Nur Hidayah

Nur Hidayah Hi I am Yaya! The Power of Saving is when you start and you believe it 🔥 PG00213608 - Introducer Code 🌼

Rutin Yaya setiap Selasa malam cuma kali ni diberi kepercayaan menjadi sharer. Malam ni sharing yaya bagaimana yaya memb...
14/04/2026

Rutin Yaya setiap Selasa malam cuma kali ni diberi kepercayaan menjadi sharer.

Malam ni sharing yaya bagaimana yaya membina empire melebihi 500 orang customer walaupun sedang bekerja, walaupun seorang isteri, walaupun bergelar ibu kepada dua anak kecil.

Hadir weekly meeting Dealer PG seluruh Malaysia dalam team Public Gold by PG1M untuk dapatkan update dari mentor, recharge dan upgrade ilmu.

Semuanya untuk tambah baik servis kepada penyimpan emas.

Nak cari introducer cari yang comel dan super aktif macam Yaya. 😅


Founder Master Dealer Public Gold

07/04/2026

Kalau tanya Yaya, simpan emas ni bukan pasal siapa lagi laju… tapi siapa lagi konsisten

Setiap orang boleh letak target simpanan masing-masing, ikut kemampuan hidup kita sekarang.

Student / anak kecil
Yaya suggest target 5 gram / 1 dinar setahun
Nampak kecil, tapi inilah permulaan besar dalam hidup kewangan.

Dah bekerja (gaji bawah RM3k)
Target 10 gram setahun
Fokus bina habit dulu… bukan terus nak nampak banyak.

Gaji RM3k – RM5k
Dah boleh upgrade target ke 20 gram / 5 dinar setahun
Masa ni dah kena mula serius sikit dengan simpanan.

Gaji atas RM5k
Jangan main-main dah… target 50 gram setahun
Ini level build wealth, bukan sekadar simpan.

Hakikatnya…
Bukan siapa simpan paling banyak yang menang.
Tapi siapa yang mula dulu dan tak berhenti 💪

Ramai tunggu “cukup duit” baru nak mula…
Akhirnya tak mula-mula juga.

Yaya ulang sekali je…
Emas bukan untuk orang kaya.
Emas lah yang buat orang biasa jadi luar biasa.

Kalau hari ni belum mula, tak apa.
Yang penting jangan tunggu lagi.

Start kecil, tapi start sekarang.

Yaya Ali
Founder Master Dealer

13/03/2026

Kadang benda yang paling rugi dalam kewangan bukan sebab tak ada duit… tapi sebab tunggu masa yang “sempurna” yang tak pernah datang.

Ramai orang sebenarnya ada RM100… ada RM200… kadang ada extra sikit setiap bulan.
Tapi simpanan tak jadi-jadi sebab ayat yang selalu keluar:
• “Nanti dulu lah… belum bersedia.”
• “Tunggu duit lebih sikit baru start.”
• “Sekarang belum masa lagi.”

Hakikatnya… saving bukan tunggu senang baru buat.
Saving dibuat supaya hidup jadi lebih senang di masa depan.

RM100 mungkin nampak kecil hari ini.
Tapi yang kecil itulah sebenarnya permulaan kepada disiplin kewangan.

Orang yang berjaya buat simpanan bukan sebab mereka ada duit yang banyak…
tetapi sebab mereka berani mula walaupun dengan jumlah yang kecil.

Sebab itu Yaya selalu cakap…

Kalau hari ni ada RM100 tapi pilih untuk tak buat saving,
sebenarnya kita bukan sedang jimat duit.

Kita sedang tangguhkan masa depan yang lebih stabil.

Mulakan kecil tak apa.
Yang penting mula dulu.

Percayalah…
masa akan menjadikan simpanan kecil itu sesuatu yang besar.

Sebab itu Yaya sentiasa ingatkan,
kalau ada peluang untuk simpan walaupun sedikit… jangan lepaskan.

Sebab masa depan kita nanti akan sangat berterima kasih pada keputusan kecil yang kita buat hari ini.

