Bijak Kewangan & Hartanah

Bijak Kewangan & Hartanah Pengurusan kewangan dan hartanah

Ini hanyalah 5 benda simple tapi boleh cepatkan anak muda miliki rumah pertama, seawal 6 bulan selepas tamat pengajian.1...
03/10/2024

Ini hanyalah 5 benda simple tapi boleh cepatkan anak muda miliki rumah pertama, seawal 6 bulan selepas tamat pengajian.

1. Kumpul modal sejak di universiti.
2. Belajar beli rumah dengan modal rendah.
3. Memburu kerja tetap secepat mungkin.
4. Tangguh dulu keinginan beli kereta.
5. Buat ASB Financing untuk wujudkan rekod CCRIS sejak di universiti.

Semoga lebih ramai anak muda beli rumah awal dengan ilmu. Jangan tergesa-gesa. Kalau rasa tak cukup ilmu, belajar dulu okay.

Financial Consultant

“ Lama sangat la nak kumpul 200K dalam masa 40 tahun. Saya target umur 50 dah ada cash 200K. Kalau boleh nak buat 20 tah...
01/10/2024

“ Lama sangat la nak kumpul 200K dalam masa 40 tahun. Saya target umur 50 dah ada cash 200K. Kalau boleh nak buat 20 tahun je...."

Sebenarnya, kalau ikat ASBF tempoh 40 tahun, kita tak perlu tunggu 40 tahun pun untuk dapat 200K. Malah tak sampai 20 tahun pun boleh kumpul simpanan sebanyak 200K.

Contoh pengiraan berdasarkan dividen ASB 5.5% dan kadar keuntungan bank 4.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza:-

ASBF 200K
▪️Tempoh maksimum 40 tahun
▪️Bulanan RM893
▪️Gameplan: Compounding selama 12 tahun.

Selama 12 tahun (144 bulan) simpan setiap bulan RM893. Jangan usik dividen.

Hasil simpanan;

▪️Dividen terkumpul 12 tahun = RM180,241

▪️Prinsipal @ Surrender Value (Sijil 200K tolak anggaran baki hutang)
200,000 - 171,324 = RM28,676

▪️Jumlah Simpanan:
180,241 + 28,676 = RM208,917 ✅

So dalam masa 12 tahun dah boleh kumpul lebih daripada 200K.

Tapi mesti akan ada suara sumbang yang akan cakap "takkan dalam masa 12 tahun tu tak usik dividen langsung?".

Mungkin ada yang usik, mungkin ada yang tak usik. Itu masing-masing punya hal la. Duit sendiri, s**a hati la nak buat macam mana pun.

Orang yang tak usik dividen, cepatlah kumpul 200K. Yang usik dividen, lambat la sikit. Saya cuma tunjukkan caranya sahaja. Tuan/puan yang perlu ambil tindakan sendiri.

Semakin cepat kita bermula, semakin cepat kita dapat capai target simpanan. Semakin banyak duit yang kita simpan setiap bulan, semakin cepat juga dapat capai target simpanan. Jadi simpanlah secepat mungkin dan sebanyak mungkin yang kita mampu. Amalkan konsep simpan dahulu sebelum berbelanja.

Kalau tak mampu buat sijil 200K, boleh start kecil-kecil dulu. Yang penting MULAKAN SIMPANAN ✅

Sama juga kalau sijil 100K dan lain-lain amaun. Buat ASBF 100K tempoh maksimum 40 tahun, tapi dalam masa 12 tahun pun dah boleh kumpul RM100K kalau tak usik dividen. Sama saja konsepnya.

📌 Untuk mulakan simpanan Asbf, boleh klik link di bawah. Saya akan guide ikut kemampuan tuan/puan.

https://linktr.ee/nuradilawahida

*10 SEBAB ASBF TERBAIK UNTUK ANAK MUDA/FRESH GRADUATE* ‼️1.MENDIDIK SIFAT MENYIMPANApabila mula bekerja dan mempunyai pe...
01/10/2024

*10 SEBAB ASBF TERBAIK UNTUK ANAK MUDA/FRESH GRADUATE* ‼️

1.MENDIDIK SIFAT MENYIMPAN

Apabila mula bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, mungkin ada sesetengah anak muda yang tak tahu apa nak dibuat dengan duit gaji. ASBF adalah salah satu cara untuk kita paksa diri menyimpan setiap bulan. Berbeza dengan simpanan ASB biasa yang kita boleh keluarkan simpanan pada bila-bila masa, ASBF hanya membolehkan kita mengeluarkan dividen sahaja. Jadi simpanan kita lebih terjamin.

2.MENGAJAR PENGURUSAN KEWANGAN

ASBF dapat mengajar pengurusan kewangan bagi mengelakkan anak muda terjebak dengan personal loan. Ramai yang menggunakan personal loan untuk kahwin. Akibatnya anak dah masuk sekolah rendah pun masih belum habis bayar personal loan. Ini akan menyebabkan kelayakan untuk mempunyai pembiayaan rumah dan kereta semakin rendah.

3.MENGELAKKAN BOROS

Konsep “force saving” ASBF dapat mengelakkan anak muda daripada boros dan menghabiskan duit untuk perkara yang sepatutnya. Asingkan simpanan tetap untuk ASBF setiap bulan, bakinya baru belanja barang keperluan. Rancang perbelanjaan dengan bijak.

