Produk Muslim Jerantut

Produk Muslim Jerantut Sekadar Promosi Atau memperkenalkan Produk Muslim Di Jerantut Kerana Kempen Produk Muslim Bermula Di Jerantut Sehingga Merebak Di Seluruh Malaysia (BMF)

20/04/2023

Sebelum Nak Beli Lemang Di Tepi Jalan, Pastikan Korang Tahu 9 Tip Yang Peniaga Ini Kongsi!

1. Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar

Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah orang, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.

2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil

Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut.

3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang

Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik-balik, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian costumer.

4. Cuba minta diskaun kalau beli banyak

Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila-gila. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…

5. Jangan dan jangan, singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang

Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan?

6. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering

Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang.

7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya

Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?

8. Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut

Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

9. Hak sebagai pembeli, tapi dengan adab

Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak-hak anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual.

Kredit: Maskulin

20/01/2023

Ramai yang tak sedar sebenarnya orang kita pun sebenarnya ramai perangai seperti zionis. Kalau di Palestin, orang zionis ini rampas tanah orang Palestin sikit demi sedikit biarpun itu bukan hak mereka. Samalah dengan orang kita. Dah tahu itu bukan hak mereka namun tanpa rasa malu kawasan parking pun dah jadi ‘hak milik’ mereka siap pasang atap lagi.

“Barangsiapa mengambil sejengkal tanah bumi yang bukan haknya, nescaya ditenggelamkan dia pada hari kiamat sampai ke dalam tujuh lapis bumi.”

Hadis riwayat Bukhari.

Ingatlah dengan hadis ini. Biarpun sikit yang kita rampas namun kelak akan dihukum juga nanti pada hari kiamat.

------

Elakkan ditipu dgn mengetahui Taktik & Penipuan Terkini melalui Pendedahan digroup Eksklusif Telegram Sahabat Perjuangan PPIM. Info, Pembongkaran & Aktiviti semua disini!

Join Sekarang:
https://t.me/SahabatPerjuanganPPIM
Ayuh bersama Berjuang Membantu mereka yang Ditindas & Dizalimi dengan Menyumbang ke Tabung Perjuangan PPIM.

Sumbang Sekarang:
https://sumbangan.ppim.org.my/
Hubungi Hotline PPIM :
019 -359 1000

19/01/2023

Ramai orang sentiasa nak menang.
Tapi tak ramai yang mahu belajar bertenang.
Rahsia tenang adalah zikrullah.
Ingat Allah tak kira senang atau susah.
Gembira atau sedang marah.
Jom pujuk hati,
lazimi diri dengan zikrullah.

"Kasih kepada kedua ibu bapa"Firman Allah Ta'ala,Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan ...
15/01/2023

"Kasih kepada kedua ibu bapa"

Firman Allah Ta'ala,

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).“.

(Al Isra’ 17: 23).

Gambar seorang anak yang sedang mendukung Bapanya untuk menunaikan ibadah Umrah di Mekah mengingatkan kita kepada kisah Uwais Al-Qarni

AL Fatihah kepada kedua ibu bapa yang telah tiada

Alhamdulillah admin baru selesai servis Minyak Hitam Maxoil 🙂Dh bertahun tahun pakai Kereta Admin setia dengan satu jena...
05/01/2023

Alhamdulillah admin baru selesai servis Minyak Hitam Maxoil 🙂

Dh bertahun tahun pakai Kereta Admin setia dengan satu jenama ini sahaja

Enjin pun sedap bunyi
Tahan panas

Moh sokong Produk Muslim kita

Bengkel Jasa Murni Workshop

Lokasi Simpang Kg Melayu, Jerantut Pahang

Pemilik bengkel FB Pak Pandir Pandai


27/12/2022

Menziarahi Cikgu Rizal yang ditimpa strok sudah tiga tahun.

Besarnya pengorbanan Isteri dan bonda beliau yang sentiasa berada di sisi menjaganya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Itulah ujian Allah yang penuh dengan hikmah.

Sama-samalah kita doakan agar Cikgu Rizal dikurniakan kesembuhan. Amin!

23/12/2022

Mencari rumah sewa sekitar perumahan Jerantut sila info yerk

03/12/2022

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

27/11/2022

Sejarah Air Zam Zam

[Pepatah Melayu]*Sudah diludah dijilat balik*Maksud: -Sudah dicela (dibuang) dipuji (dipungut) kembali.
22/11/2022

[Pepatah Melayu]

*Sudah diludah dijilat balik*

Maksud:

-Sudah dicela (dibuang) dipuji (dipungut) kembali.

Address

Jerantut

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Produk Muslim Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share