Suhaida Shuib - Che Sue Takaful

Suhaida Shuib - Che Sue Takaful Segala-galanya tentang takaful. Hibah, Penyakit Kritikal, Perlindungan Kemalangan, Medikal Kad dan s

Pagi semalam, Che Sue dapat 'hadiah birthday in advance' yang sangat bernilai bagi Che Sue.Kisahnya begini.Customer Che ...
02/10/2025

Pagi semalam, Che Sue dapat 'hadiah birthday in advance' yang sangat bernilai bagi Che Sue.

Kisahnya begini.

Customer Che Sue ni claim dia decline dan pihak PruBSN keluarkan surat untuk buat investigation. Dia nak buat operation untuk 'Benign Neo Plasma of Right Cheek'. Pendek cerita tahi lalat di p**i kanan dia dah start sakit.

Kenapa claim dia decline? Sebab takaful ni baru sahaja diaktifkan semula setelah 'lapse' dan selepas habis waiting period, terus customer Che Sue ni pergi dapatkan rawatan. Jadi di sini pihak PruBSN terpaksa tangguhkan dulu pengeluaran GL untuk buat siasatan kemungkinan penyakit tersebut terjadi semasa tempoh lapse @ tempoh waiting period hari tu.

Maka keluarlah surat untuk customer Che Sue dapatkan medical report dari 2 hospital dan 2 klinik gp serta borang2 questionnaire yang perlu dijawab. Pening jugak Che Sue mulanya tu. Dan Customer ni p**ak hampir tidak mahu meneruskan investigation tersebut kerana katanya banyak kos yang perlu dikeluarkan untuk dapatkan medical report dari hospital dan klinik yang berkaitan. Tapi setelah Che Sue terangkan yang kos medical fee tu akan dibayar balik oleh pihak PruBSN maka customer Che Sue ni setuju untuk teruskan dengan investigation tersebut.

Lama jugak Che Sue tunggu semua medical report tu ready. Akhirnya 27.08.2025 customer Che Sue ni serahkan semua medical report tu dan Che Sue terus submit secara online sahaja.

Setelah beberapa kali follow up, akhirnya pagi tadi Che Sue dapat message yang investigation tu dah ditutup dan tidak ada apa2 perubahan atas syarat2 sijil tersebut. Maksudnya claim untuk rawatan tahi lalat itu diluluskan.

Suspense juga masa nak buka sistem nak check message yang Che Sue dapat tu. Berdebar2 rasanya. Macam tunggu result SPM anak nak keluar...hihii....Doaaaa banyak2 dalam hati agar claim tersebut approve.

Alhamdulillah. Memang approved. Syukurrr sangat2. Terima kasih Allah memudahkan urusan ku dan customer ku ini. Ini lah yang Che Sue kata hadiah birthday in advance tu.🤩🤩

Moral or the story nya di sini : Tolong lah ye jaga payment takaful/medical card uol molek2. Bila jadi macam ni, susah jadinya. Nasib baik rawatan tu boleh ditunda. Kalau perlukan rawatan segera, jenuh juga nak keluarkan duit sendiri dulu.

Sekian.

Bila Che Sue dah start mengomel, panjang p**ak omelannya tu..hahahaaa😄




Alhamdulillah ❗️Alhamdulillah ❗️Tuntutan follow up PERTAMA customer akibat SINUSITIS dah selamat diterima di dalam akaun...
10/06/2024

Alhamdulillah ❗️
Alhamdulillah ❗️

Tuntutan follow up PERTAMA customer akibat SINUSITIS dah selamat diterima di dalam akaun bank milik customer.

Jumlah keseluruhan kos pembedahan hidung SINUSITIS RM19,000.

Customer perlu berjumpa doktor lagi sekurang-kurangnya sepuluh kali lagi FOLLOW UP.
Bayangkan setiap kali follow up_doktor, kos rawatan adalah hampir RM500 ringgit.

Syukur kesemua follow up di hospital, akan di tanggung juga oleh pihak takaful. Jika kena bayar sendiri agak merunsingkan juga kos follow up tersebut kerana agak mahal.

