11/09/2023
POLISI TAK SAMPAI 2 TAHUN, PAMPASAN TUNAI SAKIT KRITIKAL RM500,000 !!
Ingat tak minggu lepas saya ada berita yang sangat2 menggembirakan. Bukan mengandung ye haha. Alhamdulilah tuntutan claim terbesar yang pertama telah berjaya ditunaikan kepada client saya. Sememangnya bila dapat sms “CLAIM APPROVED”, masa tu tengah driving, cepat2 minta staff checkkan dalam system. Dan ternyata memang claim yang dinanti-nantikan dah lulus.
Memang petang tu terus saya berjumpa dengan client saya dan maklumkan kepada beliau bahawa tuntutan pampasan penyakit kritikal beliau telah lulus. Bila saya bertanyakan apa nak dibuat dengan duit banyak tu. Katanya tak fikir apa2 pun lagi. Hehe. Yelah kan, tiba2 sejumlah besar duit masuk ke account bank, inilah orang kata durian runtuh.
Client saya ini merupakan seorang doktor di KKM. Masa kami berjumpa pertama kali, beliau memang tidak tahu apa2 tentang takaful. Saya terangkan kepada beliau tentang fungsi hibah, pengganti gaji, kad perubatan. Beliau bersetuju dan sign up hampir RM3,000 sebulan polisi yang merangkumi semua perlindungan di atas. Mahal? Itu kerana beliau memilih untuk membuat plan yang cover sehingga selepas pencen tetapi hanya membayar selama 5 tahun sahaja.
Masuk tahun ke-6 sudah tidak perlu bayar apa2 dan coverage berjalan seperti biasa. Best kan!
Memang pada mulanya saya agak terkejut mendengar berita bahawa beliau menghidap kanser. Bertambah risau kerana pada masa itu polisi beliau baru setahun jagung. Saya maklumkan pada beliau sekiranya menerima rawatan di swasta, saya jamin GL tak akan lulus kerana perlu melalui siasatan yang mungkin mengambil masa lama. Saya sarankan beliau untuk mendapatkan rawatan di kerajaan dulu sementara siasatan selesai.
Dan disitu bermulalah episode saya berulang alik ke hospital bagi mendapatkan report doktor. Saya juga amat memuji kesabaran dan kerjasama client saya dalam proses investigation ni.
Credit Aimi Iylia