Asset Legacy

Asset Legacy Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Asset Legacy, Finance, NO 49 LALUAN JATI 1 TAMAN SRI MERU, Ipoh.

May the Christmas season fill your home with joy, your heart with love, and your life with laughter.
25/12/2024

May the Christmas season fill your home with joy, your heart with love, and your life with laughter.

Kajian CANSLIM Terhadap Syarikat P.I.E Indutrial Berhad (PIE)P.I.E Industrial Berhad (PIE) adalah syarikat induk kepada ...
25/12/2024

Kajian CANSLIM Terhadap Syarikat P.I.E Indutrial Berhad (PIE)

P.I.E Industrial Berhad (PIE) adalah syarikat induk kepada Pan-International Electronics (Malaysia) Sdn Bhd (PIESB), PIE Enterprise (M) Sdn Bhd (PIE Enterprise), Pan-Internatinal Wire&Cable (Malaysia) Sdn Bhd (PIWSB), PIE ENTERPRISE (Malaysia) Sdn Bhd (PIW Enterprise), dan Pan-International Electronics (Thailand) Co Ltd (PIT). Syarikat beroperasi melalui tiga segmen utama iaitu pembuatan produk perindustrian, perdagangan produk elektrik dan pemegangan pelaburan.

Segmen pembuatan produk perindustrian merangkumi kabel dan wayar untuk alat elektronik, kompaun pengacuan kabel dan unit papan litar bercetak (PCB), kabel dan tali wayar ke komputer, komunikasi, industri elektronik pengguna dan pemasangan kabel. Segmen perdagangan produk elektrik p**a merangkumi produk perisian komputer, telekomunikasi, elektronik pengguna dan pemasangan kabel. Ia beroperasi di tiga negara utama iaitu Malaysia, Thailand dan Singapura.

Jom kita membuat kajian CANSLIM ke atas PIE ini.

C: Current Earnings
Kita perlu mengkaji pendapatan syarikat untuk suku tahunan terkini bagi tempoh tiga hingga lima suku terkini. Syarikat yang bagus perlu ada peningkatan pendapatan suku tahunan terkini sekurang-kurangnya sebanyak 25% untuk tiga suku tahunan terkini.

Sumber: malaysiastock.biz

Hasil Kajian Pendapatan Suku Tahunan Terkini untuk P.I.E Industrial Berhad:

1. Pendapatan suku tahun terkini PIE meningkat sebanyak 104%berbanding suku tahun sebelumnya. Keuntungan bersih syarikat meningkat sebanyak 12 kali ganda menjadi RM12.03 juta, berbanding RM991,000 pada suku tahun kedua tahun 2021.

2. Keuntungan sebelum cukai syarikat untuk suku semasa telah meningkat sebanyak 4,174%, berbanding dengan suku yang sama tahun sebelumnya. Sebab utama kepada kenaikan ini adalah kerana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengumumkan bahawa ia membenarkan kilang-kilang untuk beroperasi pada kapasiti penuh selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berkuatkuasa pada 29 April 2020.

3. Untuk tahun 2019, PIE mencatatkan pendapatan sebanyak RM659.34 juta. Sekiranya dibandingkandengan pendapatan suku yang sama untuk tahun sebelumnya, pendapatan syarikat merosot sebanyak 0.3% atau RM1.92 juta, ianya disebabkan oleh penurunan jualan dalam segmen perdagagan bahan elektronik.

4. PIE tidak pernah mencatat kerugian sepanjang syarikat ini disenaraikan di pasaran saham Bursa Malaysia.

A: Annual Earnings

Sumber: malaysiastock.biz

1. Setakat bulan September 2020, PIE telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM20.3,dan ianya merupakan angka di bawah jangkaan syarikat.

2. Untuk suku tahun ketiga 2020, keuntungan PIE merosot kepada RM12.03 juta daripada RM17.45 pada tahun sebelumnya. Kemerosotan ini adalah disebabkan oleh permintaan produk dan perkhidmatan syarikat yang berkurangan, akibat daripada penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia.

N: News, Product & Management

sumber :malaysiastck.biz

Kenanga Research telah meningkatkan penarafan syarikat PIE Industrial Bhd kepada outperform dan menaikkan harga sasaran saham ini kepada RM3.30 daripada RM2.32, disebabkan prospek yang lebih tinggi dan banyak pelanggan baru.

Sumber : bursamalaysia.com

Ahli Lembaga Pengarah PIE telah mengumumkan bahawa Mr. Law Tong Han, yang merupakan pegawai utama syarikat mengenai urus niaga beliau dalam saham syarikat di luar tempoh dagangan urusniaga saham seperti yang dinyatakan di bawah.

Sumber: bursamalaysia.com

S: Supply & Demand
Supply and Demand bermaksud bekalan dan permintaan. Semakin banyak permintaan pelabur terhadap sesuatu saham, harga saham tersebut berpotensi untuk meningkat.

