AIA Takaful -Klang Valley

AIA Takaful -Klang Valley Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AIA Takaful -Klang Valley, Insurance Company, Menara AIA Cap Square, Jalan Munshi Abdullah.

https://kidshealth.org/en/parents/mrsa.html Mikhail Abdullah
11/09/2024

https://kidshealth.org/en/parents/mrsa.html Mikhail Abdullah

MRSA is a type of bacteria that the usual antibiotics can't tackle anymore. Simple precautions can help protect your kids from becoming infected.

HADIAH TERAKHIR BUAT ISTERI1. 8 bulan lepas, aku terima call dari sorang client untuk  stopkan polisi hibah yang dia amb...
24/04/2024

HADIAH TERAKHIR BUAT ISTERI

1. 8 bulan lepas, aku terima call dari sorang client untuk stopkan polisi hibah yang dia ambil atas sebab kekangan kewangan keluarga

2. Aku advise supaya dia pertimbangkan dan actually tak perlu terminate pn,tapi suggest untuk buat premium holiday sementara dia nak recover kewangan family

3. Lepas 8 bulan,tiba2 client aku ni whatsapp & tanya samada polisi yang premium holiday masih hidup tak.

4. Bila dapat soalan macam ni mmg aku trigger something happened dan betullah tekaan aku, husband dia baru sahaja meninggal dunia asbab serangan jantung di tempat kerja,umur baru 37.

5. Check sistem,alhamdulillah,polisi masih inforce walaupun dah almost 8 bulan premium holiday

6. Terus aku minta client prepare document yang diperlukan untuk claim purposes

7. Urusan claim dengan AIA ni tersangatlah mudah,all claim boleh submit through online saja dan document yg diperlukan to be frank mmg tak banyak pn( 4 document)

8. So aku submit complete document through online submission & aku call AIA customer service at the same time untuk tanya estimate ambil masa berapa lama sebab nak make sure boleh dapat before raya.

9. Kalau tak ada masalah katanya, mgkin seminggu and insyaAllah sempat before raya.

10. Selang tiga hari tiba2 client aku ni whatsapp, cakap claim dah masuk.Terkejut aku sbb initially AIA ckp 7 hari.

11. Allahh time tu rasa lega sgt sebab tanggungjawab aku untuk arwah dan family dpt dilunaskan.

12. Dan client aku ni actually pun tak expect boleh dapat claim secepat nii.Dia ingt sebulan ke dua bulan baru dapat

13. So kalau korang cakap takaful or insurans ni susah especially time claim,to be frank, tak betul,kebanyakannya sgtlah mudah.tapi aku tak nafi mgkin ada satu dua kes yang perlu further investigations.

14. Alhamdulillah so far semua claim (medical) yang aku handle dengan AIA pun tiada masalah and termasuklah death claim yang aku uruskan untuk client ni sgtlah hassle free.

15. As long polisi korang dah matang dan dah lepas 2 tahun contestable period,insyaAllah claim korang akan smooth.So jangan sesekali tangguh kalau korang ada terlintas untuk buat hibah.

16. Dalam kes client aku ni,isteri yang ambil initiatif untuk insuredkan husband dia , so if anything happen,income husband yang terputus dapat dicover oleh pampasan hibah untuk sementara waktu.

17. Untuk para suami,kalau korang ada lebihan saving,asingkan lah sedikit untuk sediakan hibah buat keluarga korang.

18. Ingat tanggunjawab kita bukan selagi mana kita hidup,tapi selagi mana diorg (ahli keluarga) hidup.

19. So untuk para isteri,tak semestinya husband korang yang kene preparekan hibah,korang pun boleh sbnrnya hanya dengan insuredkan husband korang.

20. Ni cara untuk ringankan beban husband korang and at the same time create safety net untuk korang in the event of losing your partner.

