MASRI Perodua

MASRI Perodua Sales Advisor Perodua
nak beli kereta perodua baru
012 5688660 masri
012 5688660 masri

17/12/2025

๐‹๐€๐”๐๐‚๐‡๐„๐ƒ: ๐๐„๐‘๐Ž๐ƒ๐”๐€ ๐“๐‘๐€๐™

๐Ÿ ๐•๐š๐ซ๐ข๐š๐ง๐ญ๐ฌ:
- ๐‡ ๐‘๐Œ84,956.19/RM84,028.63
- ๐— ๐‘๐Œ78,890.83

๐ƒ๐ข๐ฆ๐ž๐ง๐ฌ๐ข๐จ๐ง & ๐–๐ž๐ข๐ ๐ก๐ญ:
L 4,310 mm | W 1,770 mm | H 1,655 mm | WB 2,620 mm | GC 210 mm | 1,150-1,145 KG

๐๐จ๐จ๐ญ ๐’๐ฉ๐š๐œ๐ž & ๐…๐ฎ๐ž๐ฅ ๐“๐š๐ง๐ค: 471L Trunk | 42L

๐ƒ๐ซ๐ข๐ฏ๐ž๐ญ๐ซ๐š๐ข๐ง & ๐‚๐จ๐ง๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ญ๐ข๐จ๐ง
FWD, 1.5L DVVT-i + D-CVT, 78kW (105HP), 138 Nm, 21.3L/100KM (MDC)

๐„๐ฑ๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐จ๐ซ:
Integrated headlamp and grille, X-Theme front facia, Auto LED Headlamp, LED DRL, LED Foglamp, Welcome Light side mirror, Follow Me Home light, Auto-fold side mirror, Chrome doorbelt moulding, Kick-sensor tailgate

๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐จ๐ซ:
6 Speaker (4 in X), Auto A/C, Leather steering (w controls), Keyless smart entry, 4.2โ€ TFT instrument cluster, 9โ€ infotainment, Android Auto & Apple CarPlay, 3 Drive-mode (Normal, Eco & Sport), Dual rear A/C vent

๐’๐š๐Ÿ๐ž๐ญ๐ฒ & ๐“๐ž๐œ๐ก:
5-Star ASEAN NCAP, ASA - BSM, ECTA, HHA, VSA, ABS, 360-deg Panoramic camera, Tilt & Telescopic steering, ISOFIX, Front & Rear parking sensors, Rear seatbelt reminder, 5.2 M Turning radius

๐‚๐จ๐ฅ๐จ๐ฎ๐ซ๐ฌ:
H & X: Cranberry Red, Ivory White, Glittering Silver, Granite Grey
H 2-Tone (Black Roof): Glittering Silver, Electric Blue

๐–๐€๐‘๐‘๐€๐๐“๐˜:
- 5Y/150,000KM Warranty

More:

๐—จ๐—ก๐—ฉ๐—˜๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก๐—ช๐—œ๐——๐—˜.
Be among the first to experience the ALL-NEW B-SEGMENT SUV.

Your new Perodua is just a click away, book online now at https://www.wasab.my/60125688660/NakTraz






Cc Pandulaju.com

Perodua menutup tirai 2025 dengan pelancaran SUV terbaharu, Perodua Traz, sebuah SUV lima kerusi yang direka khas untuk ...
17/12/2025

Perodua menutup tirai 2025 dengan pelancaran SUV terbaharu, Perodua Traz, sebuah SUV lima kerusi yang direka khas untuk gaya hidup bandar dan keperluan keluarga moden.

- Harga bermula RM76,100 hingga RM82,000 (atas jalan, tidak termasuk insurans)
- Kecekapan bahan api: 21.3 km/l
- 95 peratus kandungan tempatan, dihasilkan di Sungai Choh, Rawang
- Sasaran jualan sekitar 1,900 unit sebulan

Didatangkan dengan falsafah โ€˜Engineered Simplyโ€™, Perodua Traz tampil mesra pengguna dengan ciri praktikal seperti Power Back Door with Kick Sensor dan corong penyaman udara untuk penumpang belakang.

Pilihan warna termasuk Cranberry Red, Electric Blue with Black Roof, Glittering Silver, Ivory White dan Granite Grey.

Penghantaran dijangka bermula tidak lama lagi di Semenanjung Malaysia.

Orang ramai dijemput ke bilik pameran Perodua untuk pandu uji dan tempahan.

๐—จ๐—ก๐—ฉ๐—˜๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ข๐—ข๐—ก ๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก๐—ช๐—œ๐——๐—˜.
Be among the first to experience the ALL-NEW B-SEGMENT SUV.

