Labur & Berkat

Labur & Berkat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Labur & Berkat, Investing Service, Jalan Samudara Utara 2, Taman Samudara, Batu Caves.

Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya untuk menutup minggu dagangan ini dengan prestasi lebih cemerlang berbanding dol...
07/05/2025

Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya untuk menutup minggu dagangan ini dengan prestasi lebih cemerlang berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh keyakinan baharu terhadap prospek perdagangan global.

Pada jam 6 petang Jumaat, mata wang tempatan ditutup pada paras 4.2560/2600 berbanding dolar AS, berbanding 4.3130/3185 ketika ditutup pada Rabu. Pasaran tempatan ditutup semalam sempena cuti umum Hari Pekerja.

-Advertisement-
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pengukuhan ringgit mencerminkan sentimen pelabur yang semakin positif, khususnya susulan kemungkinan rundingan perdagangan antara AS dan China.

"Terdapat petanda awal yang menunjukkan perkembangan positif dalam ketegangan perdagangan antara AS dan China, dengan kenyataan beberapa pegawai kerajaan China yang membayangkan kesediaan untuk mengadakan rundingan," katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, ringgit turut diniagakan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.

Unit tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9437/9467 daripada 3.0142/0182 ketika ditutup pada Rabu, dan turut menguat berbanding euro kepada 4.8297/8342 daripada 4.9009/9071.

Ringgit juga lebih stabil berbanding pound British kepada 5.6639/6692 daripada 5.7626/7699.

Berbanding mata wang negara ASEAN, ringgit turut menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2862/2898 daripada 3.3027/3074, dan mengukuh berbanding baht Thai kepada 12.8697/8903 daripada 12.9066/9304.

Ringgit turut naik berbanding peso Filipina kepada 7.65/7.67 daripada 7.72/7.73 dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 258.8/259.3 daripada 259.7/260.2 pada penutupan dagangan Rabu lalu. - Bernama

CIMB Bank Bhd, anak syarikat milik penuh CIMB Group Holdings Bhd, akan memperoleh 16 hartanah milik Kumpulan Wang Simpan...
07/05/2025

CIMB Bank Bhd, anak syarikat milik penuh CIMB Group Holdings Bhd, akan memperoleh 16 hartanah milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada harga tunai RM209.81 juta.

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, CIMB Group menjelaskan bahawa CIMB Bank sebelum ini memajak 24 hartanah daripada KWSP di bawah perjanjian pajakan bertarikh 30 Disember 2009, yang dijadual tamat pada 30 Jun 2025.

"Pada 30 April lalu, CIMB Bank telah menandatangani 16 perjanjian jual beli (SPA) bagi memperoleh 16 daripada 24 hartanah terbabit yang kini digunakan untuk operasi perbankan CIMB Bank.

"Sehubungan itu, CIMB Bank telah menamatkan perjanjian pajakan dengan KWSP," menurut kenyataan itu.

CIMB Group berkata, pembelian hartanah berkenaan sejajar dengan strategi jangka panjang CIMB Bank dan dijangka menyumbang kepada prestasi kewangan yang lebih kukuh bagi tahun kewangan 2025.

Dalam perkembangan berkaitan, CIMB Bank turut bersetuju untuk membeli semula lapan hartanah selebihnya pada harga yang ditetapkan, sekiranya hartanah berkenaan gagal dijual oleh KWSP kepada pihak ketiga.

"Komitmen untuk membeli semula hartanah yang tidak terjual itu adalah selaras dengan syarat yang ditetapkan dalam perjanjian pajakan asal," jelas kumpulan perbankan itu lagi.

Transaksi ini dijangka akan diselesaikan secara berperingkat antara suku keempat 2025 hingga suku pertama 2026, tertakluk kepada kelulusan dan keadaan pasaran semasa.

SD Guthrie Bhd mencatat pencapaian penting apabila buat pertama kali menghantar minyak sawit mampan diperakui Rundingan ...
07/05/2025

SD Guthrie Bhd mencatat pencapaian penting apabila buat pertama kali menghantar minyak sawit mampan diperakui Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Mampan (RSPO) ke United Kingdom (UK) tanpa sebarang tarif, di bawah kerangka Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan bahawa kilang penapisan SD Guthrie International di Liverpool telah menerima sebanyak 8,000 tan minyak sawit mampan diperakui (CSPO) yang boleh dikesan dan diasingkan sepenuhnya.

Kargo berkenaan dihantar menggunakan kapal Dolphin 19 dari Pelabuhan Kunak, Sabah pada 19 Februari lalu.

CSPO yang dihantar itu turut menjalani proses ujian ketat bagi memastikan tahap hidrokarbon dalam minyak mineral tepu dan aromatik kekal rendah serta memenuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa.