21. Anyway,alhamdulillah semua proses dan urusan dipermudahkan & thanks AIA sebab provide platform yang user friendly untuk buat claim.Customer service pn very helpful in giving advice untuk make sure claim process goes smooth & fast.

Credit : Rashid Zahari

☎️📱Boleh reply Chat/Wsp ini dengan taip '𝗠𝗜𝗡𝗔𝗧' untuk dapatkan 𝗤𝗨𝗢𝗧𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 & 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗦!!!

Atau klik link 👉 https://wa.me/messagedemikha/
Atau klik link 👉 https://wa.me/messagedemikha/

Demikha
Takaful life planner
Exco Harta pusaka

- CARUMAN KWSP -Sekarang HANGAT PASAL KWSP 🤔Bakal Gov servant bakal tiada pencen.. advice carum kwsp.. Alang2 meh cikde ...
27/01/2024

- CARUMAN KWSP -

Sekarang HANGAT PASAL KWSP 🤔
Bakal Gov servant bakal tiada pencen.. advice carum kwsp..
Alang2 meh cikde share info2 berkenaan kwsp/epf nih bagi para suami k.. 👍🏻🤝 hanya untuk ilmu bersama buat kaum isteri juga😉

-KWSP suami bukan Harta Sepencarian buat isteri-
Selepas kematian suami, semua harta yang dimiliki atas nama suami tersebut adalah dikira sebagai Harta Pusaka. Jadi, bahagian faraid bagi seorang isteri adalah 1/8 sahaja sekiranya suami mempunyai anak.

Bahagian tersebut sangat kecil bagi seorang ibu yang akan membesarkan anak-anak kecil yang ditinggalkan simati atau arwah suami.

Jika arwah suami tinggalkan banyak jutaan Ringgit Malaysia, mungkin tak lah terasa sangat dengan nilai 1/8 tersebut.

Kalau duit simpanan pun tak banyak, yang ada hanyalah KWSP arwah suami sahaja, maka itu sahajalah duit ‘survival’ selepas kematian yang isteri tersebut akan terima dengan bahagian kecil 1/8.

Maka, pernah ada seorang wanita bertanya,

“Tuan Fahmi, kalau lah suami saya mati, bahagian Faraid saya kecil, boleh ke kalau saya tuntut KWSP tu sebagai Harta Sepencarian untuk dapat lebih?”

Boleh ke?

✅ Adakah KWSP dikategorikan sebagai Harta Sepencarian?

Ada yang ingat KWSP itu harta sepencarian dengan menganggap hasil pendapatan suami terdapat sumbangan tidak langsung isteri yang menjaga hal ehwal anak dan rumahtangga.

Namun, ini salah. Ia kerana KWSP telah diputuskan oleh keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-49 pada September 2000 :

👉🏻 Wang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut Hukum Faraid kerana wang itu dicarum si mati semasa hayatnya kepada KWSP, maka wang itu adalah milik si mati.

✅ Kalau tak tuntut Harta Sepencarian, boleh ke isteri sebagai Penama menerima semua?

Penama bukanlah penerima Hibah atau pemilik penuh selepas kematian seseorang. Penama yang dinamakan di dalam KWSP pencarum itu hanyalah sebagai Pentadbir Harta atau pemegang amanah simati sahaja.

Ini bertujuan untuk memudahkan urusan waris menerima wang KWSP simati dengan mudah dan cepat sahaja. Sebabnya, untuk mendapatkan perintah Pusaka itu bukanlah satu urusan yang boleh selesai dalam tempoh satu hari, satu minggu atau satu bulan.

✅ Apa tugas Penama KWSP?

Menurut keputusan Muzakarah tersebut, Penama KWSP hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut Faraid.

Ini bermakna, bagi sesiapa yang telah dinamakan sebagai Penama KWSP, ia perlu memegang amanah untuk bahagikan duit peninggalan simati tersebut mengikut bahagian faraid. Bukan miliknya seorang sahaja.

✅ Bolehkah dibuat Hibah duit KWSP?