Sekiranya terdapat pegangan oleh pelabur institusi, ianya merupakan satu petanda yang baik kerana pastinya jerung-jerung institusi ini akan mencari saham yang berpotensi untuk berkembang dalam jangka masa panjang.

Saham yang ringan atau limited edition akan menyebabkan kenaikan harga saham dengan cepat. Maksud ringan di sini adalah bilangan unit saham yang diapungkan adalah sedikit.

Sumber: malaysiastock.biz

Bilangan saham PIE yang diapungkan adalah sebanyak 384.04 juta unit dan jumlah tersebut dianggap sedikit jika ianya dibandingkan dengan syarikat industri produk yang lain seperti Supercomnet Technologies Berhad dengan 642 juta unitsaham yang diapungkan

Sekiranya terdapat catalyst baik yang berkaitan dengan saham PIE, sudah pasti harga kaunter ini mampu melonjak dengan mudah.

L: Leader and Laggard
‘Leader’ adalah peneraju dalam sesebuah industri atau sektor yang mempunyai pertumbuhan jualan dan pendapatan yang tinggi. Leader dan laggard ini adalah untuk kita menentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah sektor.

Berdasarkan carta di atas, modal pasaran syarikat PIE adalah sebanyak RM787 milion dan nilainya lebih kecil daripada syarikat Scomnet yang mempunyai nilai pasaran sebanyak RM1.4 bilion. Ini membawa masud bahawasyarikat PIE adalah laggard berbanding dengan ScomnetScomnet p**a merupakan leader bagi industri ini kerana ia cenderung untuk bergerak terlebih dahulu berbanding syarikat lain.

I: Institutional Sponsorship
Institutional Sponsorship bermaksud kehadiran pelabur institusi, tidak kira sama ada institusi tempatan mahu pun luar negara. Pemilikan institusi ini penting kerana pelabur institusi dianggap sebagai jerung dengan mempunyai dana yang sangat besar sehingga berbilion ringgit, malah ada yang mencecah sehingga trilion ringgit.

Pelabur institusi sudah pastinya mempunyai barisan penganalisa yang membuat kajian mendalam daripada sudut fundamental sebelum melabur ke dalam sesebuah syarikat. Ia memberi keyakinan kepada pelabur runcit seperti kita, kerana kajian mendalam telah pun dibuat oleh mereka yang berpengalaman.

Sumber : bursamarketplace.com

Pemegang saham terbesar syarikat ini adalah Pan Global Holdings CO. LTD dan yang lain adalah terdiri daripada Public Mutual Berhad dan RHB Asset Management Sdn Berhad.

M : Market Direction

Sumber : tradingview.com

Pada bulan November 2020, saham PIE telah membuat breakout sekali lagi dan disertai dengan volume yang memberangsangkan. PIE baru-baru ini telah membuat All-Time High apabila memecah paras RM2.70 yang dicatatkan pada tahun 2016. Kaunter ini masih konsisten membuat uptrend walaupun dalam keadaan pasaran yang volatile.

Daripada segi kewangan, syarikat ini berada dalam keadaan yang sangat kukuh kerana pendapatan suku tahunan kump**an meningkat dengan sangat tinggi. Ini kerana permintaan yang lebih tinggi daripada pelanggan baru dan sedia ada untuk perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS).

https://thekapital.my/2021/01/25/kajian-canslim-terhadap-syarikat-p-i-e-indutrial-berhad-pie/

PIE baru-baru ini telah membuat breakout All-Time High, jom kita buat kajian CANSLIM ke atas syarikat ini

Unit Advancecon Peroleh Kontrak ECRL Bernilai RM60.58 JutaKUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) – Unit milik penuh Advancecon H...
25/12/2024

Unit Advancecon Peroleh Kontrak ECRL Bernilai RM60.58 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) – Unit milik penuh Advancecon Holdings Bhd, Advancecon Infra Sdn Bhd (AISB) telah menerima Surat Setuju Terima daripada China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd untuk cadangan pembinaan dan menyiapkan kerja-kerja berperingkat Pakej 3, Seksyen 4 bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur, bernilai RM60.58 juta.

Tempoh kontrak akan bermula dari 1 Mac, 2021 sehingga 15 April, 2023, demikian menurut Advancecon Holdings dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

AISB terlibat dalam perniagaan menyediakan kerja tanah dan perkhidmatan kejuruteraan awam.

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif ke arah pendapatan masa depan kump**an Advancecon bagi tempoh kontrak dan tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama kump**an Advancecon.

“Kump**an ini berhasrat untuk membiayai kerja-kerja kontrak melalui dana yang dijana secara dalaman atau pinjaman luaran,” tambahnya.

