08/05/2020
NAK LOMPAT KA TAKNAK LOMPAT?
*************************************
Semua orang sales tak dapat lari daripada kesan akibat krisis yg melanda sekarang. Kalau dulu, orang sales boleh buka booth di bangunan2 Pejabat, boleh buka booth di pasaraya2, di expo2, namun tidak lagi pada waktu ini. Ramai lagi yg masih berangan bila tamat PKP nanti, keadaan akan pulih seperti sediakala. Jawapannya tidak semudah yg disangkakan. Selagi vaksin Covid masih belum ditemui, selagi itulah kita harus berpijak di bumi nyata bahawa krisis ini adalah sebuah pandemik yg boleh menyerang semula jika tak dikawal. Jika tamat temph PKP sekalipun, pelanggan2 juga pasti amat berhati2 dan mungkin menolak dan beralasan utk berjumpa secara fizikal..
Bergantung pada jenis apa sales yg kita buat, kita mesti cari jalan keluar utk terus survive dan kekal aktif. Jadinya dalam keadaan skrg ada beberapa perkara yg kita boleh buat utk terus kekal produktif.
1. Keluar dari norma :
Bila kita kata keluar dari norma, sudah tentu kita perlu buat perkara yg luar biasa. Contohnya kita buka booth secara online. Macamana tu? Kita boleh cuba utk buat live fb atau insta ibarat booth utk kita. Sesiapa yg join live itu ibarat org yg singgah di booth kita. Tak macam orang gila ker buat mcm ni? Sebenanrnya, kalau kita duduk saja di rumah tanpa buat apa2, dan mengharapkan result berbeza itu lebih gila. Kita juga boleh tawarkan free gift2 sebagaimana yg kita berikan semasa di physical booth kita sebelum ini.
2. Bijak dan berani dalam membuat keputusan
Dalam keadaan sekarang, jika kita menjual sesuatu yg bukan kepentingan atau sesuatu yg luxurious, contohnya Salesman kereta mewah, mungkin kita perlu tukar bidang lain buat sementara waktu. Kerana dlm waktu sekarang masyarakat amat berhati-hati dalam berbelanja. Ketika tempoh moratorium ni, loan juga mungkin susah utk dapat kelulusan. Jadinya mungkin terpaksa tukar bidang buat sementara. Atau jika kita buat sales pakej pelancongan, kita harus buat keputusan kerana produk kita tiada demand buat masa ini.
3. Berfikiran lebih kreatif.
Seperti belajar mengaji Al-Quran, wajib kita berguru dan tidak boleh hanya belajar melalui Google atau Youtube . Namun siapa sangka pada hari ini, anak-anak kita boleh belajar mengaji melalui applikasi zoom. Krisis yg terjadi hari ini membuatkan kita berfikiran lebih kreatif utk terus kekal maju. Temujanji2 sudah mula beralih kepada temujanji secara virtual. Jika dulu, kita perlu mengemas pejabat kita sekiranya ada temujanji dengan pelanggan. Tapi skrg, kita hanya perlu ubah background sahaja kerana pejabat hanya sekeping gambar.
Seperti dalam gambar dibawah ini, kita boleh salahkan cuaca, kita boleh salahkan menteri, kita boleh salahkan Virus covid, kita boleh salahkan Wuhan, kita boleh salahkan DAP, kita boleh salahkan PH...
Tapi bila kita dah rentung, kita akan salahkan diri sendiri dan menyesal kerana tidak bertindak.