Pada pandangan saya, KWSP ini tidak boleh dibuat Hibah kerana ia belum dikira milikan penuh sehingga mencapai tempoh matang untuk seseorang pekerja itu menerima.

Namun, sekiranya ia berada dalam milikan penuh, contohnya dikeluarkan duit sewaktu PKP tahun lepas, maka ketika itu jika nak dihibahkan kepada sesiapa pun itu hak anda. Namun, untuk membuat Hibah Bersyarat sekiranya kematian pencarum akan diterima oleh penerima hibah adalah tidak boleh.

Ini sama sekali akan bertentangan dengan keputusan Muzakarah tersebut. Bahkan, ada kes diputuskan Re Ismail Bin Rentah (simati) [1939] FMSLR, Hakim memutuskan :

“ Penama di dalam kes tersebut tidak boleh dianggap sebagai penerima Hibah oleh sebab tidak ada pindah milik kepada orang yang menerima. Sebaiknya ia dianggap Hibah semasa Mard al-mawt (sakit yang hampir kematian) yang tertakluk kepada Undang-undang Wasiat. Oleh sebab itu, ikut Undang-undang Islam, jumlah itu terp**ang untuk dibahagikan kepada semua waris”

❤️ Kesimp**an

Sekiranya seorang isteri hendak bahagian lebih daripada tinggalan KWSP suami, ia tak boleh dituntut melalui Harta Sepencarian. Tak sama macam bahagian harta lain seperti rumah misalnya.

Sekiranya isteri menerima sebagai Penama selepas kematian suami, WAJIB bagi isteri tersebut membahagikan bahagian sebagaimana bahagian faraid.

Memang sikitlah bahagian isteri jika ada ramai anak dari simati dan juga ramai isteri. Inilah cabaran yang akan diterima oleh isteri untuk ‘survive’ selepas kematian mengejut suami.

Kalau suami meninggalkan banyak duit KWSP beratus-ratus ribu, ada la juga bahagian ribu-ribunya.

Kalau ada hanya sekitar RM10,000 sahaja sewaktu kematian tersebut, bank simpanan pun sedang ‘FREEZE ’ sebelum ada perintah pusaka, berapa agaknya tempoh untuk isteri tersebut bertahan jika dia pun bergantung penuh pada suaminya semasa hidup?

p/s : s**a dee ingatkan, semua harta2 akan dibekukan bila kita tiada, KECUALI HIBAH DIBAWAH AKTA IFSA 2013.. Inilah antara sebab kenapa perlu suami perlu tinggalkan Hibah Takaful kepada isteri untuk ‘survive’ membesarkan anak-anak. Jangan ada rasa ‘biarlah mereka urus sendiri’ sedang kita menagih doa mereka sewaktu di alam sana.

24/11/2023

Tengok & Dengar sendiri..
apa yang Doktor gov sendiri yang share..

Medical card adalah “PAYUNG” untuk korang guna bila mana keadaan sakit2 yg korang takkan jangka kos2 nya… lagi2 sakit last stage/kritikal ..

Masih fikir & fikir… “Oh takpalah.. kita kan ada Gov hospital, guna lah kemudahan yang ada.. bazir je” “ oh, takpa.. say...
24/11/2023

Masih fikir & fikir…
“Oh takpalah.. kita kan ada Gov hospital, guna lah kemudahan yang ada.. bazir je”

“ oh, takpa.. saya ada med card company, guna la tu dulu.. nanti2 je”

Brother & sis,
Uncertainty dalam kehidupan ni.. salah satunya adalah PENYAKIT.