Your new Perodua is just a click away, book online now at https://www.wasab.my/60125688660/NakPerodua



16/12/2025

๐—จ๐—ก๐—ฉ๐—˜๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ข๐—ข๐—ก ๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก๐—ช๐—œ๐——๐—˜.
Be among the first to experience the ALL-NEW B-SEGMENT SUV.

Your new Perodua is just a click away, book online now at https://www.wasab.my/60125688660/NakPerodua



Kenapa Perodua Pilih Model Sewa Bateri Untuk EV Pertama Mereka?Ramai orang mempertikaikan bila Perodua umumkan QV-E, EV ...
02/12/2025

Kenapa Perodua Pilih Model Sewa Bateri Untuk EV Pertama Mereka?

Ramai orang mempertikaikan bila Perodua umumkan QV-E, EV pertama mereka akan guna konsep sewa bateri. Perodua juga antara syarikat kereta tempatan pertama yang menggunakan model ni.

1. Bateri EV Memang Komponen Paling Mahal (30โ€“40% Harga Kereta)

Dalam EV, bateri bukan barang murah. Kadang-kadang satu set bateri sahaja dah bersamaan sepertiga harga kereta.

Kalau Perodua masukkan terus dalam harga QV-E memang harga akan melambung.

Dengan model sewa Perodua boleh turunkan harga asas kereta kepada sekitar RM80,000 (tanpa bateri) terus menjadikan QV-E antara EV paling mampu milik dalam negara.

Ramai sebelum ni pandang EV sebagai kereta untuk golongan kayangan namun sekarang dah mampu bilik.

2. Risiko Bateri Lemah? Perodua Yang Tanggung

Kebimbangan nombor satu pemilik EV ialah battery degradation.

Lepas 5โ€“8 tahun, kapasiti turun, jarak perjalanan kurang dan kos tukar bateri memang boleh buat sesiapa pun pitam.

Tapi dengan model sewa:
โ–ถ๏ธ Kalau kapasiti jatuh bawah ยฑ70%, Perodua ganti bateri baru
โ–ถ๏ธ Tak perlu simpan duit untuk replacement
โ–ถ๏ธ Prestasi EV sentiasa stabil

Senang cakap risiko jangka panjang bukan lagi pada pembeli. Semua dialihkan kepada Perodua.

3. Proses Kitar Semula dan Pelupusan Bateri Lebih Selamat

Bateri EV tak boleh dibuang macam bateri TV remote. Ada bahan kimia, prosedur ketat dan risiko pencemaran kalau tak diurus betul.

Dengan model sewa:

โ–ถ๏ธ Perodua kekal pemilik bateri
โ–ถ๏ธ Mereka yang uruskan pelupusan dan kitar semula
โ–ถ๏ธ Pengguna tak pening kepala

Ini buat ekosistem EV lebih selamat, terkawal dan mesra alam. Malaysia pun untung sebab ada kawalan berpusat bukan semua orang buang ikut s**a.

4. Pengguna Malaysia Memang Prefer Model Sewa

Menurut survey dalaman Perodua ramai pembeli Malaysia sebenarnya selesa dengan konsep sewa.

Sebabnya mudah:

โ–ถ๏ธ Resiko jangka panjang rendah
โ–ถ๏ธ Tak payah fikir harga susut nilai bateri
โ–ถ๏ธ Bayaran bulanan lebih rendah
โ–ถ๏ธ Pemilik rasa lebih terjamin

Pendek kata Perodua ikut apa pengguna sendiri mahukan EV tanpa beban risiko bateri.

Sebagai rakyat Malaysia saya sangat bangga dengan pencapaian ini. Akhirnya kita dapat tengok sebuah kereta yang cantik, moden dibangunkan oleh anak tempatan sendiri. Jom terus sokong produk tempatan kalau bukan kita sokong siapa lagi kan.

Nikmati rebat sehingga RM6500*untuk Perodua Ativa dan RM8000*untuk Perodua Aruz, Pengembaraan anda yang seterusnya bermu...
08/11/2025

Nikmati rebat sehingga RM6500*untuk Perodua Ativa dan RM8000*untuk Perodua Aruz,

Pengembaraan anda yang seterusnya bermula dengan tawaran Istimewa. Kunjungi bilik pameran Perodua terdekat anda hari ini!
*Tertakluk pada terma dan syarat

Nak booking kereta Perodua? Tak ada masa nak ke Showroom!

Siapa Yang layak memohon?

