Durian Centric

Durian Centric Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Durian Centric, 32-1, Jalan Prima SG2, Prima Seri Gombak, Batu Caves.

YEAR OF THE TIGER🐯🐯🐯Semoga Tahun Baru Cina tahun ini disambut dengan penuh kemeriahan dan gembira oleh masyarakat Tiongh...
31/01/2022

YEAR OF THE TIGER🐯🐯🐯
Semoga Tahun Baru Cina tahun ini disambut dengan penuh kemeriahan dan gembira oleh masyarakat Tionghua bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bagi yang p**ang ke perantauan sila lah berhati-hati di jalan raya serta jagalah keselamatan diri dan keluarga masing-masing.
Kami seluruh warga kerja Beta Centric Sdn Bhd ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA 2022 kepada semua yang menyambutnya terutama sekali di Malaysia.

Durian Malaysia sudah sampai ke Belanda. Produk Malaysia semakin mendapat tempat di mata dunia..
10/01/2022

Durian Malaysia sudah sampai ke Belanda. Produk Malaysia semakin mendapat tempat di mata dunia..

PETALING JAYA: The king of fruits continues to be in demand in the Netherlands following the Taste of Malaysia (TOM) 2021 programme.

Info terkini (Fenomena Air Pasang Besar & Angin Kencang)Penduduk di pesisir pantai khususnya di negeri-negeri pantai Bar...
01/01/2022

Info terkini (Fenomena Air Pasang Besar & Angin Kencang)

Penduduk di pesisir pantai khususnya di negeri-negeri pantai Barat Semenanjung Malaysia disaran agar lebih berwaspada berdepan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku dalam tempoh empat hari bermula pada 2-5 Januari 2022 (Ahad-Rabu).

Walaupun kejadian fenomena air pasang besar pada kali ini berskala lebih kecil berbanding bulan November yang lalu, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak yang akan menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai (coastal flooding). Kawasan-kawasan yang berisiko adalah di Kedah (Kuala Muda), Perak (Bagan Datoh), Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) dan Johor (Batu Pahat dan Pontian).

Sehubungan dengan itu, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan di kawasan terbabit. Orang ramai juga diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan.

Sumber:
Bahagian Pengurusan Zon Pantai,
Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia.

Detik, Demi Detik,Hari Demi Hari,Hingga Bulan Demi Bulan Telah Mengusung Banyak Cerita,S**a Duka.. Menjadi Warna Nyata D...
31/12/2021

Detik, Demi Detik,
Hari Demi Hari,
Hingga Bulan Demi Bulan Telah Mengusung Banyak Cerita,
S**a Duka.. Menjadi Warna Nyata Dalam Hidup Kita,
Tapi Biarkan Semua Menjadi Kenangan Yang Terpahat,
Kini Tahun Baru Telah Mendatangi Kita,
Tibanya Kita Memperbaiki Kegagalan Menjadi Kejayaan,
Kita Buka Lembar Kisah Baru Dengan Semangat Dan Keceriaan,

Selamat Tahun Baru 2022 dari kami di Beta Centric Sdn Bhd.

www.betacentric.com

SELAMAT HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR  2021❤️💛Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Sempena Hari Keputeraa...
10/12/2021

SELAMAT HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR 2021❤️💛

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang ke-76

Semoga Allah memberkati dan melanjutkan usia baginda Tuanku.

DAULAT TUANKU🙏

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2021 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bakal berlangsung esok!Ayu...
12/11/2021

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2021 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bakal berlangsung esok!

Ayuh semua kita meriahkan MRTM Deepavali 2021 secara norma baharu di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur hujung minggu ini!

Sumber : Motac Malaysia

Semoga perayaan deepavali tahun ini membawa sinar kegembiraan dan kebahagian yang unggul dan kesihatan sejahtera kepada ...
04/11/2021

Semoga perayaan deepavali tahun ini membawa sinar kegembiraan dan kebahagian yang unggul dan kesihatan sejahtera kepada semua. Keluarga yang besar dan bahagia adalah salah satu keharmonian yang baik dan terhindar mampu menghindari daripada perkara - perkara negatif atau tidak sihat.

Selamat Hari Deepavali dari kami di Beta Centric Sdn Bhd.

Allahuakbar... Inalillahiwainailaihirajiun... Pengarah terkenal iaitu Mohamad bin Mohamad Khalid atau dikenali sebagai M...
23/10/2021

Allahuakbar... Inalillahiwainailaihirajiun...
Pengarah terkenal iaitu Mohamad bin Mohamad Khalid atau dikenali sebagai Mamat Khalid telah meninggal dunia pada Sabtu Malam di hospital Slim River dipercayai mengalami serangan jantung , oleh itu bagi yang muslim sama sama lah kita sedekahkan Al Fatihah.
Semoga arwah di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman.
Takziah dari kami di Beta Centric Sdn Bhd.

18/10/21Tiada lagi negeri yang berada di Fasa 2 ketika ini. Seperti yang ditunggu-tunggu kini Lembah Klang telah masuk k...
15/10/2021

18/10/21
Tiada lagi negeri yang berada di Fasa 2 ketika ini. Seperti yang ditunggu-tunggu kini Lembah Klang telah masuk ke Fasa 4 bersama Melaka.

Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah p**a beralih ke Fasa 3.

Yang p**ang ke kampung, kami dia Beta Centric mendoakan selamat semuanya. Kita sama-sama nikmati pencapaian ini dengan penuh hemah dan menjaga satu sama lain.

Alhamdulillah,Setelah sekian lama. Mungkin ianya detik bermakna buat anak-anak diperantauan untuk p**ang menziarahi ibu ...
10/10/2021

Alhamdulillah,

Setelah sekian lama. Mungkin ianya detik bermakna buat anak-anak diperantauan untuk p**ang menziarahi ibu bapa yang jauh di negeri lain. Semoga tetap berwaspada dan sentiasa amalkan penjagaan kebersihan kendiri. Kita sama-sama jaga kita.
Nota: Sampai kampung nanti jangan lupa basuh tangan guna sabun atau mandi sebelum salam peluk cium orang tua.

Tahukah anda? 1 Oktober adalah Hari Warga Emas Sedunia seperti yang ditetapkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa ...
01/10/2021

Tahukah anda? 1 Oktober adalah Hari Warga Emas Sedunia seperti yang ditetapkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada 14 Disember 1990.
Kami di Beta Centric sentiasa menghormati golongan warga emas ini dan tidak pernah melupakan jasa dan juga sumbangan mereka kepada kita secara peribadi ataupun pada negara secara keseluruhannya.
Terima kasih dan SELAMAT HARI WARGA EMAS SEDUNIA untuk tahun 2021 ini dari kami seluruh warga kerja di Beta Centric Sdn Bhd.

Address

32-1, Jalan Prima SG2, Prima Seri Gombak
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+60361779056

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Durian Centric posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Durian Centric:

Share