Tiba2, dapat salah satu sakit Critical illness.. yg perlu expedite surgery.. tapi

1) “WAiting Q p**a lama… ubat untuk intensive treatment (harga puluh ribu) on your own cost 🥲 (Gov Hospital)

2) Dah jalanani rawatan, tapi unfortunately kena go through longer recovery.. max company akan cover setahun… lepas setahun 6bulan surat CINTA dtg
“Terima kasih atas hasil kerja yg bagus sepanjang bersama company” ( med card company no longer protect you)

So, mana DANA yg long term & mampu menjaga korang.. USAHA lah .. usaha untuk adakan medical protection diri..

Free quot boleh dm k.

Demikha
AIA LIFE PLANNER
https://wa.me/message/6SGLLS2VSVFXF1

Apa itu HIBAH dan nak buat macam mana?Ini soalan yang paling banyak kami terima. Ada hibah yang dibuat oleh syarikat ama...
23/11/2023

Apa itu HIBAH dan nak buat macam mana?

Ini soalan yang paling banyak kami terima. Ada hibah yang dibuat oleh syarikat amanah. Syarikat amanah pun dah ada banyak sekarang. Pakej yang ditawarkan pun pelbagai. Pilih je yang mana satu yang sesuai dengan keperluan.

Ada hibah yang dibuat oleh Peguam. Peguam sivil pun boleh. Peguam syarie pun boleh. Tapi tak semua peguam yang boleh buat hibah. Kena tanya dulu. Jangan p**ak jumpa peguam yang buat kes jenayah atau peguam kes kemalangan untuk buat hibah. Pengkhususan kes masing-masing tak sama.

Ada hibah yang dibuat oleh badan berkanun dan agensi kewangan.Hibah tabung haji, hibah ASB, hibah takaful. Hibah takaful fungsinya untuk menyediakan dana segera kepada waris. Hibah harta p**a untuk merancang harta yang sedia ada seperti rumah, tanah, kereta, barang kemas dll.

Ada hibah yang kena bayar bulan-bulan. Ada hibah yang hanya bayar sekali. Ada hibah komprehensif. Ada hibah yang basic. Surat Pengisytiharan Hibah tu yang basic. Perintah Pengesahan Hibah tu yang komprehensif. Hibah Harta Bercagar pun ada kalau nak.

Kosnya pun berbeza-beza. Ada yang caj ikut nilai harta di pasaran. Ada yang caj tak ikut pun nilai harta tapi tengok jenis harta. Ada yang caj hanya per dokumen. Boleh pilih mana yang sesuai dengan poket masing-masing.

Yang penting cari dan cari sampai jumpa yang sesuai dengan kemampuan dan keperluan kita. Jangan hanya kerana kos terbantut hasrat nak buat hibah. Percayalah, nilai harga yang kita keluarkan untuk proses merancang harta semasa kita hidup sekarang adalah jauh lebih murah berbanding nilai yang perlu dibayar oleh waris-waris kita apabila kita meninggal tanpa sempat membuat perancangan harta.

Sebenarnya ramai yang tanya saya, boleh ke saya buat dokumen hibah sendiri? Saya faham ramai yang tanya ni sebab mereka nak jimatkan kos. Selagi boleh buat sendiri mereka nak cuba buat sendiri. Boleh je cari sample kat google. Nak draf sendiri pun boleh.

Tapi bila saya baca balik semua komen-komen dalam artikel berkenaan hibah dan wasiat, melihat cara mereka bertanya soalan, ramai lagi yang tak dapat bezakan fungsi hibah dan wasiat. Kalau hibah dengan wasiat pun mereka masih tak faham dan tak dapat nak bezakan fungsinya, macamana mereka nak buat dokumen sendiri? Memang cari penyakit.

Tak kisah pun kat mana anda nak buat hibah yang penting sesuai dengan keperluan dan kemampuan diri dan pastikan buatlah hibah dengan mereka yang pakar dan ahli dalam bidang ini. Takut kalau memandai buat sendiri, hibah yang dibuat tak lengkap dan tak menepati rukun dan syarat2 nya dan akhirnya anda juga yang rugi.