Berkaitan Top Glove Catat Untung Bersih RM5.47 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2025 Pestech Lantik Pengerusi, Pengarah Urusan Kump**an Baharu VSolar Cadang Kurangkan Modal Saham Bagi Imbangi Kerugian KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) – Unit milik penuh Advancecon Holdings Bhd, Advancecon Infra ...

Kajian CANSLIM Ke Atas Frontken Corporation BerhadFrontken Corporation Bhd (KLSE: 0128) (Frontken) merupakan syarikat ya...
25/12/2024

Kajian CANSLIM Ke Atas Frontken Corporation Berhad

Frontken Corporation Bhd (KLSE: 0128) (Frontken) merupakan syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia yang terlibat dalam aktiviti advanced precision cleaning dan surface treatment untuk TFT-LCD (Thin Film Transistor – Liquid Crystal Display) di Taiwan. Syarikat ini juga membekalkan perkhidmatan penyelenggaraan kepada pelanggannya di dalam industri minyak dan gas di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Buat masa ini, nilai semasa Frontken adalah RM3.87 bilion.

Untuk mengetahui sama ada Frontken adalah bagus daripada segi Fundamental dan Technical, jom kita buat kajian CANSLIM ke atasnya.

C: Current Quarterly Earnings

Berdasarkan gambar di atas, QoQ adalah merujuk kepada kenaikan atau penurunan keuntungan bersih syarikat secara suku tahunan terkini berbanding suku tahunan sebelumnya. YoY p**a bermaksud prestasi keuntungan syarikat untuk tahun terkini berbanding tahun sebelumnya.

Kita perlu mengkaji pendapatan syarikat untuk suku tahunan terkini bagi tempoh tiga hingga lima suku terkini. Syarikat yang bagus perlu ada peningkatan pendapatan suku tahunan terkini sekurang-kurangnya sebanyak 25% untuk tiga suku tahunan terkini.

Pada suku tahun kedua tahun 2020, Frontken telah mencatatkan RM14.41 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM414.11 juta dalam ekuiti pemegang saham. Ini menjadikan hasil nisbah hutang syarikat adalah sebanyak 3.48%.
Pada masa tersebut, syarikat telah mencatatkan RM379.89 juta di dalam aset semasa dan RM108.68 di dalam liabiliti semasa. Ini menjadikan nisbah semasa syarikat sebanyak adalah 3.50.
Frontken telah mencatatkan perolehan dan keuntungan bersih sebanyak RM348.4 juta dan RM74.6 juta untuk tempoh 12 bulan terkini. Ini menjadikan Earnings Per Share (EPS) syarikat berjumlah 7.12 sen.
Pada suku tahunan ketiga 2020, Frontken berjaya membuat keuntugan bersih tertinggi sebanyak RM21.341 juta.
Frontken konsisten membuat keuntungan setiap tahun dan pandemik Covid-19 yang berlaku tidak menjejaskan prestasi syarikat.

A: Annual Earnings

Sumber: Malaysiastock.biz
Frontken telah mencatatkan peningkatan yang besar di dalam perolehannya pada tahun 2014. Peningkatan perolehan ini adalah hasil daripada peningkatan jualan daripada segmen minyak dan gas. Namun, sejak tahun 2014, perolehan daripada segmen ini telah merosot kerana industri ini terkena tempias daripada kejatuhan harga minyak dan gas dunia pada masa tersebut.

Ini telah menyebabkan perolehan keseluruhan bagi Frontken menurun daripada RM309.8 juta pada tahun 2014 kepada RM261.8 juta pada tahun 2016.

Sejak tahun 2016, perolehan Frontken telah meningkat dan berjaya mencatatkan RM339.9 juta di dalam perolehan pada tahun 2019. Peningkatan ini disumbangkan oleh peningkatan jualan daripada urusniaga syarikat di Taiwan iaitu advanced precision cleaning & surface treatment bagi TFT-LCD.

Pada tahun 2019, Frontken telah menjana perolehan keseluruhan sebanyak RM103.7 juta (30.5%) daripada pelanggan utamanya. Pelanggan utamanya ini telah menyumbang kepada kenaikan perolehan keseluruhan terbesar untuk Frontken bagi tempoh 5 tahun yang lepas.

Frontken telah mencatatkan peningkatan keuntungan bersih daripada RM4.0 juta pada tahun 2015 kepada RM69.2 juta pada tahun 2019.

Peningkatan ini hasil sumbangan daripada segmen semikonduktor di Taiwan pada masa tersebut.

Dari tahun 2010 ke tahun 2019, Frontken telah menjana aliran tunai operasi berjumlah RM459.0 juta. Daripada jumlah itu, syarikat telah membelanjakan sebanyak:

a. RM127.6 juta untuk Capital Expenditures (Capex) bersih.

b. RM103.5 juta untuk pemulangan hutang jangka panjang bersih.

c. RM33.5 juta untuk pembayaran dividen kepada pemegang sahamnya.