โœ…Kakitangan Awam
โœ…Kakitangan Swasta
โœ…Peniaga
โœ…Pesara
โœ…Pelajar

https://www.wasap.my/60125688660/NakPerodua

Your new Perodua is just a click away, book online now at https://www.wasap.my/60125688660/NakPerodua



*Terms and conditions apply

07/11/2025

End the year with a win! ๐Ÿš—โœจ
Enjoy up to RM7000.00* rebate on the Perodua Ativa and RM8000.00* on the Perodua Aruz,

Your next adventure starts with a smart deal. Visit your nearest Perodua showroom today!

Your new Perodua is just a click away, book online now at https://www.wasap.my/60125688660/NakPerodua



*Terms and conditions apply

Berikut ringkasan ulasan dari seluruh Malaysia tentang Perodua Bezza vs Proton Saga โ€” kelebihan & kekurangan utama, sert...
12/10/2025

Berikut ringkasan ulasan dari seluruh Malaysia tentang Perodua Bezza vs Proton Saga โ€” kelebihan & kekurangan utama, serta gambaran mana sesuai untuk siapa:

โœ… Kelebihan Bezza di Malaysia

1. Penjimatan bahan api (fuel efficiency)

Pengguna melaporkan Bezza 1.0L & 1.3L dengan fungsi seperti Eco Idle mampu memberi sekitar ~20-22 km/L dalam keadaan bandar & campuran.

Dalam bacaan metrik liter per 100km, ada laporan ~6.4-6.7 L/100km untuk Bezza dalam laluan campuran.

2. Kos penyelenggaraan & alat ganti lebih rendah

Bezza dianggap lebih mudah dijaga, dengan kos servis yang rendah dan alat ganti yang senang didapati dan tak mahal.

Servis berkala di Perodua juga lebih mesra pengguna dari segi promosi & tawaran diskaun.

3. Ruang but & praktikaliti

But Bezza lebih besar (~508 liter) berbanding Saga (~420 L), jadi lebih sesuai jika anda kerap bawa barang atau bagasi besar.

Ciri-kecil tambahan pada varian Bezza seperti push start, keyless entry, sistem keselamatan aktif (beberapa varian) menjadi tarikan.

4. Nilai jual semula dan permintaan tinggi

Bezza secara statistik dijual banyak dan pop**ar โ€” ini bantu nilai jual balik lebih baik.
---

โš ๏ธ Kekurangan Bezza menurut pengguna

1. Prestasi & pemanduan pada kelajuan tinggi

Bezza kurang mantap bila pemanduan di lebuh raya atau kelajuan tinggi โ€” terasa ringan dan kurang stabil dibanding Saga dalam situasi ini.

Bunyi angin / hingar dalam kabin agak terasa terutama di jalan yang tidak begitu baik.

2. Keselesaan penumpang belakang & kabin

Ruang kaki belakang kadang-kala dikatakan agak sempit jika dibandingkan dengan Saga.

Suspensi terasa agak lembut, dan handling kurang 'sporty'.

---

๐ŸŸข Kelebihan Saga menurut pengguna

1. Rasa pemanduan & kestabilan

Saga sering dipuji kerana lebih mantap memandu di lebuh raya, handling lebih baik dan stabil.

Kebisingan kabin lebih rendah dalam sesetengah model Saga โ€” lebih senyap dibanding Bezza menurut beberapa ulasan.

2. Kos belian awal lebih rendah & varian asas mencukupi

Varian asas Saga sedikit lebih murah, jadi lebih sesuai bagi bajet sangat terhad.

Bagi mereka yang fokus kepada harga belian & tak perlu banyak ciri tambahan, Saga sudah mencukupi.

3. Nilai untuk pemanduan jauh

Bagi yang sering memandu jauh / lebuh raya, banyak pengguna memilih Saga kerana kestabilannya dan rasa โ€œmelekatโ€ di jalan.

---

โš ๏ธ Kekurangan Saga

1. Penggunaan bahan api lebih tinggi

Pengguna melaporkan Saga makan lebih banyak bahan api (~7+ L/100km) dalam penggunaan bandar & campuran.

2. Ciri keselamatan / teknologi tambahan kurang pada varian asas

Beberapa ciri seperti keselamatan aktif (sistem pra-perlanggaran / ASA, auto start-stop) tidak standard semua varian Saga.

