02/02/2026
Nisfu Syaaban Malam Pengampunan
Hadis ini menunjukkan betapa istimewanya malam Nisfu Syaaban sebagai malam pengampunan. Maknanya, peluang untuk mendapatkan pengampunan dan keberkatan di malam ini sangat besar. Ia mengingatkan kita bahawa Allah SWT adalah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani sentiasa membuka pintu taubat untuk hamba-Nya yang ikhlas kembali kepada-Nya. Maka, jangan lepaskan peluang ini, sebaliknya kita perlu memanfaatkannya dengan memperbanyakkan doa, istighfar dan munajat kepada Allah SWT.
Amalan Disarankan Malam Nisfu Syaaban
Walaupun tiada amalan khusus yang ditetapkan bagi malam Nisfu Syaaban, umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan pelbagai ibadah umum. Antara amalan yang boleh dilakukan termasuklah:
Solat Sunat
Menghadirkan diri dalam solat sunat seperti solat tahajud dan solat sunat lainnya adalah suatu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Berdoa dan Memohon Keampunan
Ini adalah waktu yang baik untuk memohon keampunan daripada Allah atas segala dosa yang telah dilakukan.
Zikir
Mengamalkan zikir dan tasbih sebagai cara untuk mengingati Allah.
Membaca Al-Qur’an
Memanfaatkan waktu dengan membaca dan memahami Al-Qur’an.