Shahrul Kahar Abdul Wahab

Shahrul Kahar Abdul Wahab KONSEP TAKAFUL
Takaful merupakan konsep saling bantu membantu berdasarkan prinsip perpaduan, kerjasama dan tanggungjawab.

Kepakaran saya membantu menguruskan perjalanan haji dan umrah, badal haji serta membantu masyarakat tentang pentingan pengurusan kewangan ketika sihat agar insan tersayang dapat manfaat dan dilindungi apabila ditimpa musibah. Peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru’ (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain semasa kesusahan.

21/12/2025

JIKA BERLAKU KEMATIAN AHLI KELUARGA DI RUMAH

(Baca perlahan… ini tentang kita semua)

Suatu hari nanti,
akan ada satu pagi yang sunyi.
Rumah yang biasa riuh,
tiba-tiba terasa kosong.

Bukan sebab orang tiada.
Tapi sebab satu jiwa telah pergi.

Jika saat itu berlaku di rumah kita,
jangan panik…
tarik nafas, tenangkan hati.

Ini sedikit panduan,
untuk saat paling berat dalam hidup.

SAAT KEMATIAN DISAHKAN

Hubungi ambulans.
Doktor akan mengesahkan pemergian itu.

Waktu itulah kita sedar…
orang yang kita panggil nama semalam,
hari ini sudah tidak menjawab.

Maklumkan orang surau.
Maklumkan jiran.
Maklumkan keluarga.

Bukan untuk menyusahkan,
tapi kerana kita tak mampu melalui saat ini seorang diri.

Ke balai polis dengan dokumen yang ada.
Buat laporan,
walaupun tangan masih menggigil,
dan air mata belum berhenti jatuh.

Bahagikan tugas di rumah.
Biar ada yang mengurus,
biar ada yang mendoakan.

URUS JENAZAH (SENTUHAN TERAKHIR)

Baringkan jasad di atas tilam.
Kaki ke arah kiblat.
Wajah dihadapkan ke arah Tuhan yang akan ditemuinya.

Bersihkan apa yang perlu dibersihkan.
Tukarkan pakaian yang bersih.

Saat ini,
itulah layanan terakhir kita kepadanya.

Sapu minyak perlahan-lahan.
Urut tanpa tergesa.
Rapatkan mulutnya…
itu mulut yang dulu menasihati kita.

Pejamkan matanya…
mata yang dulu memandang kita dengan penuh kasih.

Kiamkan tangannya…
tangan yang pernah membesarkan kita,
menyara kita,
memimpin kita.

Rapatkan kaki dan ikat kemas.
Setiap ikatan itu,
ikatlah bersama doa dan keikhlasan.

Akhir sekali,
tutup wajahnya dengan kain putih.
Dan tutup seluruh jasad dengan kain batik panjang.

Saat itu,
kita sedar…
kita tak lagi boleh berbuat apa-apa,
selain merelakan.

SEDIAKAN APA YANG PERLU

Sediakan kain.
Sediakan tuala.
Sediakan daun pandan.

Bersihkan rumah.
Tutup aibnya sebaik mungkin.

Dan sementara menunggu urusan seterusnya,
duduklah di sisi jenazah…
bacalah Al-Quran.

Biarlah ayat-ayat Tuhan
menjadi teman terakhirnya di dunia.

CATATAN DARI HATI

Urutan ini bukan sekadar untuk sendi.
Ia untuk memudahkan urusan akhir,
dan meringankan apa yang sedang dilaluinya.

Lakukan dengan lembut.
Dengan doa.
Dengan Al-Fatihah.

Kerana roh yang baru berpisah dari jasad,
tidak pergi dalam keadaan mudah.

Suatu hari nanti,
orang lain p**a akan melakukan semua ini…
untuk kita.

Kematian bukan untuk ditakuti.
Ia untuk dipersiapkan.

Simpanlah tulisan ini.
Semoga ia bermanfaat saat kita paling memerlukannya.

Mohon maaf jika ada kekurangan.
Wallahua’lam.

26/11/2025

Waspada buat seluruh Bangsa Johor!

Saya telah menerima makluman terkini daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) bahawa amaran Hujan Berterusan (Waspada) telah dikeluarkan bagi daerah Segamat dan Tangkak, dari 28 hingga 29 November 2025.

Amaran ini dikeluarkan berikutan jangkaan Sistem Cuaca Bertekanan Rendah yang kini berada di Selat Melaka dan dijangka bergerak ke timur merentasi Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang dalam tempoh tersebut. Pergerakan sistem cuaca ini turut memberi potensi berlakunya hujan berterusan di kawasan Utara Johor.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri bersama semua agensi keselamatan dan pengurusan bencana sedang bersiapsiaga, termasuk pemantauan paras air sungai, logistik dan penyelarasan tindakan di kawasan yang berisiko. Langkah ini bagi memastikan setiap keperluan bantuan dapat digerakkan segera sekiranya keadaan cuaca bertambah buruk.

Saya menyeru seluruh Bangsa Johor untuk sentiasa peka dengan perkembangan cuaca semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa, khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan rendah, berhampiran sungai atau kerap terjejas ketika musim hujan.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita dan melindungi negeri Johor daripada sebarang bencana.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

16/09/2025
03/08/2025
17/07/2025

Address

Taman Nusantara
Gelang Patah
79200

Telephone

+60177726177

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shahrul Kahar Abdul Wahab posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Shahrul Kahar Abdul Wahab:

Share