23/07/2024
Pada hari Jumaat yang lalu, ada sahabat yang dikasihi buat temu janji “appointment hibah”.
Kata beliau nak hadiahkan wife dan anak beliau kalau dia meninggalkan dunia. Ikhlas sahaja dia bagitau. “Awaknya” yang segan sebab belum mempunyai perasaan seikhklas itu buat yang tercinta.
Saya selalu tidak “expect”orang muda lingkungan 20an nak buat hibah. Kebanyakannya masih dalam proses menstabilkan ekonomi masing-masing. Masa itulah kereta baru dibeli, bayaran rumah baru bermula dan komitmen-komitmen kehidupan sedang melonggok.
Ironinya, inilah punca selalu mereka terlepas pandang kepentingan perlindungan takaful hibah ni sekiranya terjadi kematian atau tpd. Lagi p**a hibah bukan sahaja berfungsi sebagai legasi seorang manusia, tetapi penyelesaian beban yang ditinggalkan untuk si waris, hutang, penggantian harta pencarian dan sebagainya.
…
Client pada asalnya setuju untuk mencarum pelan hibah berganda sebanyak RM350ribu untuk kematian biasa dan RM700ribu untuk kematian akibat kemalangan(sehingga RM2.1juta mengikut situasi), dengan caruman RM100 setiap bulan.
Tetapi selepas saya berikan beberapa situasi pembayaran melibatkan dua faktor penting, kemampuan kewangan dan tempoh masa caruman, client bersetuju untuk memendekkan tempoh caruman untuk tempoh perlindungan serta jumlah perlindungan yang sama. Daripada tempoh bayaran caruman 20 tahun dijadikan 10 tahun.
Al-hasil, client bersetuju membayar caruman RM145 setiap bulan - untuk situasi dirinya. 45% kenaikan kelihatan banyak, tetapi bila ditimbang tara di dalam pengiraan, client dapat menjimatkan kos beberapa ribu ringgit. Ini juga disebabkan penjanaan cash value yang boleh diperoleh semula oleh client.
Disebabkan pelan hibah ini mempunyai investment link, saya mengagihkan peletakan caruman ke tabung investment yang berbagai dan diversified. Muda lagi kan, saya juga tinggikan sedikit risk tolerant client tadi.
Panjang. Macam-macam situasi yang boleh ditimbulkan. Memang perlu sebuah appointment dan rundingan bersemuka supaya aqad jelas dan tiada unsur gharar.
Tidak dilupakan kepada client bahawa dia sedang memasuki sebuah instrumen melibatkan tabarru’, iaitu saling menderma. Client faham dan niatkan sebagai ibadah.
Habis minum kedai makan separa mewah ni kami berjurus ke kashier, Jumaat dah nak masuk. Tengah-tengah nak keluar dompet abang kashier bagitau; “Tak payah abang, ada hamba Allah dah bayarkan.”
MasyaAllah. Alhamdulillah.