Ameerah Bachok

Call Contact the business

Ameerah Bachok Ameerah Bachok merupakan satu platform menyampaikan info terkini dan benar kepada beliawanis.

28/09/2026

Ameerah Negeri Kelantan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Tun Dr Mahathir atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada jam 9:20 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Semoga Allah SWT mengampuni, merahmati dan menempatkan allahyarhamah dalam kalangan orang-orang beriman.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan dan kesabaran menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah




05/09/2026

TAHNIAH & SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN

Dewan Muslimat PAS Kawasan Bachok merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Ahli Parlimen Rantau Panjang, atas penerimaan:

🏆 ANUGERAH TOKOH ISTIQAMAH PAS (IKON RAKYAT)
sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72.

Pengiktirafan ini menjadi lambang penghargaan atas istiqamah, khidmat bakti, pengorbanan serta sumbangan berterusan dalam perjuangan PAS dan mendekati denyut nadi masyarakat.

Semoga anugerah ini menjadi penyuntik semangat untuk terus melangkah dengan penuh keikhlasan, sabar dan istiqamah dalam medan khidmat kepada ummah. 🌹

“Istiqamah dalam perjuangan, ikhlas dalam khidmat, teguh bersama rakyat.”

Daripada hati yang tulus,
Dewan Muslimat PAS Kawasan Bachok
💚 Ikhlas daripada kami, buat insan yang terus istiqamah berbakti. 💚

05/09/2026
02/09/2026
🌷 SELAMAT BERMUKTAMAR 🌷Buat seluruh para perwakilan dan pemerhati yang hadir ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusa...
02/09/2026

🌷 SELAMAT BERMUKTAMAR 🌷

Buat seluruh para perwakilan dan pemerhati yang hadir ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-66.

Semoga muktamar ini menjadi medan menyatukan hati, memperkukuh ukhwah serta melahirkan keputusan yang terbaik demi memperkasakan gerak kerja Muslimat dan perjuangan Islam.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kekuatan untuk terus istiqamah berkhidmat buat agama, ummah dan masyarakat.

Ikhlas daripada,
Ameerah Kawasan Bachok 🌿

Bismillahirrahmanirrahim 🌷Selamat datang ke bumi Bachok, Kelantan buat para perwakilan dan pemerhati Muktamar Tahunan De...
01/09/2026

Bismillahirrahmanirrahim 🌷

Selamat datang ke bumi Bachok, Kelantan buat para perwakilan dan pemerhati Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-66.

Semoga kehadiran para tetamu ke Bachok dipermudahkan segala urusan, diberikan keselesaan sepanjang berada di sini serta menjadi kenangan yang indah. 🌿

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ke bumi Bachok! 💚

Ikhlas daripada,
Ameerah Kawasan Bachok

🇲🇾 UCAPAN HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾بسم الله الرحمن الرحيمKemerdekaan adalah nikmat yang wajib disyukuri dan amanah yang m...
30/08/2026

🇲🇾 UCAPAN HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

بسم الله الرحمن الرحيم

Kemerdekaan adalah nikmat yang wajib disyukuri dan amanah yang mesti dipelihara.

Semoga Malaysia terus dikurniakan keamanan, kestabilan dan keberkatan, serta dipimpin dengan nilai keadilan, integriti dan ihsan.

Marilah kita menyemarakkan semangat cintakan tanah air dengan memperkukuh ukhuwah, perpaduan dan kepedulian terhadap sesama insan.

🇲🇾 Merdeka jiwa, teguh iman.
Bersatu hati, berbakti untuk negeri.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69!
Ikhlas daripada Ameerah Kawasan Bachok 💚🇲🇾

30/08/2026

Address

Bachok
Bachok

Telephone

+60179575398

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Bachok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ameerah Bachok:

Shortcuts

Share