3. Nilai jual semula & kos jangka panjang boleh terjejas

Meskipun harga awal murah, beberapa isu penggunaan (seperti servis besar, parts tertentu) dan penyusutan harga boleh menjadikan kos keseluruhan lebih tinggi dalam jangka panjang.

https://digital-id.tanyaje.com.my/sale-advisor/EVERTHREE-(M)-SDN.-BHD./masri-bin-mohamad-sharif

Perodua Aruz ni memang ramai pandang sebelah mata. Kononnya โ€œRush versi bajet.โ€ Tapi kalau kita letak ego tepi, tengok a...
10/10/2025

Perodua Aruz ni memang ramai pandang sebelah mata. Kononnya โ€œRush versi bajet.โ€ Tapi kalau kita letak ego tepi, tengok atas kertas โ€” dua-dua ni sebenarnya sama je. Enjin 1.5L 2NR-VE, gearbox 4AT, sasis sama, bahkan banyak komponen pun boleh tukar terus antara dua. Cuma beza dia, satu pakai logo Toyota dan satu lagi pakai logo Perodua. Tapi harga? Jauh beza.

Aruz dijual dalam lingkungan RM70-77 ribu, siap datang dengan sistem ASA, 7 tempat duduk, tinggi macam SUV sebenar, dan jimat minyak kalau bawa elok-elok. Rush dulu dijual hampir RM100 ribu dengan enjin sama, ciri sama, tapi sebab ada lambang Toyota terus ramai rasa dia โ€œlebih premiumโ€. Padahal bila duduk dalam, kau akan rasa benda yang sama, pandu pun rasa sama. Bezanya cuma siapa yang lebih bijak berbelanja.

Sekarang ni Toyota pun dah tak jual Rush baru. Jadi siapa yang beli Rush dulu sebab โ€œnak jenamaโ€, sekarang terpaksa terima hakikat โ€” model tu dah tinggal sejarah. Aruz p**a masih hidup, masih boleh servis kat mana-mana pusat Perodua, dan nilai jual balik dia pun elok sebab masih relevan.

Jadi siapa sebenarnya yang untung? Orang yang bayar lebih sebab nak logo, atau orang yang dapat benda sama dengan harga lebih rendah? Kadang-kadang yang โ€œmurahโ€ tu bukan sebab tak bagus tapi sebab dia tak perlu overcharge kau untuk nampak gah.

https://digital-id.tanyaje.com.my/sale-advisor/EVERTHREE-(M)-SDN.-BHD./masri-bin-mohamad-sharif

Dewan Rakyat baru sahaja meluluskan Pindaan Akta Sewa Beli (Hire Purchase Amendment Bill) 2025, dan bagi saya, ini adala...
09/10/2025

Dewan Rakyat baru sahaja meluluskan Pindaan Akta Sewa Beli (Hire Purchase Amendment Bill) 2025, dan bagi saya, ini adalah langkah bersejarah dalam memperbetulkan sistem pinjaman yang selama ini berat sebelah terhadap pengguna.

Ramai tak sedar bahawa sistem inilah yang menyebabkan ramai peminjam โ€œtersepitโ€ bila nak buat penyelesaian awal. Hari ini, sistem tu akhirnya akan digantikan dengan sesuatu yang lebih adil, jujur dan telus.

โธป

Apa Masalah Dengan Sistem Lama

Bayangkan korang buat pinjaman kereta RM55,600 selama 9 tahun dengan kadar faedah 2.8%. Nampak rendah dan menarik. Tapi di sebalik angka tu, bank dah siap-siap kira jumlah faedah untuk keseluruhan tempoh pinjaman, bukan berdasarkan baki semasa. Inilah maksud flat rate, di mana korang bayar faedah seolah-olah hutang tak pernah berkurang.

Selain tu, ada p**a Rule 78, yang menyusun bayaran faedah supaya sebahagian besar dibayar pada awal tempoh pinjaman. Jadi bila korang nak selesaikan hutang lebih awal, korang akan terkejut tengok baki pinjaman masih tinggi walaupun dah bayar bertahun-tahun.

โธป

Apa Yang Akan Berubah

Mulai tahun 2027, kedua-dua sistem lama ni, iaitu flat rate dan Rule 78, akan dimansuhkan sepenuhnya.

Sebagai ganti, semua pinjaman sewa beli akan guna kaedah Baki Berkurangan (Reducing Balance Method). Dalam kaedah ni, faedah dikira berdasarkan baki hutang semasa dan bukannya jumlah asal pinjaman.

Dengan kaedah baru ni, setiap bayaran tambahan akan terus mengurangkan baki pokok pinjaman. Faedah dikira secara lebih adil ikut baki sebenar, dan korang akan jimat lebih banyak kalau bayar awal.