Maka, syarikat ini telah berjaya meningkatkan baki tunainya daripada RM33.0 juta pada tahun 2010 kepada RM219.7 juta pada tahun 2019.

N: News, New High, Product, Management

Salah satu berita terkini mengenai Frontken adalah penjualan saham yang dimiliki oleh salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat iaitu Encik Gleen A. Logos sebanyak 50,000 unit saham bernilai anggaran RM180 ribu.

Syarikat ini juga baru sahaja melantik ahli lembaga pengarah syarikat iaitu Encik Ng Wai Pin pada 25 November 2020. Pentadbiran dan pengurusan Frontken dilihat semakin kukuh dengan kehadiran pengarah baru di dalam syarikat mereka.

S: Supply And Demand
Supply and Demand bermaksud bekalan dan permintaan. Semakin tinggi permintaan pelabur terhadap sesuatu saham, harga saham berkenaan akan naik.

Sekiranya terdapat pegangan oleh pelabur institusi, ianya merupakan satu petanda yang baik kerana pastinya jerung-jerung institusi ini akan mencari saham yang berpotensi untuk berkembang dalam jangka masa panjang.

Saham yang ringan atau limited edition akan menyebabkan kenaikan harga saham dengan cepat. Maksud ringan di sini adalah bilangan unit saham yang diapungkan adalah sedikit.

Sumber: Malaysiastock.biz

Kita juga perlu ambil tahu tentang jumlah saham yang diapungkan atau public float shares bagi saham sesebuah syarikat. Public float shares ini membawa maksud bilangan unit saham syarikat yang dibuka kepada orang awam. Public float shares yang baik hendaklah tidak melebihi 50.0%. Public float shares untuk Frontken adalah sebanyak 47.74% dan ianya adalah baik kerana tidak melebihi paras 50.0% .

L: Leader And Laggard
Leader adalah peneraju dalam sesebuah industri atau sektor yang mempunyai pertumbuhan jualan dan pendapatan yang tinggi. Leader dan laggard ini adalah untuk kita menentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah sektor. Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah Leader atau Laggard adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks pasaran saham.

Sumber: Trading View
Garisan berwarna oren dalam carta di atas adalah Bursa Malaysia Technology Index atau pun Indeks Teknologi di Bursa Malaysia. Di sini kita membandingkan pergerakan harga saham Frontken dengan indeks teknologi secara keseluruhannya.

Kita dapat lihat bagaimana pergerakan harga saham Frontken adalah lebih tinggi berbanding indeks teknologi dan kita boleh rumuskan bahawa Frontken merupakan leader bagi sektor teknologi.

Jika kita kaji p**a syarikat yang berada dalam sektor yang sama dengan Frontken seperti FP Group dan JF Tech ,syarikat-syarikat ini merupakan laggard bagi sektor teknologi kerana ia cenderung untuk menunggu leader bergerak terlebih dahulu sebelum mengikuti jejak langkahnya. Frontken sebagai leader p**a akan cenderung untuk bergerak terlebih dahulu jika terdapat sebarang catalyst.

I: Institutional Investors
Institutional Investors bermaksud kehadiran pelabur institusi, tidak kira sama ada institusi tempatan mahu pun luar negara. Pemilikan institusi ini penting kerana pelabur institusi dianggap sebagai jerung dengan mempunyai dana yang sangat besar sehingga berbilion ringgit, malah ada yang mencecah sehingga trilion ringgit.

Pelabur institusi sudah pastinya mempunyai barisan penganalisa yang membuat kajian mendalam daripada sudut fundamental sebelum melabur ke dalam syarikat tersebut. Ia memberi keyakinan kepada pelabur runcit seperti kita, kerana kajian mendalam telah pun dibuat oleh mereka yang berpengalaman.

Sumber: Bursamarketplace.com
Ng Wai Pin yang merupakan Pengerusi dan Ketua pegawai Eksekutif Frontken. Beliau mempunyai pegangan saham sebanyak 28.5%, 0.7% secara langsung dan 27.8% secara tidak langsung melalui pegangan saham di dalam syarikat Dazzle Clean Ltd.

Ooi Keng Thye p**a mempunyai 15.1% pegangan saham dalam syarikat tersebut dan merupakan pemegang saham kedua terbesar Frontken pada 29 April 2020.

M: Market Direction
Market Direction p**a adalah untuk kita melihat arah tuju sesuatu saham. Sudah tentunya kita digalakkan untuk membeli saham-saham yang sedang membuat Uptrend. Ianya boleh dilihat pada purata harga harian saham (Moving Average) atau dengan menentukan fasa saham syarikat berdasarkan carta dan kajian teknikal.

