Anak Anak Gayong AlMashoor Lelaki

Anak Anak Gayong AlMashoor Lelaki Laman sosial rasmi bagi mengumpulkan anak Gayong Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) Pulau Pinang gelanggang SMK Agama Al-Mashoor (L)

Page ini bertujuan sebagai medium untuk anak-anak Gayong SMK Agama Al-Mashoor(Lelaki) bertemu di media sosial dan sebagai hebahan aktiviti gelanggang di bawah PSSPGM Pulau Pinang.

Momen anak Gayong Almashoor Lelaki satu ketika dahulu, Cikgu Pak Tam Balik Pulau dan Cikgu Adib.
07/10/2024

Momen anak Gayong Almashoor Lelaki satu ketika dahulu, Cikgu Pak Tam Balik Pulau dan Cikgu Adib.

Kenangan gambar tahun 1997, ketika ini saya dihujung sekali, bersama Pak Tam Penang, Pak Teh Nazir (partner saya ketika penggambaran dokumentari ini), hamba Allah saya dah terlupa namanya dan Adib Hassan Abrar. Kami berehat seketika setelah penat berlatih untuk penggambaran dokumentari silat oleh Cikgu Sulaiman Sharif bagi memperkenalkan GAYONG di USA. Gurulatih yag bertanggungjawab untuk team kami ini pada masa tu ialah Allahyarham Cikgu Abdul Rahman atau Cikgu Man Nibong Tebal.

LATIHAN INTENSIF PEMBANTU JURULATIH DI BALIK PULAU, 15 OKTOBER 2022.Empat orang pesilat SMK Agama Almashoor Lelaki berku...
16/10/2022

LATIHAN INTENSIF PEMBANTU JURULATIH DI BALIK PULAU, 15 OKTOBER 2022.

Empat orang pesilat SMK Agama Almashoor Lelaki berkunjung ke kediaman Cikgu Naim bagi latihan intensif matapelajaran tapak Pusaka Gayong. Terima kasih Ustaz Saffwan selaku Guru penasihat di atas jasa membantu anak Gayong Almashoor bergerak aktif kembali.

MEMBANTU LATIHAN SILAT SMK RAJA TUN UDA4 orang pesilat PSSPGM Almashoor membantu Cikgu Sham dan Cikgu Naim bagi sesi kok...
06/10/2022

MEMBANTU LATIHAN SILAT SMK RAJA TUN UDA

4 orang pesilat PSSPGM Almashoor membantu Cikgu Sham dan Cikgu Naim bagi sesi kokorikulum Silat pada 1 Oktober 2022.

KURSUS PEMBANTU JURULATIH PUSAKA GAYONG SMKA AL-MASHOOR LELAKI 2.0Pada 10 September 2022, dua orang pesilat Almashoor , ...
10/09/2022

KURSUS PEMBANTU JURULATIH PUSAKA GAYONG SMKA AL-MASHOOR LELAKI 2.0

Pada 10 September 2022, dua orang pesilat Almashoor , Saudara Afiq dan Saudara Rahmat menghadiri kursus susulan pembantu jurulatih di Pusat Latihan Barat Daya (PLBD) , Balik Pulau. Mereka didedahkan dengan aspek sususan silibus dan juga pendekatan untuk mengajar pesilat remaja.

Bagi sesi 'praktikal', mereka berdua dibawa menjadi pembantu jurulatih di Gelanggang Silat Seni Gayong Yayasan Al Filfilani Pulau Pinang.

Terima kasih kepada Jurulatih dari PLBD yang juga merupakan alumni Gayong Almashoor, Cikgu Naim dan Cikgu Azlan. Setinggi penghargaan diucapkan kepada Ustaz Saffwan selaku Guru Penasihat Pusaka Gayong Almashoor Lelaki dan juga waris pelajar yang terbabit.



Empat orang pesilat dari Gelanggang SMKA Almashoor Lelaki menghadiri Kem Satria Gayong anjuran PSSPGM Cawangan Seberang ...
13/08/2022

Empat orang pesilat dari Gelanggang SMKA Almashoor Lelaki menghadiri Kem Satria Gayong anjuran PSSPGM Cawangan Seberang Jaya di Kedah.

Terima kasih buat Guru Penasihat Ustaz Safwan.

15/02/2022

🍁
Program : Bacaan Yassin & Doa Untuk Kesembuhan Cikgu Ismail Chik
Platform : Googlemeet
Tarikh : 16 Feb 2022
Waktu : 9.00 malam
Link : meet.google.com/brw-miur-bxd (boleh tekan di description)

Kesemua anak murid Cikgu Ismail Chik dialu-alukan untuk sama-sama mendoakan guru kita. Insyaallah semoga urusan kita dipermudahkan dan diberkati Allah 🤲🏼✨

Anjuran PSSPGM UITM Permatang Pauh dan Alumni Gayong SMKA Almashoor (Lelaki)

Tahniah kepada Saudara Hamzah, Presiden PSSPGM UITM PP. Beliau meneruskan legasi kepimpinan dari PSSPGM Almashoor Lelaki...
07/10/2021

Tahniah kepada Saudara Hamzah, Presiden PSSPGM UITM PP. Beliau meneruskan legasi kepimpinan dari PSSPGM Almashoor Lelaki di bawah guru yang sama, Cikgu Ismail Chik.

Address

Jalan Bharu
Balik Pulau
11000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anak Anak Gayong AlMashoor Lelaki posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share