiz
d) Kategori Penggunaan Tanah
P/S: Saiz tanah: Keluasan tapak tanah
Keluasan rumah: Keluasan sebenar binaan rumah (Built-up
area)
3. Keterangan Lain
• Tujuannya untuk kuatkan lagi peruntukan dalam Kanun Tanah
Negara (KTN)
• Contoh: “……..walaubagaimanapun ia tertakluk kepada
peruntukan Kanun Tanah Negara, syarat dan sekatan
kepentingan….”
4. Syarat Nyata
• Pemilik tanah boleh tahu dgn jelas tanah boleh digunakan
untuk tujuan apa
• Tujuan penggunaan tanah dalam geran sebagai contoh kalau
syarat tanah untuk pertanian, tak bolehlah buat
pembangunan untuk kediaman atau komersial kecuali
dengan kebenaran pihak berkuasa.
5. Sekatan Kepentingan
• Pihak berkuasa yang mengenakan sekatan ke atas tanah
• Contoh: “tanah ini tidak boleh dipindah milik, dipajak atau
digadai kecuali dgn kebenaran pihak berkuasa negeri”.
6. Maklumat Pemilik
• Di bahagian ini akn ada nama, ic dan bahagian tanah pemilik
serta warganegara.
7. Maklumat Tanah
• Di bahagian ini akan ada maklumat seoerti jenis dan nombor
hakmilik, lokasi, nombor lembaran (jika ada), no pelan
diperakui, no lot dan luas lot.
8. Pelan Lokasi Rumah
• Pelan tanah ni dsediakan dan diperakukan oleh Pengarah Ukur
Negeri (akan ada maklumat berapa panjang, lebar dan besar
tanah yg dimiliki)
Semoga ilmu harini bermanfaat untuk semua!