Sumber: Trading View
Berdasarkan carta di atas, Frontken masih bergerak mengikut trendline dan tidak mematahkan garisan support. Frontken dijangka terus mendapat impak positif daripada pelanggan mereka di Taiwan, di mana permintaan chipset berteknologi 5G dijangka akan terus meningkat dengan pengenalan produk-produk baharu dalam pasaran.

Jadi, wajarkah kita melabur ke dalam saham Frontken?

Di sini, kami ingin bertanya kepada rakan pembaca sekalian. Jika kami ada sebuah syarikat yang dapat menjana keuntungan bersih RM1 juta setiap tahun, sebagai pelabur, adakah anda berminat untuk menjadi pemegang saham di dalam syarikat kami pada harga RM51.83 juta?

Maksudnya, anda melabur RM51.83 juta untuk membeli syarikat kami yang menjana keuntungan bersih RM1 juta sahaja dalam masa setahun? Apakah p**angan yang anda harapkan jika anda membuat pelaburan ini?

Jadi, tepuklah dada, tanyalah selera diri sendiri sebelum nak melabur ke dalam mana mana saham untuk tempoh jangka masa panjang.

https://thekapital.my/2021/01/29/kajian-canslim-ke-atas-frontken-corporation-berhad/

Untuk mengetahui sama ada Frontken adalah bagus daripada segi Fundamental dan Technical, jom kita buat kajian CANSLIM ke atasnya

5 Tips Pelabur Global BijakDah puas melabur dan berdagang saham di Bursa Malaysia? Nak cuba melabur saham di Wall Street...
25/12/2024

5 Tips Pelabur Global Bijak

Dah puas melabur dan berdagang saham di Bursa Malaysia? Nak cuba melabur saham di Wall Street p**a? Boleh je. Teknik yang digunapakai dalam mana-mana pelaburan saham semuanya hampir sama. Jika anda seorang pelabur yang berpandukan fundamental, maka anda boleh gunakan teknik CANSLIM untuk cari saham yang berkualiti.

Jika anda penggemar teknikal, maka boleh gunakan teknik “Buy on Breakout’, “Buy on Dip” atau boleh gunakan indikator sebagai panduan untuk membantu dalam membuat keputusan. Sebelum mulakan langkah untuk melabur ke dalam pasaran saham Wall Street, mari lihat 5 tips untuk menjadi seorang pelabur global yang bijak.

1. Ikut Trend Pasaran

Sumber: StockInvesting.today
Dalam trend pasaran, terdapat empat fasa yang setiap pelabur perlu tahu. Trend bermula dengan fasa pengump**an (Accumulation). Dalam fasa pengump**an ini, terdapat pihak yang digelar Smart Money akan mengumpul saham pada harga yang murah ini. Namun, fasa ini mungkin boleh berlaku untuk satu tempoh yang sangat lama dan boleh makan masa bertahun lamanya. Maka, elakkan masuk ke dalam pasaran ketika accumulation phase.

Fasa yang seterusnya adalah Mark Up Phase. Pelabur boleh masuk ke dalam pasaran ketika fasa mark up ini kerana ini lah ketika pasaran membuat uptrend dan paling mudah untuk kita menjana keuntungan. Jika dan masuk ke dalam pasaran pada breakout yang pertama maka pelabur boleh ikut trend tersebut sehingga harga saham tersebut mematahkan trendline.

Fasa yang ketiga adalah Distribution Phase. Ketika fasa ini, harga saham seolah-olah tidak mampu untuk naik dengan lebih tinggi lagi. Apa yang terjadi ketika fasa distribution adalah pihak yang mengumpul saham pada fasa accumulation dan mark up akan mula membuang pegangan masing-masing.

Fasa yang terakhir ialah Markdown Phase. Fasa ini adalah fasa ketika para penjual masuk ke dalam pasaran dan mula menjual pegangan mereka. Harga saham akan cenderung untuk teus menjunam ke bawah.

Tipsnya mudah, sekiranya kita sebagai pembeli baru hendak masuk ke dalam pasaran cuba elakkan masuk ke dalam saham yang sedang membuat fasa markdown.

2. Perhatikan Pergerakan Harga, Indikator Hanya Sebagai Tool
Apabila harga saham bergerak naik, apa yang penting untuk dilakukan adalah dengan melukis garisan support, resistance dan trendline. Ketika sesebuah saham telah membuat breakout dan ingin membuat fasa uptrend, seeloknya dilukiskan garisan trendline sebagai penanda aras untuk melihat saham tersebut sedang membuat uptrend.

Sumber: Trading View
Saham Tesla setakat ini dilihat masih lagi uptrend dan belum lagi mematahkan trendline. Selagi saham ini belum mematahkan trendline tersebut, maka boleh lah layan sahaja kaunter Tesla ini. Harga saham Tesla yang mencecah paras All-Time High ini telah menyebabkan Elon Musk dinobatkan sebagai orang terkaya dunia pada 8 Januari 2021.