05/03/2026

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan, setiap perjalanan, dan setiap rezeki yang Dia buka.

January 2026 menjadi satu lagi lembaran manis apabila Platinum Award berjaya dicapai.
Ini bukan usaha seorang diri, tetapi hasil konsisten, disiplin dan kepercayaan daripada semua yang berada dalam team.

Tahniah buat semua Gold Savers Yaya yang terus istiqamah menabung emas.
Tak kira bermula dengan 1 gram, 5 gram atau 10 gram, yang penting kita tak berhenti menyimpan.

Ingat…
Emas bukan sekadar simpanan, tapi perlindungan masa depan.
Hari ini mungkin nampak kecil, tapi konsisten itulah yang membina kekayaan sebenar.

Terima kasih kerana percaya, bergerak sama-sama dan kekal komited dalam perjalanan ini.

Yaya Ali
Founder Master Dealer. ✨

Tak perlu tunggu kaya untuk mula simpan emas.Dengan GAP, simpan serendah RM100 pun boleh ✨✔️ Daftar PERCUMA✔️ Ikut kemam...
05/03/2026

Tak perlu tunggu kaya untuk mula simpan emas.
Dengan GAP, simpan serendah RM100 pun boleh ✨

✔️ Daftar PERCUMA
✔️ Ikut kemampuan sendiri
✔️ Konsisten sedikit demi sedikit

Hari ni RM100,
lama-lama jadi aset bernilai.
GAP oleh Public Gold

Link di Bio

Alhamdulillah. Officially Founder Master Dealer.Tak pernah terlintas satu hari nanti Yaya akan berdiri di sini.Dengan 57...
05/03/2026

Alhamdulillah. Officially Founder Master Dealer.

Tak pernah terlintas satu hari nanti Yaya akan berdiri di sini.
Dengan 578 empire yang percaya dan berjalan sama-sama, perjalanan ini bukan perjalanan Yaya seorang.

Dulu Yaya hanya bermula dengan satu niat kecil — nak bantu orang faham simpanan emas.
Hari demi hari, bulan demi bulan… usaha kecil tu bertukar jadi satu empire yang Yaya sendiri tak pernah bayangkan.

Perjalanan ni bukan mudah.
Ada masa jatuh. Ada masa hampir nak berhenti.
Tapi setiap kali rasa penat, ada seorang insan yang sentiasa tolak Yaya ke depan.

Terima kasih Kak Ina Mazlifah Omar
Mentor yang tak pernah jemu push, guide dan percaya pada Yaya walaupun masa tu Yaya sendiri rasa tak mampu.

Terima kasih sebab ubah cara Yaya berfikir.
Terima kasih sebab tarik Yaya keluar dari zon selesa.
Terima kasih sebab percaya Yaya boleh sampai ke tahap ini

Terima kasih buat suami Yaya, Nabil Fikri Ramli.
Tanpa izin abang, tanpa sokongan abang, tak mungkin Yaya boleh sampai ke tahap ini.

Terima kasih sebab selalu bagi Yaya ruang untuk berkembang.
Terima kasih sebab jaga anak-anak bila Yaya keluar bekerja.
Terima kasih sebab sentiasa doakan Yaya.

Setiap kejayaan ini bukan milik Yaya seorang, tapi milik kita bersama sebagai satu keluarga.

Hari ini, bila tengok balik perjalanan ni…
Yaya cuma mampu kata:

“Semua ini dengan izin Allah dan doa orang sekeliling.”

Perjalanan tak berhenti di sini.
Ini baru permulaan untuk bina lebih ramai orang berjaya dalam simpanan emas bersama Yaya.

578 empire hari ini.
Lepas ni kita bina lebih besar lagi.

Yang nak mula simpan emas, yang nak bina income dengan emas —
Yaya sentiasa ada untuk guide langkah pertama anda.

Next target… 1000FL

Yaya Ali
Founder Master Dealer. ✨

Semalam ada orang reply story Yaya.“Yaya… susah la nak saving. Setiap bulan ada je benda.”Yaya senyum je baca.Sebab ayat...
26/02/2026

Semalam ada orang reply story Yaya.