4.FROFIL KEWANGAN

ASBF dapat mencipta profil kewangan iaitu rekod CCRIS. Ramai yang gagal membuat pembiayaan perumahan akibat tiada rekod CCRIS. Jadikan ASBF adalah salah satu cara untuk cipta rekod CCRIS yang baik supaya bank dapat kenal karakter kita.

5.SELAMAT DARI UNSUR PENIPUAN

ASBF adalah pelaburan yang selamat daripada unsur-unsur penipuan, scammer dan MLM. Walaupun begitu, risiko pelaburan tetap ada. Belajar dulu bagi faham sebelum melabur.

6.FLEKSIBEL

ASBF adalah salah satu bentuk pelaburan yang fleksibel. Boleh pilih amaun mengikut kemampuan simpanan. Boleh juga pilih teknik-teknik yang sesuai dengan usia dan modal. Selain itu, boleh juga berhenti pada bila-bila masa. Bila jual semula sijil, dapat CASH.

7.MATLAMAT JANGKA PENDEK

Sesuai untuk matlamat simpanan jangka masa pendek seperti Tabung Kahwin, Deposit Rumah, Deposit Kereta, atau nak beli kereta cash.

8.PULANGAN YANG TINGGI

Simpanan ASBF juga memberikan pulangan yang tinggi berbanding simpanan biasa. Kalau kena caranya, boleh dapat keuntungan sehingga 30% setahun. Yang penting ikut teknik dan strategi yang betul.

9.DISIPLIN

Ramai yang gagal menyimpan kerana tidak berdisiplin. Ada yang dah kerja 5 tahun, tapi simpanan RM10,000 pun belum ada. Sedangkan kalau congak secara mudah, simpan RM167 setiap bulan selama 5 tahun pun dan cukup RM10,000. Jadi dengan ASBF, kita paksa menyimpan setiap bulan. Tetapkan berapa kita nak simpan setiap bulan sesuai dengan matlamat dan kemampuan.

10.TABUNG PERMULAAN HIDUP

Apabila memasuki alam pekerjaan, kita perlu memikirkan 5 perkara;

-Kahwin
-Beli rumah
-Kereta yang selesa untuk keluarga
-Tabung pendidikan anak
-Tabung Persaraan

Kesemua matlamat di atas perlukan DUIT. Jadi kita kena mulakan simpanan seawal yang mungkin. Kalau lambat bermula, kita perlu berkerja lebih keras untuk menyediakan perkara tersebut.

📌 Bagi sesiapa yang nak mulakan simpanan, boleh tekan link di bawah;

Financial Consultant

𝗔𝘀𝘀𝗮𝗹𝗮𝗺𝘂𝗮𝗹𝗮𝗶𝗸𝘂𝗺 & 𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮Hi Semua nama saya Adila Wahida Adam, Menetap di Penang.Saya merupakan Perunding hartan...
26/09/2024

𝗔𝘀𝘀𝗮𝗹𝗮𝗺𝘂𝗮𝗹𝗮𝗶𝗸𝘂𝗺 & 𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮

Hi Semua nama saya Adila Wahida Adam, Menetap di Penang.

Saya merupakan Perunding hartanah dan juga Financial Consultant untuk pengurusan kewangan.

Kawasan focus saya adalah seluruh Malaysia.

Jika tuan puan atau kenalan yang berhajat nak menjual / membeli property & khidmat nasihat kewangan ( penyatuan hutang/ simpanan/ pelaburan ) boleh hubungi saya. Innsyallah saya akan cuba berikan service yang terbaikk 😊

ADILA WAHIDA

Financial Consultant

Macam mana nak achieve 1 million waktu retirement nanti ?🤔
26/09/2024

Macam mana nak achieve 1 million waktu retirement nanti ?🤔

10 Tanda Kewangan Stabil.Sebelum nak capai Bebas Kewangan, kita kena capai Stabil Kewangan dulu. Bila dah capai Stabil K...
25/09/2024

10 Tanda Kewangan Stabil.

Sebelum nak capai Bebas Kewangan, kita kena capai Stabil Kewangan dulu. Bila dah capai Stabil Kewangan, maknanya kita dah 10% on the way ke arah Bebas Kewangan. Step by step okay!

Biasa orang Bebas Kewangan, dia tak fikir pasal kerja dah. Bebas! Tanda Stabil Kewangan paling ketara, kita tak kisah kalau bos nak pecat kita. Sebab kita dah ada back up plan untuk survival.

Jom sama2 ambil tahu 10 tanda kewangan kita dah stabil. Kita capai Stabil Kewangan sama-sama. Tapi kalau sebulan nak simpan 10% gaji pun terkial-kial, jauh lagilah nak capai Stabil Kewangan tu.

1. Dana kecemasan 6 bulan gaji.
2. Simpan minimum 10% gaji.
3. Dah ada takaful, medical card.
4. Hutang bulanan kurang 50% gaji.
5. Tak ada hutang kad kredit.
6. Tak berhutang dengan kawan.
7. Laburkan minimum 10% gaji.
8. Tak risau dibuang kerja.
9. Malam dapat tidur dengan lena.
10. Rajin sedekah dan bayar zakat.

Mana yang kau dah achieve?

Financial Consultant

Address

George Town

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bijak Kewangan & Hartanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bijak Kewangan & Hartanah:

Share