Sumber: The Guardian
Boleh Gunakan Indikator Sebagai Alat Bantuan Untuk Mengkaji Harga

Ada banyak indikator yang boleh digunakan untuk membantu pelabur melihat adakah harga saham telah mencecah paras overbought atau oversold. Overbought bermaksud saham tersebut telah terlebih beli dan saham tersebut cenderung untuk membuat reversal. Oversold p**a bermaksud saham tersebut telah terlebih jual dan saham tersebut dianggap boleh dibeli ketika orang ramai telah menjual saham tersebut dengan banyak. Di antara indikator yang boleh digunakan adalah Relative Strength Index (RSI), Stochastic, MACD (Moving Average Convergence Divergence) dan banyak lagi.

3. Sentiasa Peka Dengan Perkembangan Sektor Terbaru Dalam Pasaran
Sebelum pandemik Covid-19, syarikat-syarikat yang terlibat dalam perniagaan sarung tangan, penjagaan kesihatan dan perabot dilihat tidur selama bertahun-tahun lamanya. Namun, apabila pandemik terjadi, syarikat yang terlibat dengan pembuatan sarung tangan dan penjagaan kesihatan berjaya menarik minat pelabur. Maksudnya, kita kena tahu apa yang orang ramai perlukan dan gunakan pada masa tersebut.

Sebagai contoh, orang ramai terpaksa bekerja daripada rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Orang ramai terpaksa bekerja dari rumah dan bermesyuarat juga terpaksa dilakukan di rumah masing-masing. Kesannya?

Syarikat yang menyediakan perkhidmatan mesyuarat dalam talian seperti syarikat Zoom Video Communications mendapat manfaat daripada situasi ini. Harga saham Zoom pada 2 Januari 2020 adalah USD68.72 dan harga saham Zoom pada 31 Disember 2020 adalah USD337.32. Tahukah anda Zoom pernah mencecah paras harga USD568.34 pada 19 Oktober 2020?

Sumber: Trading View
4. Pilih Saham Patuh Syariah
Kita di Malaysia amat bertuah kerana banyak trading platform dan screener yang ada di Malaysia dapat membantu kita menyemak sama ada saham tersebut patuh syariah ataupun tidak. Berbeza dengan pasaran saham di luar negara, peluang untuk kita tahu status syariah saham tersebut agak terhad dan sukar; melainkan kita melanggan servis screener tersebut.

Amat penting bagi yang beragama Islam untuk memastikan saham yang dibeli adalah berstatus patuh syariah untuk mengelakkan kita terbeli saham-saham yang tidak patuh syariah. Caranya adalah dengan melanggan screener global seperti Islamicly dan Ideal Rating. Pakej yang ditawarkan mungkin berbeza dan harganya juga berbeza.

Sumber: Islamicly
5. Ambil Keuntungan Sebelum Saham Buat Pembetulan (Correction)
Pelaburan saham ini ada pasang surutnya. Ketika pasaran saham naik mencanak selama beberapa hari, kemungkinan besar saham tersebut akan membuat pembetulan (correction) dahulu sebelum menyambung meneruskan kenaikan tersebut. Correction memang selalu berlaku.

Ketika kita membeli sesuatu saham, sepatutnya sudah tahu berapakah harga yang ingin dijual ketika saham tersebut naik dan juga turun. Maksudnya adalah pelabur harus mempunyai Target Price dan juga harga untuk Cut Loss.

Ketika pasaran saham sedang bergerak dengan volatility yang tinggi ini, dinasihatkan agar para pelabur untuk mengambil dahulu keuntungan sebelum saham tersebut membuat correction.

Peluang untuk membeli semula saham sentiasa ada, kita tunggu peluang seterusnya.

Sebelum mulakan langkah untuk melabur ke dalam pasaran saham Wall Street, mari lihat 5 tips untuk menjadi seorang pelabur global yang bijak

Contoh Candlestick Hammer Pada CartaPerkara asas yang perlu dipelajari sebelum hendak menguasai analisis teknikal adalah...
25/12/2024

Contoh Candlestick Hammer Pada Carta

Perkara asas yang perlu dipelajari sebelum hendak menguasai analisis teknikal adalah bagaimana sebuah candlestick terbentuk. Setelah itu p**a, para pelabur boleh belajar contoh-contoh reversal candlestick yang biasa terbentuk dalam pasaran. Reversal candlestick terhasil di penghujung sesebuah trend, sebagai contoh daripada downtrend kepada uptrend atau daripada uptrend kepada downtrend.

Bagi para pelabur yang sudah mempunyai ilmu asas dalam pelaburan saham, sudah pasti mengenali candlestick hammer ini. Bagi yang belum mengenalinya, hammer ini mempunyai rupa bentuk seperti sebatang tukul. Sebab itulah ia diberi nama ‘Hammer’.