Takaful tidak mahal, kesedaran itu mahal ❕





RM0.00 PruBSN: 8770###x A**AN B**  - Claim 2428###x is approved. Log on to Takafulnet or PruServe Plus to obtain letter....
25/03/2024

RM0.00 PruBSN: 8770###x A**AN B** - Claim 2428###x is approved. Log on to Takafulnet or PruServe Plus to obtain letter.

Syukur Alhamdulillah. Walaupun jumlahnya tak besar mana, tapi Che Sue rasa happy sangat sebab claim ini adalah claim WEEKLY INDEMNITY (WI) atau lebih mudah konsultan selalu sebut 'claim MC' yang mana sepanjang 13 tahun bersama PruBSN ni, ini adalah pengalaman claim WI yang pertama bagi Che Sue🙊. Jenuh jugak laa cari kat website PruBSN cara2 nak claim WI. Tak jelas melalui website, call p**ak customer service.😀😃

Akhirnyaaa....Hari ini dapat message 'claim approved'. Syukur sangat. 🤲 Dapat bagi 'duit raya' kepada customer Che Sue😍.

WI tu macamana? WI adalah satu manfaat di bawah kategori kemalangan. Sekiranya terjadi kemalangan, anda tidak boleh bekerja buat sementara waktu, maka anda akan dibayar mengikut jumlah pampasan yang anda pilih semasa sign up plan takaful tersebut. Macam customer Che Sue ni, beliau diberi mc selama 25 hari. Beliau layak untuk mendapat pampasan sebanyak RM100.00 Seminggu. Jadi 3 minggu adala RM300.00 dan baki lg empat hari tu dikira secara prorate 4/7 X RM100.00 maka dapat lah RM57.14. So total semuanya adalah RM357.14. Itu baru 25 hari tak dapat bekerja. Kalau berbulan2...haaa mau ribu riban jugak jumlahnya kalau pilih jumlah manfaat yang tinggi sedikit. Bagi yang bekerja sendiri dan bergaji hari terutamanya, boleh ambil manfaat yang lebih tinggi jadi sekiranya terjadi kemalangan dan hilang punca pendapatan, maka manfaat dari WI ni dapat menggantikan pendapatan yang hilang itu.

Dan kepada happy customer Che Sue tu, tunggu yea RM357.14 landing ke dalam akaun awak nanti😀





"Jika ada langkah membekas lara, ada kata merangkai dusta, ada tingkah menoreh luka, Mohon maaf lahir dan batin. Marhaba...
11/03/2024

"Jika ada langkah membekas lara, ada kata merangkai dusta, ada tingkah menoreh luka, Mohon maaf lahir dan batin. Marhaban ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa."



SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ❤️8 March 2024 Semoga di kurniakan kesabaran seperti Aishah, kemuliaan seperti Maryam, keset...
08/03/2024

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ❤️
8 March 2024

Semoga di kurniakan kesabaran seperti Aishah, kemuliaan seperti Maryam, kesetiaan seperti Khadijah, dan ketaatan seperti Fatimah 🤲

Cantik Wanita Kerana Kejernihan Wajah,
Manis Wanita Adalah Senyuman Yang Indah,
Ayu Wanita Kerana Kesederhanaan Lahiriah,
Hebat Wanita Kerana Keimanan Yang Teguh.

Wanita terbaik adalah ibu ku,
Wanita tercantik adalah anakku,
Wanita terhebat adalah isteri

Wanita Kau Sungguh Istimewa.
Tangan Mu Mampu menggoncang dunia..


06/03/2024

Alhamdulillah.

Hari ini meeting pertama Kaliber Ipoh di ofis baru di Meru.

Semoga ofis baru ini menjadi pemangkin menaikkan semangat agent2 Kaliber Ipoh untuk buat yang lebih baik lagi tahun ini.

Terima Kasih Cikgu Badariah Ahmad yang lead meeting pertama ini. Tak pernah tidak memberi semangat. Idola🤩🥰😍

Semoga kejayaan milik kita semua. KALIBER IPOH💪💪




MRTT VS MLTT****************“Saya nak beli rumah. Tapi nak ambil MRTT ataupun MLTT ? “🏠Beza antara MRTT dan MLTT 🏠Dua in...
06/03/2024

MRTT VS MLTT
****************

“Saya nak beli rumah. Tapi nak ambil MRTT ataupun MLTT ? “

🏠Beza antara MRTT dan MLTT 🏠
Dua insurance rumah yakni perlindungan aset yang patut diambil tahu.
Ramai yang tidak ada ilmu pasal ini.

