30/04/2024
[Perlindungan Rumah] Beza MRTA/MRTT V MLTA/MLTT
1. Definisi dan fungsi MRTA/MRTT
MRTA โ Mortgage Reducing Term Assurance
MRTT โ Mortgage Reducing Term Takaful
Perkataan โReducingโ , โLevelโ , โAssuranceโ & โTakafulโ membezakan setiap pelan pelindungan yang dipilih.
Definisi 'assurance' merujuk kepada insuran konvensional manakala takaful ialah islamic insuran patuh syariah.
Sebagai muslim, pilihan terbaik yang kita ada ialah produk dari takaful.
Bank biasanya menawarkan MRTA/MRTT untuk perlindungan loan rumah.
Ada yang tanya wajib ke kena ambil MRTA/MRTT? Jawapannya adalah tidak wajib.
Walaupun tidak wajib, tetapi bank sebagai pemberi pinjaman, mereka berhak untuk ada jaminan untuk duit yang dikeluarkan.
Maka MRTA/MRTT adalah lebih selamat kepada pihak bank kerana bayaran untuk pelan ini dibayar sekali sahaja/dimasukkan bersama loan.
Sesetengah bank meletakkan syarat, pelan MRTA/MRTT mesti diambil bersama loan, contohnya syarat minima 5 tahun pertama.
Memang teruja beli rumah. Tetapi pernahkah kita fikir, jika tiada MRTA/MRTT siapa yang akan bayar baki hutang loan rumah jika berlaku musibah kematian kepada kita(peminjam)?
Yang pastinya,ramai memilih untuk masukkan saja sekali dengan loan, senang bayar sekali dengan installment setiap bulan. Ini bermaksud, plan MRTA/MRTT yang diambil sekali dalam loan tu akan turut dikenakan interest.
Dalam tempoh pinjaman 30 tahun tu, andaikan berlaku kematian pada Ali pada tahun ke 15, baki loan RM150k lagi akan diselesaikan oleh pihak insuran. Bermakna hutang pinjaman Ali akan selesai untuk rumah tersebut.
Jadi begitulah fungsi MRTA/MRTT kepada peminjam.
2. Definisi dan fungsi MLTA/MLTT?
Selain MRTA/MLTT anda masih ada alternatif lain iaitu dengan mengambil MLTA/MLTT.
Berbeza dengan MRTA/MRTT, memiliki plan MLTA/MLTT untuk perlindungan loan rumah anda memerlukan komitmen pembayaran secara berkala, sama ada bulanan, suku tahunan, setengah tahun/tahunan.
Walaubagaimanapun, kelebihan plan ini berbanding MRTA/MRTT (dengan bank) ialah mempunyai nilai simpanan yang boleh dikeluarkan.
Jumlah pampasan dan nilai tunai boleh dikeluarkan untuk menyelesaikan baki hutang di bank serta kos pengurusan harta oleh waris si mati(peminjam).
MLTA/MLTT ini juga boleh โattachโ dengan rider-rider perlindungan tambahan yang lain seperti manfaat sakit kritikal, manfaat kematian akibat kemalangan dan sebagainya.
Bagi pelabur hartanah yang ada lebih dari sebuah rumah, boleh pertimbangkan untuk memiliki plan ini memandangkan ianya boleh melindungi kesemua pinjaman loan rumah dalam satu plan yang sama.
Contohnya,
Si Jali membuat loan rumah RM500,000 dan mengambil MLTT perlindungan untuk loan tersebut dengan bayaran bulanan RM250/sebulan.
(Tempoh pinjaman adalah 30 tahun).
Andaikan Jali meninggal pada tahun ke 15. Siapa akan bayarkan loan rumah Jali?
Jika Jali telah ambil plan MLTT, maka Isteri beliau akan menerima pampasan MLTT berjumlah RM500,000 + 'cash value' (nilai simpanan semasa).
Baki loan RM250,000 lagi akan diselesaikan melalui Pampasan RM500,000 + 'cash value' . Selepas ditolak hutang loan, baki di tangan isteri adalah RM250,000 + cash value (simpanan).
Rumah dapat, wang tunai pun dapat! Pastinya bebanan kewangan isteri dan anak anak lebih ringan.
Oleh yang demikian, buatlah pilihan yang tepat untuk kesenangan kelak.
Ingin Semak Loan Rumah MRTT tinggal berapa tahun? dapatkan service PERCUMA
https://wa.me/message/Y76AJXB5CIGUM1