Bursa Malaysia ditutup dalam wilayah positif hari ini, disokong oleh sentimen belian berterusan terhadap saham berwajara...
07/05/2025

Bursa Malaysia ditutup dalam wilayah positif hari ini, disokong oleh sentimen belian berterusan terhadap saham berwajaran tinggi serta prestasi memberangsangkan bursa serantau.

Pada penutup dagangan, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.10 mata kepada 1,616.62, berbanding 1,611.52 semasa ditutup semalam.

Indeks utama itu dibuka 0.69 mata lebih rendah pada 1,610.83, namun terus mengukuh sepanjang sesi dagangan hari ini dipacu sentimen pasaran yang bertambah baik.

Di pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 582 berbanding 460, manakala 464 kaunter tidak berubah, 827 tidak diniagakan dan 16 digantung dagangan.

Jumlah dagangan menokok kepada 4.01 bilion unit bernilai RM3.14 bilion berbanding 3.94 bilion unit bernilai RM2.88 bilion semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata peningkatan di pasaran tempatan sejajar dengan aliran positif pasaran serantau berikutan pelabur memberi reaksi positif terhadap data ekonomi global yang stabil.

"Minat belian yang kembali meningkat terhadap saham berwajaran tinggi domestik memberi sokongan kepada indeks. Pelabur juga terus memberi tumpuan terhadap laporan prestasi kewangan korporat yang dikeluarkan secara berperingkat," katanya.

Beliau menjangkakan FBM KLCI akan terus menunjukkan arah aliran menaik dalam masa terdekat, dengan paras rintangan seterusnya dilihat pada 1,630 mata dan paras sokongan pada 1,600 mata.

Bagi sektor berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM9.89, Public Bank tidak berubah pada RM4.18, CIMB menambah dua sen kepada RM6.84, manakala Tenaga susut enam sen kepada RM13.60.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 29.89 mata kepada 12,178.19, FBM 70 naik 76.11 mata kepada 17,026.27 dan FBM ACE menambah 11.87 mata kepada 5,372.18.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 49.08 mata kepada 17,649.22, Indeks Perladangan susut 32.97 mata kepada 7,401.03, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.94 mata kepada 188.79.

Battersea Power Station Development Company (BPSDC) mengumumkan bahawa ia telah mendapat kelulusan perancangan bagi fasa...
07/05/2025

Battersea Power Station Development Company (BPSDC) mengumumkan bahawa ia telah mendapat kelulusan perancangan bagi fasa seterusnya dalam projek Battersea Power Station di London, menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan seluas 16.99 hektar ini.

Menurut BPSDC dalam satu kenyataan hari ini, fasa baharu itu akan merangkumi ruang kediaman, runcit, komuniti dan rekreasi, dengan kelulusan perancangan terperinci daripada Wandsworth Council.

"Fasa terbaharu ini akan menampilkan dua bangunan kediaman baharu yang direka oleh Gehry Partners, membabitkan pembinaan sebanyak 306 unit kediaman," katanya.

Pengasas Gehry Partners, LLP, Frank Gehry, berkata beliau amat gembira fasa seterusnya projek Battersea kini dimulakan.

Katanya, dua bangunan ini akan membantu merealisasikan pelan induk kami, yang direka untuk mewujudkan suasana kejiranan.

"Dengan mengekalkan pembangunan asal, kami meneruskan penggunaan material putih pada bangunan ini, sebagai rujukan kepada sejarah hebat Teres Nash. Taman musim sejuk membantu mengurangkan skala fasad bangunan sambil memberikan setiap unit ruang yang cantik dan dipenuhi cahaya.

"Matlamat kami sejak awal adalah untuk mencipta sesuatu yang unik untuk London dan unik untuk daerah baharu yang luar biasa ini. Saya berharap ia dapat membanggakan kota ini," katanya.

Sementara itu Ketua Pembangunan di BPSDC, James Wixley, berkata: "Pencapaian ini adalah langkah seterusnya dalam merealisasikan visi jangka panjang bagi Battersea Power Station. Dengan kelulusan perancangan terperinci yang kini diperoleh, kami meneruskan legasi seni bina ikonik Gehry Partners, menambah unit kediaman baharu termasuk buat pertama kalinya unit kediaman untuk warga emas, serta melengkapkan Electric Boulevard — jalan beli-belah baharu London.

"Selain peluang baharu dalam bentuk kedai, restoran dan pekerjaan, fasa ini turut merangkumi pembinaan Hab Komuniti untuk menyokong pelbagai acara dan aktiviti tempatan yang akan direka bersama Majlis Wandsworth dan komuniti setempat.

"Kami kini melangkaui separuh perjalanan dalam merealisasikan pelan induk dan, bersama pemegang saham Malaysia kami, kami menantikan permulaan kerja pembinaan dalam beberapa bulan akan datang sebagai usaha menuju satu lagi pencapaian penting dalam projek regenerasi yang luar biasa ini," katanya.