Bila submit loan , Bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka.

Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?

Di sini saya “summarize “ kan untuk anda semua:

📌MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.

📌MLTT p**a satu “mechanism transfer of risk”

Kenapa saya kata macam tu:

Contohnya jika harga Rumah : Rm297,000

Situasi : Selepas 7 tahun bayar baki pinjaman tinggal RM 160,000. Owner Rumah meninggal dunia.

Jika MRTT : Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu RM160,000 .
✅Dan rumah tersebut akan dapat kepada waris.

Jika MLTT: Waris akan menerima pampasan Rm297000 . Baki pinjaman Rm 160000 dapat dilunaskan .
✅Rumah tersebut akan dapat kepada waris.
✅Dan ada lagi lebihan sebanyak Rm 137000 untuk waris!

Itulah dia Hibah!
Kelebihan MLTT ini dia include sekali dengan hibah kepada waris kita.

Dan satu lagi kelebihan MLTT , ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda , ia juga tempat pelaburan.

Jadi dengan Ambil MLTT:
✅Protection Rumah dapat
✅Hibah dapat
✅Saving dapat

Jadi which one yang lagi menguntungkan kita?



*Boleh tengok jadual perbandingan antara MRTT VS MLTT ..untuk sama2 kita tambah pengetahuan..Nak tahu info lanjut boleh whatsapp/PM saya

www.wasap.my/60135235565/MRTTvsMLTT



‼️Cuaca sekarang terlampau panas.Strok haba boleh mendatangkan komplikasi yang serius. Cuaca yang panas boleh mengakibat...
01/03/2024

‼️Cuaca sekarang terlampau panas.

Strok haba boleh mendatangkan komplikasi yang serius. Cuaca yang panas boleh mengakibatkan sel badan cedera, berlaku keradangan, darah senang membeku dan berlaku pendarahan di beberapa organ penting.

Semasa tempoh cuti sekolah ini, jangan biarkan anak bermain di luar sepanjang hari dan jangan tinggalkan anak dalam kenderaan tanpa pengawasan.

Credit:PHM




HIBAH BUKAN UNTUK KEMATIAN SAHAJA.Credit : Penulis asal (OD Takaful)............................Ringkasan cerita...........
01/03/2024

HIBAH BUKAN UNTUK KEMATIAN SAHAJA.

Credit : Penulis asal (OD Takaful)............................
Ringkasan cerita............................

Client saya ni ambil plan HIBAH TAKAFUL - PRUBSN WARISAN dgn nilai RM1,000,000 pada 2017, tanpa PAMPASAN SAKIT KRITIKAL.
.....

Sept 2020, dapat berita beliau diserang STROK dan dimasukkan ke hospital.

Jadi, bila berita diterima, saya tak dapat bantu client saya, sbb tiada medical card atau pampasan sakit kritikal dalam sijil beliau.

Saya cuma ambil tahu keadaan beliau dari masa ke semasa.
.....

Masa berlalu,
Saya tak dapat bantu banyak,
Terfikir utk CLAIM TOTAL PERMANENT DISABILITY (TPD), tapi kene tunggu atleast 6 bulan untuk tengok progress recovery.
....

MAY 2021, saya tanya khabar, keadaan beliau tak banyak berubah,
Masih sakit dan hilang upaya.

Jadi, saya bgtau,
Saya cuba CLAIM TPD.
Saya tiada pengalaman untuk claim ni,
dan di kalangan rakan2 agent saya pun tiada pengalaman.

MAY 2021 tu juga,
Saya hantar 1st CLAIM TPD
Saya tak janjikan apa2 dar segi APPROVAL
Yang saya janji, SAYA AKAN USAHAKAN SEBAIK MUNGKIN,
Amanah saya

5 bulan hantar pelbagai dokumen,
Berurusan dengan 3 hospital,
Dengan keadaan PKP masa tu,
Memang mencabar, pergerakan sangt terhad
tapi saya buat sebaik mungkin.
.....

29 OKT 2021, JUMAAT
Pagi hari yang mulia
Saya dapat SMS
CLAIM APPROVED!
RM1,000,000
Check dalam sistem, SAHIH!

Allahuakbar,
Memang sebak dan terharu,
Nilainya bukan sedikit,
Saya yakin, duit ini akan SANGAT2 dapat
membantu client saya..