โธป

Contoh Mudah

Katakan korang beli sebuah kereta Myvi 1.5 AV dengan jumlah pinjaman RM55,600, tempoh 9 tahun, dan kadar faedah tetap 2.8% setahun. Ramai tak tahu bahawa kadar 2.8% tu hanyalah kadar rata.

Bila dikira semula menggunakan kadar faedah sebenar (Effective Rate), kadar sebenarnya ialah 5.31% setahun. Inilah kadar sebenar yang menggambarkan kos pinjaman korang.

Sekarang bayangkan korang buat penyelesaian awal pada akhir tahun ketiga. Dalam sistem lama (Rule 78), baki hutang ialah RM40,251. Dalam sistem baru (Baki Berkurangan), baki hutang ialah RM39,923. Korang jimat RM328.

Kalau korang selesaikan pinjaman pada akhir tahun kelima, baki hutang dalam sistem lama ialah RM28,249, manakala dalam sistem baru hanya RM27,998. Korang jimat RM251.

Semakin awal korang selesaikan pinjaman, semakin besar penjimatan yang korang akan dapat di bawah sistem baru ni.

โธป

Apa Maknanya Untuk Kita

Pertama, sistem ni lebih telus, sebab korang boleh tahu dengan jelas berapa banyak bayaran yang pergi untuk faedah dan berapa banyak yang kurangkan baki pokok.

Kedua, sistem ni lebih adil, sebab faedah dikira atas baki semasa dan bukannya baki asal.

Ketiga, korang akan lebih jimat bila bayar awal, sebab setiap ringgit tambahan yang korang bayar terus mengurangkan jumlah faedah keseluruhan.

Pihak industri kewangan diberi masa 18 bulan untuk sesuaikan sistem mereka dengan perubahan ni. Walaupun ada cadangan supaya tempoh ni dipendekkan, langkah ni tetap satu kemajuan besar untuk masa depan yang lebih adil kepada pengguna.

โธป

Soalan yang orang selalu tanya bila, sharing bab ni:

1. Apa sebenarnya Rule 78?
Ia cara lama pengagihan faedah di mana bayaran awal korang lebih banyak digunakan untuk bayar faedah. Nombor 78 datang daripada jumlah 1+2+3+โ€ฆ+12 = 78 (untuk 12 bulan). Semakin awal tempoh pinjaman, semakin banyak faedah yang korang dah bayar.

2. Adakah perubahan ni hanya melibatkan sewa beli kereta?
Ya, pada awalnya fokus kepada pembiayaan kenderaan. Tapi berita baiknya, Bank Negara Malaysia juga dah umumkan bahawa penggunaan flat rate dan Rule 78 untuk pinjaman peribadi pun akan dimansuhkan. Ini perkembangan yang sangat positif untuk pengguna.

3. Macam mana dengan pinjaman rumah dan LPPSA?
Pinjaman perumahan kat Malaysia tak guna kaedah flat rate. Ia dah lama guna sistem Baki Berkurangan, jadi perubahan ni tak jejaskan pinjaman rumah.

4. Bukankah bank tetap akan untung juga?
Ya, bank tetap entiti perniagaan yang cari keuntungan. Tapi fokus utama pindaan ni ialah ketelusan. Sekurang-kurangnya sekarang, korang tahu kadar sebenar yang korang bayar. Dulu kadar 2.8% nampak rendah, tapi kadar efektif sebenar boleh mencecah 5.31%.

5. Bila perubahan ni akan berkuat kuasa?
Perubahan ni dijangka bermula sekitar tahun 2027. Ia tak berlaku serta-merta sebab pihak industri perlukan masa untuk ubah sistem dan proses dalaman mereka.

6. Macam mana dengan pinjaman lama yang tengah berjalan?
Pinjaman yang dah ditandatangani sebelum undang-undang baru berkuat kuasa tak akan terjejas. Perubahan ni hanya terpakai kepada pinjaman baru selepas akta baru dilaksanakan.

โธป

Kesimp**an

Sistem kewangan Malaysia akhirnya melangkah ke arah yang lebih adil, telus dan berpihak kepada pengguna.
Bagi saya, ini bukan sekadar pindaan undang-undang tapi satu perubahan besar dalam cara kita faham tentang pinjaman dan faedah.

Pernah tak korang rasa terperangkap bila nak buat penyelesaian awal sebab baki pinjaman masih tinggi walaupun dah bayar lama? Kongsikan pengalaman korang di ruang komen.

Address

No.8 & 9, Kompleks Alor Malai, Jalan Langgar, (Batu 2), 05460 Alor Star, Kedah D
Alor Setar
05460

Telephone

012 5688660

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MASRI Perodua posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MASRI Perodua:

Share