Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1400 tahun dahulu. Melalui semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama peserta, amalan menyumbang dan kebajikan memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam dua bentuk keuntungan. Pertama, keuntungan daripada segi kewangan menerusi pelan Takaful itu sendiri. Kedua, “manfaat” daripada segi rohaniah di mana para peserta dapat m
emenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah Tabarru’. Sistem Takaful tidak hanya bermanfaat kepada Muslim sahaja, malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka. Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta. Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih kontrak Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk perhubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang peserta (Prinsipal/Pelanggan). Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:
Kontrak Tabarru’ di mana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada Dana Risiko untuk membantu peserta lain. Kontrak Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful IKHLAS untuk menguruskan hal ehwal dana bagi pihak beliau. Model Takaful IKHLAS membolehkan penggunaan perantara sebagai satu kaedah untuk memenuhi keperluan pelanggan, pembayaran lebihan dan keuntungan dengan lebih baik, di mana sesuai, kepada para peserta dan pengiraan keuntungan yang dikongsi secara bulanan.