Pembangunan itu juga akan merangkumi Hab Komuniti seluas 15,000 kaki persegi dan mewujudkan lebih 400 peluang pekerjaan, menjadikan jumlah keseluruhan pekerjaan yang dijana mencecah 6,800.

Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada akhir tahun ini dan disasarkan siap menjelang 2029.

Setakat ini, lebih 2,200 rumah telah disiapkan dan lebih 3,000 penduduk kini menetap di kawasan tersebut. Pembangunan berkenaan turut menyokong komuniti pejabat yang semakin berkembang, dengan lebih 3,500 pekerja daripada syarikat-syarikat seperti Apple, SharkNinja dan IWG.

Battersea Power Station adalah sebahagian daripada program pembangunan semula yang lebih besar meliputi 42 ekar sepanjang Sungai Thames. Apabila siap sepenuhnya, projek ini dijangka mewujudkan lebih 20,000 pekerjaan, 4,000 rumah dan 19 ekar ruang awam.

Pembangunan menyeluruh itu dimiliki oleh konsortium pelabur dari Malaysia: Sime Darby Property (40 peratus), S P Setia (40 peratus) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (20 peratus). Aset komersial di dalam bangunan Power Station kini dimiliki secara langsung oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan KWSP.

Kolej Yayasan Saad (KYS) Melaka terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara sekolah swasta terbaik di Malaysia apabila...
07/05/2025

Kolej Yayasan Saad (KYS) Melaka terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara sekolah swasta terbaik di Malaysia apabila separuh daripada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 sekolah itu memperoleh semua A dalam keputusan yang diumumkan baru-baru ini.

Lebih membanggakan, pencapaian itu meletakkan KYS di tangga kesembilan terbaik peringkat kebangsaan, menurut senarai rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, sekali gus mengekalkan reputasinya sebagai institusi pendidikan unggul.

-Advertisement-
KYS merupakan hartanah pendidikan yang dimiliki Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT), diuruskan oleh Hektar Asset Management Sdn Bhd. Pencapaian cemerlang itu disifatkan sebagai bukti keberkesanan pelaburan strategik Hektar REIT dalam sektor hartanah pendidikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management, Zainal Iskandar, berkata keputusan konsisten KYS bukan sahaja menunjukkan kekuatan akademik institusi itu, malah mencerminkan kejayaan dalam melahirkan pemimpin masa depan negara yang berdaya saing dan berwibawa.

"Pencapaian luar biasa ini menyerlahkan kepentingan infrastruktur pendidikan berkualiti tinggi. Ia membuktikan bahawa pelaburan jangka panjang dalam sektor ini boleh memberikan impak positif kepada pembangunan negara," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya lagi, pendekatan pendidikan di KYS menggabungkan kecemerlangan akademik dengan elemen kepimpinan, penguasaan bahasa, inovasi serta pembentukan sahsiah, menjadikan pelajarnya bersedia menghadapi cabaran masa depan.

"Di KYS, pendidikan melangkaui sempadan bilik darjah. Kurikulum mereka merangkumi pembelajaran pelbagai bahasa seperti Mandarin dan Perancis, pengkodan, program seni dan muzik bertaraf anugerah, sukan serta pengucapan awam," katanya.

Zainal turut memaklumkan bahawa KYS sebelum ini turut mencatat kadar pencapaian sama dalam keputusan SPM 2023, di mana 50 peratus pelajarnya meraih semua A dan ramai antara mereka menerima biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Antara kejayaan membanggakan terbaharu adalah penerimaan pelajar KYS, Athena Siow, ke Kolej Harvard dengan biasiswa penuh, dan bakal menamatkan pengajian sebagai sebahagian daripada Kelas 2029.

Tambahnya, graduan KYS secara konsisten melanjutkan pengajian ke universiti ternama dunia termasuk Harvard, Cambridge dan universiti dalam kelompok Ivy League, mencerminkan tahap pencapaian akademik dan pembangunan pelajar yang tinggi.

"Hektar REIT akan terus menyokong pertumbuhan institusi seperti KYS yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan berkualiti," kata Zainal.

Beliau juga menekankan bahawa fokus Hektar REIT terhadap sektor pendidikan mencerminkan strategi pelaburan mampan dan impak sosial jangka panjang, sejajar dengan aspirasi membangunkan komuniti berpengetahuan dan berdaya tahan.

KYS yang ditubuhkan lebih dua dekad lalu, terus menjadi penanda aras dalam pendidikan menengah swasta di Malaysia dengan gabungan pencapaian akademik dan pembangunan pelajar yang seimbang serta menyeluruh.

Address

Jalan Samudara Utara 2, Taman Samudara
Batu Caves
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Labur & Berkat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share