Koperasi Pegawai-Pegawai KEDA Bhd.

Koperasi Pegawai-Pegawai KEDA Bhd. Koperasi Pegawai-Pegawai KEDA Berhad, Bangunan Koop KEDA, Taman Koperasi Jalan Tun Abdul Razak, Alor Setar. Tel/Faks : 047358530. Dibuka Ahad hingga Khamis.

Selamat menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan ke 31 diucapkan kepada semua Anggota Koperasi Pegawai-Pegawai KEDA Berhad (Ko...
15/05/2026

Selamat menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan ke 31 diucapkan kepada semua Anggota Koperasi Pegawai-Pegawai KEDA Berhad (Koop KEDA) yang akan berlangsung pada 16 Mei 2026 (Sabtu) jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Ukir Mall, Alor Setar. Semoga dengan kehadiran tuan-puan dapat sama-sama menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Koop KEDA.

Koperasi Pegawai-Pegawai KEDA Berhad (Koop KEDA) telah mengadakan Majlis Penghargaan Kepada Rakan Strategik yang sama-sa...
20/12/2025

Koperasi Pegawai-Pegawai KEDA Berhad (Koop KEDA) telah mengadakan Majlis Penghargaan Kepada Rakan Strategik yang sama-sama terlibat di dalam perjalanan, perniagaan dan kawal selia Koop KEDA sepanjang tahun 2025. Majlis telah diadakan di Hotel The Jerai, Alor Setar pada 18 Disember 2025. Majlis telah dihadiri oleh Pengerusi Koop KEDA, En Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Setiausaha Koop KEDA, En Muhammad Nasir bin Abdullah, Bendahari Koop KEDA, Nor Azimah binti Azlan, Anggota-Anggota Lembaga Koperasi Koop KEDA dan Pengurusan Koop KEDA. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan strategik Koop KEDA seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kedah, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) Negeri Kedah, panel insuran Koop KEDA, firma audit luar Koop KEDA, firma peguam Koop KEDA dan juga pasukan audit dalam Koop KEDA.

Tahniah diucapkan kepada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Pengurusan dan semua Anggota ...
17/11/2025

Tahniah diucapkan kepada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Pengurusan dan semua Anggota Koperasi Pegawai-Pegawai KEDA Berhad (Koop KEDA) diatas pencapaian tempat ke-50 koperasi terbaik peringkat kebangsaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Selesai sudah Mesyuarat Agong Koop KEDA Kali Ke-30 yang telah berlangsung pagi ini 14 Jun 2025 bertempat di Dewan Utama ...
14/06/2025

Selesai sudah Mesyuarat Agong Koop KEDA Kali Ke-30 yang telah berlangsung pagi ini 14 Jun 2025 bertempat di Dewan Utama Ukir Mall, Alor Setar. Terima kasih diucapkan kepada semua anggota Koop KEDA yang telah hadir menjayakan mesyuarat.

Selamat bermesyuarat diucapkan kepada semua anggota Koperasi Pegawai-Pegawai KEDA Bhd (Koop KEDA) Kali Ke-30 yang berlan...
14/06/2025

Selamat bermesyuarat diucapkan kepada semua anggota Koperasi Pegawai-Pegawai KEDA Bhd (Koop KEDA) Kali Ke-30 yang berlangsung pada pagi ini 14 Jun 2025 di Dewan Utama Ukir Mall, Alor Setar. Semoga mesyuarat berlangsung dalam suasana tenang dan dapat menghasilkan keputusan yang baik

Berita baik untuk semua anggota Koop KEDA yang mempunyai anak ke tingkatan satu tahun 2025, anda dipelawa untuk memohon ...
26/01/2025

Berita baik untuk semua anggota Koop KEDA yang mempunyai anak ke tingkatan satu tahun 2025, anda dipelawa untuk memohon sumbangan tabung pendidikan Koop KEDA. Sebarang pertanyaan sila hubungi Koop KEDA.

Koperasi Pegawai-Pegawai KEDA Berhad (Koop KEDA) telah mengadakan Majlis Penghargaan Kepada Rakan Strategik yang sama-sa...
30/12/2024

Koperasi Pegawai-Pegawai KEDA Berhad (Koop KEDA) telah mengadakan Majlis Penghargaan Kepada Rakan Strategik yang sama-sama terlibat di dalam perjalanan, perniagaan dan kawal selia Koop KEDA sepanjang tahun 2024. Majlis telah diadakan di Hotel Grand Alora Alor Setar pada 30 Disember 2024. Majlis telah dihadiri oleh Pengurus Besar KEDA, Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Pengerusi Koop KEDA, En Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Setiausaha Koop KEDA, En Muhammad Nasir bin Abdullah, Bendahari Koop KEDA, Nor Azimah binti Azlan, Anggota-Anggota Lembaga Koperasi Koop KEDA dan Pengurusan Koop KEDA. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan strategik Koop KEDA seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kedah, Bank Rakyat Negeri Kedah, KEDA Holdings Sdn Bhd, panel insuran Koop KEDA, firma audit luar Koop KEDA, firma peguam Koop KEDA dan juga pasukan audit dalam Koop KEDA.

Berita baik buat semua anggota Koop KEDA!Pembiayaan Cuti-Cuti Malaysia 2024 telah dibuka permohonan kepada semua anggota...
17/11/2024

Berita baik buat semua anggota Koop KEDA!

Pembiayaan Cuti-Cuti Malaysia 2024 telah dibuka permohonan kepada semua anggota Koop KEDA. Pembiayaan sehingga RM500 dan bayaran semula selama 6 bulan. Tempoh permohonan bermula 17 November 2024 sehingga 12 Disember 2024. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Koop KEDA.

Lawatan penanda aras Koperasi PERDA Pulau Pinang Berhad (KoPERDA) ke Koperasi Pegawai KEDA Berhad (Koop KEDA) telah diad...
12/08/2024

Lawatan penanda aras Koperasi PERDA Pulau Pinang Berhad (KoPERDA) ke Koperasi Pegawai KEDA Berhad (Koop KEDA) telah diadakan pada 11 Ogos 2024 (Ahad). Pertemuan ini telah dihadiri oleh Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan seluruh Anggota Lembaga Koperasi kedua-dua belah pihak.

Sedang berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Koop KEDA Kali Ke-29 di Dewan Utama, Bangunan Tunku, Alor Setar. Syabas dan t...
22/06/2024

Sedang berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Koop KEDA Kali Ke-29 di Dewan Utama, Bangunan Tunku, Alor Setar. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua anggota Koop KEDA yang menghadirkan diri ke mesyuarat pada pagi ini.

Selamat menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koop KEDA kali ke-29 diucapkan kepada semua anggota Koop KEDA. Semoga mesyuar...
21/06/2024

Selamat menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koop KEDA kali ke-29 diucapkan kepada semua anggota Koop KEDA. Semoga mesyuarat berjalan lancar.

Address

Tingkat 5, Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim
Alor Setar
05720

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

047358530

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Pegawai-Pegawai KEDA Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share