09/05/2022
SELEPAS beberapa dekad bekerja keras demi kelangsungan kehidupan, waktu persaraan anda sepatutnya menjadi masa lapang yang diisi dengan rutin bersama keluarga atau melakukan hobi.
Tetapi, bagi kebanyakan rakyat Malaysia, ramai yang masih dibelenggu masalah kewangan selepas bersara. Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua daripada tiga ahli KWSP berumur 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000 simpanan persaraan. Ini meletakkan mereka berisiko hidup di bawah garis kemiskinan.