Dato’ M***i pun dah jelaskan, sekiranya cukup syarat dan bukti, maka sah pemberian hibah tersebut semasa hidupnya. Tak perlu persetujuan waris pun. Tapi syarat dan bukti yang bagaimana? Sebab itu kena buat hibah dengan yang ahlinya.

Credit: Roslina Sabiyah & Co

20/11/2023

Watch, follow, and discover more trending content.

Sesiapa yang ada beli rumah melalui loan dengan bank, wajib tengok balik agreement.1. Check loan dengan bank berapa lama...
09/11/2023

Sesiapa yang ada beli rumah melalui loan dengan bank, wajib tengok balik agreement.

1. Check loan dengan bank berapa lama?
2. Check MRTT/MLTT (insurans rumah) cover berapa lama?

Penting kenapa?

Kita tak nak bila berlaku kematian nanti, rupanya bank dah tak cover loan rumah.

Which means still ada hutang lagi walaupun pemilik dah meninggal dunia.

Consequences dia;
1. Siapa yang akan tanggung teruskan bayar dekat bank?
2. Mampu tak orang tu tanggung teruskan bayar dekat bank?

So, Wajib!!

Elakkan jadi macam gambar kat bawah ni. Loan bank 35 tahun tetapi MRTT cover 18 tahun je.

Apa tu? Maksud dia, bank hanya akan tolong settlekan loan kalau korang meninggal dalam tempoh 18 tahun pinjaman.

Meninggal tahun ke-19, bank tak cover dah. Selepas tu ahli keluarga p**a kena settlekan loan rumah tu.

Kalau ahli keluarga tak dapat bayar, bank lelong lah rumah tu.

Hah! Jenuhh..

Kalau korang tak sure MRTT coverage korang macam mana, cukup ke tidak, saya boleh bantu.

Jom review MRTT korang. ⬇️⬇️⬇️

https://wa.me/message/6SGLLS2VSVFXF1
https://wa.me/message/6SGLLS2VSVFXF1

Kredit gambar asal : Aznil Azim




♥️ *Apa itu IFSA2013 - HIBAH takaful* ♥️  • Pemberian sejumlah _WANG PAMPASAN_ kepada pewaris setelah kita meninggal dun...
24/10/2023

♥️ *Apa itu IFSA2013 - HIBAH takaful* ♥️
• Pemberian sejumlah _WANG PAMPASAN_ kepada pewaris setelah kita meninggal dunia *TANPA melalui kiraan faraid dan harta pusaka.*

Nilai RM 5K = RM 1,000 000

Sekiranya:
Anda merupakan seorang suami yg bergaji RM5K/sebulan, isteri tidak bekerja dan anda mempunyai anak kecil serta *ANDA* adalah satu-satunya _sumber pendapatan keluarga._

❣ Jika _SEMALAM_ anda ~meninggal dunia~ secara tiba2, maka hilanglah punca pendapatan keluarga. Hal ini akan menyebabkan keluarga tercinta putus sumber kewangan bagi menyara kehidupan akan datang.

❣ _Jadi bagaimana mereka akan meneruskan kehidupan mereka?_ jika selama ini kebergantungan adalah 100% daripada diri anda sebagai ketua keluarga.

❣ (*~MATI~* itu pasti)
Yang ~MATI~ akan berlalu pergi, yang hidup tetap harus meneruskan kehidupan.

_*TETAPI*_
jika anda membuat persediaan awal (HIBAH) ,hal ini pasti dapat membantu keluarga anda kelak.

1. Sekiranya anda mempunyai HIBAH, setelah ~pemergian anda,~
Pihak takaful akan segera menemui waris anda iaitu isteri anda. Isteri akan menerima tunai RM1,000,000 atas nilai yg dilindungi keatas diri anda *TANPA* perlu melalui proses faraidh.