Sumber: NewsBytes
Di sini kami ingin kongsikan contoh candlestick hammer yang pernah terbentuk pada carta.

1. Carimin Petroleum Berhad

Sumber: Trading View
Ada dua candlestick hammer yang pernah terjadi pada harga saham Carimin. Yang pertama adalah pada 23 Disember 2020 dan yang kedua adalah pada 12 Januari 2021.

Bagaimana candlestick hammer boleh terbentuk?

Di dalam fasa downtrend, hammer boleh terbentuk di penghujung downtrend tersebut. Para pembeli merasakan harga tersebut telah menjadi sangat murah lalu menahan harga tersebut daripada jatuh lagi, lalu beramai-ramai membeli saham tersebut.

Merujuk kepada carta di atas, paras harga 63 sen dilihat sebagai satu paras sokongan yang agak kuat bagi Carimin. Terdapat beberapa percubaan untuk menembusinya namun ia tetap melantun semula ke atas. Harga saham Carimin kini juga dilihat sedang berlegar-legar di atas paras sokongan tersebut.

2. Greatech Technology Berhad

Sumber: Trading View
Seperti yang diketahui umum, saham Greatec ini merupakan saham favourite para pelabur. Malah ada yang telah berjaya menjana keuntungan sebanyak RM1 juta daripada saham Greatec ini! Beliau membeli saham Greatec ketika IPO pada harga hanya 61 sen sesaham.

Candlestick hammer pada carta saham Greatec terhasil bukan pada downtrend tetapi terhasil ketika pullback. Greatec melakukan pullback yang sihat dan pullback tersebut hanya berlaku sehari. Hammer terbentuk kerana pembeli menolak harga saham kembali ke atas setelah jatuh pada sesi pagi.

Maka terbentuklah hammer di mana harga penutupnya hampir kepada harga tertinggi pada hari tersebut. Greatec pun menyambung uptrend pada keesokan harinya.

Jika anda tertinggal saham-saham ini, jangan risau kerana peluang untuk masuk semula ke dalam pasaran saham sentiasa ada. Kita boleh menunggu saham membuat pullback terlebih dahulu dan menunggu sehingga buy signal keluar. Mana tahu candlestick hammer akan terbentuk lagi, maka bersedialah untuk membeli.

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih p**angan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.

Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi p**angan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.

Ianya mempunyai rupa bentuk seperti sebatang tukul, sebab itulah ia diberi nama ‘Hammer’

10 Kaunter FBM KLCI Yang Menjadi Petunjuk Indeks Bursa MalaysiaUntuk mereka yang baru kenal dunia pelaburan saham, mesti...
18/12/2024

10 Kaunter FBM KLCI Yang Menjadi Petunjuk Indeks Bursa Malaysia

Untuk mereka yang baru kenal dunia pelaburan saham, mesti tertanya-tanya apa itu FBM KLCI?

Indeks FBM KLCI merupakan satu gabungan atau himpunan pergerakan harga atau prestasi 30 syarikat-syarikat yang dikategorikan sebagai “Blue Chips” atau saham mewah yang berprestasi tinggi mengikut kayu ukur yang dibuat oleh Bursa Malaysia.

Tapi apa p**a yang dimaksudkan dengan perkataan FBM KLCI?

F adalah bermaksud FTSE atau FTSE Group. Ianya adalah sebuah syarikatyang menguruskan indeks saham seperti S&P 500 di pasaran saham Amerika Syarikat, dan menguruskan FBM KLCI di Bursa Malaysia. FTSE adalah pembekal data dan perkhidmatan untuk indeks-indeks yang dimiliki oleh London Stock Exchange (LSE).

FBM p**a sama maksud dengan FTSE tetapi ianya merupakan indeks untuk pasaran saham di Bursa Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Manakala KLCI p**a merujuk kepada Kuala Lumpur Composite Index atau dalam bahasa Melayunya adalah Indeks Komposit Kuala Lumpur.

Maka, FBM KLCI bermaksud “Financial Times Stock Exchange Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index”. Jom kita berkenalan p**a dengan 10 syarikat yang ada di dalam FBM KLCI ini.

1. Axiata Group Berhad (6888)

Axiata Group Berhad (AXIATA) merupakan sebuah syarikat media dan telekomunikasi. Syarikat ini beroperasi dalam segmen mobile, infrastruktur dan pelbagai lagi. Perkhidmatan syarikat ini termasuklah peruntukkan servis data, infrastruktur telekomunikasi, servis digital dan bermacam-macam lagi.

Axiata mempunyai modal pasaran sekitar RM31.727 billion dan number of shares (NOS) sebanyak 9.811 juta unit.