Dengan segala kos yang dah ditanggung sendiri oleh beliau,
Pasti segala kos itu 'dapat diganti' '
Malah lebih dari yang dah digunakan
...

Alhamdulillah,
"Syukur Ya Allah kerana temukan aku dengan kerjaya ini,
Aku pasti tak dpt bantu beliau sebaik ini,
kalau aku bukan agen takaful beliau"

KERJAKU SATU AMANAH,
INSYAALLAH, MOGA JADI SATU IBADAH
DAN AMALAN YANG DIKIRA OLEH-NYA

Tq semua yang mendoakan, membantu dan menyokong

BUAT SEMUA PEJUANG TAKAFUL,
Ayuh bantu lebih ramai, jaga amanah kita.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi tekan link dibawah.

www.wasap.my/60135235565/HibahTakaful




29/02/2024

Ya Allah..

Jadikan pagi ini sebagai pembuka pintu rezeki buat kami. Pagi yang penuh ketenangan. Pagi yang memudahkan segala urusan kami, Pagi yang penuh kesabaran dan kekuatan dan akhiri hari ini dengan penuh senyuman, kegembiraan dan keberkatan..

Aamiin2 YRA

Salam jumaat semua.🤩🤩



Assalamualaikum & selamat pagi  😄Jumuah Barakah ✨وَلَا تُفْسِدُوْا فِى الْاَرْضِ بَعْدَ اِصْلَاحِهَا وَادْعُوْهُ خَوْفًا...
09/02/2024

Assalamualaikum & selamat pagi 😄

Jumuah Barakah ✨

وَلَا تُفْسِدُوْا فِى الْاَرْضِ بَعْدَ اِصْلَاحِهَا وَادْعُوْهُ خَوْفًا وَّطَمَعًاۗ اِنَّ رَحْمَتَ اللّٰهِ قَرِيْبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِيْ

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan.

[QS 7 :56]

_Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita hari ini dan jadikan kita dari kalangan mereka yang sentiasa berbuat kebaikan, Aamiin Ya Robbal Alamin_ 🤲🏻✨


[Sahabat, amanah terakhir mu telah ku selesaikan..]Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.Siapa sangka, claim Hibah pertama...
07/02/2024

[Sahabat, amanah terakhir mu telah ku selesaikan..]

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.

Siapa sangka, claim Hibah pertama yang aku buat adalah untuk kawan baik aku sendiri meninggal akibat kemalangan jalan raya.

Ketika mendapat tahu berita kemalangan, aku hilang kata-kata. Jadi bingung, kelu seribu bahasa.

Namun aku gagahkan diri demi MENYELESAIKAN AMANAH TERAKHIR yang kau telah percayakan padaku untuk menyempurnakan pada anak isteri dan ibu mu.

Proses claim hibah mu aku uruskan sendiri dibantu oleh rakan seperjuangan ku yg lain.

Terima kasih atas kepercayaan Arwah sudi berjumpa untuk mendengar perkongsian berkenaan plan perlindungan & penggantian gaji untuk orang yg tersayang. Setelah mendengar, arwah terus bersetuju untuk buat 1 polisi Hibah sebagai IKTHIAR Hidup buat keluarga tersayang.

Polisi di mohon & lulus pada Disember 2022 dan arwah meninggal April 2023. Arwah sempat mencarum hanya selama 4bulan.

Alhamdulillah, pada awalnya jumlah Hibah bernilai RM400,000 menjadi berganda apabila meninggal disebabkan kemalangan jalan raya. Jumlah hibah yang diluluskan RM831,487.84.

Alhamdulillah. Terima kasih PruBSN Takaful membantu keluarga client saya.

Al-Fatihah buat sahabatku, semoga kau tenang di sana. Telah ku sempurnakan apa yg kita mulakan pada Disember 2022 yg lalu☺️

Aku sayang kau demi Allah.
Terima kasih kerana datang dalam hidupku menjadi seorang yang bergelar, SAHABAT…

Cr : Asyraf Aziz





Address

A-03, No 22, Medan Gopeng 2, Jalan Raja Doktor Nazrin Shah
Ipoh
31350

Telephone

+60135235565

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suhaida Shuib - Che Sue Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share