2. Dan pesanlah kpd isteri, sekiranya anda sudah tiada nanti, uruskanlah duit itu dgn sebaiknya.
Simpan di INSTITUT KEWANGAN yg memberi dividen seperti TABUNG HAJI mahupun ASB

Contohnya, Dgn purata dividen sebanyak 6% setahun
6% × RM 1,000,000
= RM60K/tahunan @ RM5K/ bulanan

Dengan dividen tersebut iaitu RM 5K /sebulan dapat digunakan sebagai perbelanjaan bagi menyara hidup isteri & anak2, disamping perbelanjaan sekolah & segala kos yg berkaitan.

3. Dan nilai RM 1,000,000 tadi tetap tersimpan kekal dlm akaun saving *Tabung Haji* mahupun *ASB* isteri anda.

👨‍👩‍👧‍👦 Isteri dan anak2 pasti bangga mempunyai suami dan ayah yg bertanggungjawab walaupun anda ~sudah tiada kelak.~

👨‍👩‍👧‍👦 Anda juga boleh meminta isteri menginfakkan 5-10% dr jumlah dividen tahunan yg diterima ke tabung amal jariah bg pahala yg berterusan hingga ke akhirat, inshaallah. Aamiin.

Dengan *HIBAH* segalanya mudah.

_I know you do care about your FAMILY because your family also DO care about *YOU*_

Sedia membantu, Perunding kewangan anda,
*Demikha*
AIA PUBLIC LIFE PLANNER

Korang!! AIA BUAT HAL LAGI!!GANJARAN RM60 GRAB??SHOPPEE??? DISKAUN 20% UNTUK PRODUCT GARMIN..SAMSUNG..HUAWEI??AIA VITALI...
16/10/2023

Korang!! AIA BUAT HAL LAGI!!

GANJARAN RM60 GRAB??SHOPPEE???
DISKAUN 20% UNTUK PRODUCT GARMIN..SAMSUNG..HUAWEI??

AIA VITALITY BENEFIT NI BIASA KHAS UNTUK AIA MEMBER SAHAJA..

TAPI.. TAPI..

KALI NI AIA OPEN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA P**A UNTUK AKSES SELAMA 3 BULAN SECARA PERCUMA!YA! FREE… JOM GRAB & RASAI GANJARAN2 SEBAGAI AIA VITALITY SEBELUM IT END 🎉🎉

Kehidupan Yang Lebih bermakna Bersama AIA Vitality Starter, Dapatkan 3 Bulan Akses PERCUMA Hari Ini!

Korang!! AIA BUAT HAL LAGI!! GANJARAN RM60 GRAB??SHOPPEE??? DISKAUN 20% UNTUK PRODUCT GARMIN..SAMSUNG..HUAWEI?? AIA VITALITY BENEFIT NI BIASA KHAS UNTUK AIA MEMBER SAHAJA.. TAPI.. TAPI.. KALI NI AIA OPEN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA P**A UNTUK AKSES SELAMA 3 BULAN SECARA PERCUMA!YA! FREE… JOM GRAB ...

Footballer addict.. SAJFC is BACK!! REGISTRATION TILL 27TH OCTOBER 2023COME JOIN US & LET THE KIDS HAVE FUN TOO.. 🎉🎉🎉🎉TR...
16/10/2023

Footballer addict.. SAJFC is BACK!!
REGISTRATION TILL 27TH OCTOBER 2023
COME JOIN US & LET THE KIDS HAVE FUN TOO.. 🎉🎉🎉🎉

TRAIN WITH TOTTENHAM HOTSPUR GLOBAL FOOTBALL DEVELOPMENT COACHES.

Yeayyy!! Score With Spurs Adult and Junior Football Camps KEMBALI! FREE registration.. daftar sebelum 28th October okay..

28/08/2023

Apa yang kita perlukan apabila berlaku 5 situasi yang bukan kawalan kita?..

Address

Menara AIA Cap Square
Jalan Munshi Abdullah
50100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIA Takaful -Klang Valley posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AIA Takaful -Klang Valley:

Share