2. CIMB Group Holdings Berhad (1023)

CIMB Group Holding Berhad (CIMB) menawarkan produk dan servis kewangan kepada individu dan juga korporat. Saham syarikat ini adalah tidak patuh syariah kerana menawarkan perkhidmatan konvensional kepada pelanggannya.

Syarikat CIMB mempunyai modal pasaran sebanyak RM39.1 bilion dan mempunyai 9.5 bilion unit saham yang diapungkan di pasaran saham.

3. Dialog Group Berhad (7277)

Dialog Group Berhad (DIALOG) ditubuhkan pada tahun 1984 dan berpusat di Petaling Jaya. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan dalam kepakaran teknikal minyak, gas dan petrokimia di Malaysia dan juga luar negara.

DIALOG mempunyai modal pasaran sebanyak RM17.26 bilion dan mempunyai 5.6 bilion unit saham yang didagangkan di Bursa Malaysia.

4. Digi.Com Berhad (6947)

Digi.Com Berhad (DIGI) merupakan syarikat pegangan pelaburan yang menyediakan perkhidmatan telemunikasi wireless. Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan data prepaid di bawah Digi Prepaid dan juga data postpaid di bawah Digi Postpaid.

Digi.Com mempunyai modal pasaran sebanyak RM26.47 biliondan mempunyai 7.78 bilion saham yang didagangkan di Bursa Malaysia.

5. Genting Malaysia Berhad (4715)

Genting Malaysia Berhad (GENM) ini mengusahakan perniagaan resort dan pelancongan di Genting Highlands dan perkhidmatan pelancongan serta servis hospitaliti di beberapa negara lain. Perkhidmatan lain yang disediakan adalah seperti hiburan, hotel dan bermacam-macam lagi yang menyebabkannya tidak patuh syariah.

Syarikat ini mempunyai modal pasaran sebanyak RM14.19 bilion dan mempunyai 5.65 bilion saham yang didagangkan di pasaran saham.

6. GENTING BERHAD (3182)

Genting Berhad (GENTING) beroperasi dalam 5sektor utama iaitu pelancongan dan hospitaliti, perladangan,hartanah,minyak dan gas dan jugapembekalan kuasa elektrik. Saham GENTING juga tidak patuh syariah.

GENTING mempunyai modal pasaran sebanyak RM16.0 bilion dan mempunyai sebanyak 3.87 bilion saham yang didagangkan di Bursa Malaysia.

7. Hap Seng Consolidated Berhad (3034)

Hap Seng Consolidated Berhad (HAPSENG) mempunyai 6 segmen perniagaan seperti perladangan, pelaburan dan perkembangan hartanah, kredit kewangan, automotif, perdagangan baja dan bahan pembinaan. Saham HAPSENG ini juga tidak patuh syariah.

Syarikat ini mempunyai modal pasaran sebanyak RM19.48 bilion dan mempunyai 2.5 bilion saham yang diapungkan di Bursa Malaysia.

8. Hartalega Holdings Berhad (5168)

Hartalega Holdings Berhad (HARTA) adalah syarikat yang berkaitan dengan pembuatan sarung tangan. Produk utama yang dikeluarkan adalah sarung tangan getah dan sarung tangan nitril.

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1988 dan mempunyai modal pasaran sebanyak RM45.38 bilion serta mempunyai 3.4 bilion saham yang didagangkan.

9. Hong Leong Bank Berhad (5819)

Hong Leong Bank Berhad (HLBANK) merupakan anak syarikat Hong Leong Financial Group Berhad. Syarikat ini menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan komersial. Perkhidmatan HLBANK juga ada disediakan di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Hong Kong.

Syarikat ini mempunyai modal pasaran sebanyak RM37.8 bilion dan mempunyai 2.2 bilion saham yang didagangkan di Bursa Malaysia, namun ianya tidak patuh syariah.

10. Hong Leong Financial Group Berhad (1082)

Hong Leong Financial Group Berhad (HLFG) p**a merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan kewangantetapi lebih tertumpu kepada menawarkan perkhidmatan pembrokeran saham. Syarikat ini juga menyediakan nasihat korporat dalam dana, amanah saham dan juga pengurusan aset. Seperti HLBANK, HLFG juga beroperasi di 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Hong Kong.

Modal pasaran HLFG adalah sebanyak RM19.55 bilion dan mempunyai 1.15 bilion saham yang didagangkan di Bursa Malaysia, namun ianya tidak patuh syariah.

https://thekapital.my/2021/02/17/10-kaunter-fbm-klci-yang-menjadi-petunjuk-indeks-bursa-malaysia/

Untuk mereka yang baru kenal dunia pelaburan saham, mesti tertanya-tanya apa itu FBM KLCI?

Address

NO 49 LALUAN JATI 1 TAMAN SRI MERU
Ipoh
30020

Telephone

+60149598587

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Asset Legacy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Asset Legacy:

Share

Category