“Yaya… susah la nak saving. Setiap bulan ada je benda.”

Yaya senyum je baca.
Sebab ayat tu bukan baru. Dah beratus kali dengar 😅

Dulu pun sama.
Mesej panjang berjela.
Call explain satu-satu.
Follow up sampai orang pun naik segan.

Tapi kalau dia tak nak… memang tak nak.

Dan Yaya dah belajar satu benda
kita tak boleh paksa orang nampak apa yang dia belum rasa perlu.

So Yaya tetap buat kerja Yaya.
Tetap share.
Tetap educate.
Tetap cerita pasal simpan emas walaupun orang buat tak tahu.

Sebab Yaya dah tengok pattern dia.

Tahun pertama:
“Takpe la dulu…”

Tahun kedua:
“Nanti dulu lah…”

Tahun ketiga:
“Eh, harga dah naik rupanya…”

Lepas tu datang balik,
“Yaya… kalau nak mula sekarang macam mana?”

Dan masa tu Yaya tak pernah cakap,
“Kan dah kata dulu…”

Tak.
Yaya cuma jawab,
“Okay jom, kita start sekarang.”

Sebab dalam dunia saving ni,
yang paling susah bukan duit.

Yang paling susah adalah buat keputusan untuk mula.

Sekarang ni pulak…
Yaya sendiri bagi promo topup RM100, cashback RM30.

Serius Yaya tanya…
Company emas mana bagi macam ni?
Bank pun nak bagi toaster pun ada syarat 14 muka surat 😅

Kadang kita tunggu “cukup duit” baru nak mula.
Padahal nak cukup tu… memang takkan rasa cukup.

Yang beza antara orang yang ada simpanan dan yang tak ada
bukan gaji.
Bukan bisnes besar mana.

Cuma satu je.

Dia mula.

Dan siapa yang baca ni…
percaya la, korang jauh lebih awal dari ramai orang yang tunggu 2–3 tahun baru nak sedar.

Kalau hati dah rasa nak mula,
jangan tangguh lagi.

RM100 je langkah pertama.
Selebihnya biar konsisten buat kerja.

Kadang-kadang rezeki besar datang
daripada keputusan kecil yang kita berani buat hari ni

12/02/2026

Jom Anak muda kita mula belajar urus kewangan dan menabung 🔥

22/01/2026

orang kata kalau benci nanti sayang🫣

15/01/2026

Ada seorang customer aku ni,
dia menabung emas konsisten dari 2022 sampai 2024.

Masuk 2025, dia stop sekejap.
Bukan sebab malas.
Tapi sebab ada masalah kewangan. Hidup kan, bukan semua masa lurus.

Dua hari lepas, dia call aku.
“Aku nak pakai duit. Dalam 3k.”

Aku cakap, ok, boleh.

Aku tunjuk akaun dia ada 18 gram.
(Sebenarnya dia ada 24 gram, baki tu dia dah fizikal dan simpan sendiri.)

Aku cadangkan,
“Jual je 5 gram.”

Tak sampai pening,
tak sampai stress,
tak perlu fikir nak pinjam siapa.

Terus dapat lebih 3k.

Apa aku nak sampaikan?

Dia simpan tanpa sedar.
Dia konsisten tanpa paksa diri.
Dan bila duit diperlukan secara tiba-tiba,
dia tenang.

Sebab dia tak simpan duit yang senang bocor.
Dia simpan emas.

Inilah beza orang yang buat simpanan awal
dengan orang yang selalu cakap
“nanti la bila gaji besar.”

Kalau hari ni kau masih ada pendapatan walau kecil,
jangan tunggu sempurna baru nak mula simpan.

DM aku.
Kita start pelan-pelan, ikut kemampuan,
supaya satu hari nanti bila kau perlukan duit,
kau pun tak pening, tak kelam-kabut.

Yaya Ali
Next Founder Master Dealer

08/01/2026

Jom yang nak mula, belum mula? cepat yaya bantu 😉

Address

George Town

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nur Hidayah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nur Hidayah:

Share