LAYANburger

LAYANburger SNA LAYAN ENTERPRISE
NO. PENDAFTARAN 202203108661 (003394487-K) BURGER SEGAR UTARA

18/05/2025

BERMULA KAKI LIMA JALANAN BERAKHIR DENGAN RESTORAN INDAH.

Inilah kata-kata semangat yang aku pegang selama lebih 11 tahun ceburi bidang F&B. Bukan semudah yang kita sangkakan dalam dunia perniagaan.. Hidup ini keras bro!!! sepak terajang dalam perniagaan aku dah lalui... Semangat kawan-2 keluarga dan team yang membuatkan LayanBurger boleh kekal hingga sekarang..

Kepada yang belum lagi mai lagi kira hgpa rugi lah. Kami ada Char Kotew Udang Galah.. Best punya mai tak payah p penang dah.. & yang berada berdekatan boleh klik link dibawah utk dapatkan info.. tq..

Jom kita Layan Burger..



Renungan buat Ibu Bapa..🥰Saya ada 3 orang anak.Semua berjaya kecuali sorang.Ada doktor dan enginer Tapi anak yang Bongsu...
28/05/2024

Renungan buat Ibu Bapa..🥰

Saya ada 3 orang anak.Semua berjaya kecuali sorang.Ada doktor dan enginer Tapi anak yang Bongsu tak menyerlah langsung.Dapat cukup makan ja SPM...

Sangat mengecewakan saya.Tuisyen beratus ringgit sebulan.Tapi hasil tak da. Tak macam abang, kakak dan adik dia. Dapat straight A.

Dapatlah kerja kilang...Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia.

'Tengok macam adik beradik yang lain, semua keja elok-elok.Kau sorang kerja kilang.Buat malu keluarga ja.'

Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.

Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun skit juga.

Tak mampu nak uruskan saya.Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la sikit. Dak juga.. Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing.Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik.

Satu hari anak ke-3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa? Dia jawab berhenti kerja nak jaga abah.

Kelu lidah saya. Menitis air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu.Tapi dialah yang menjaga saya hingga hari ini.

Saya mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dahulu. Rupanya Allah jadikan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.
Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya.

Mungkin kita tidak nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu.
Bersangka baiklah dengan Allah..

Bagi ibubapa yang dapat result anak tidak cemerlang.Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhir kehidupan. Tapi gagal dalam agama Allah s.w.t. itulah sebenar-benarnya bala yang paling besar bagi manusia.

Kredit Kepada Penulis

Kemasukan segera.. Berminat bleh wasap no di bawah..
16/01/2024

Kemasukan segera.. Berminat bleh wasap no di bawah..

Hampa singgah mai no.. Ada menu baru ni..
11/11/2023

Hampa singgah mai no.. Ada menu baru ni..

Ada staff starbuck dah kena ugut nak kena potong gaji nak kena terminate bagai.Startbuck tu setahun berjuta untung oi, b...
03/11/2023

Ada staff starbuck dah kena ugut nak kena potong gaji nak kena terminate bagai.

Startbuck tu setahun berjuta untung oi, baru sebulan sales drop dah nak terminate bagai.

Kita ni yang peniaga kecik2 punyer la berjuang bergolok gadai bayar gaji staff masa sales drop berbulan2.

Sbb tu aku cakap


Support local = staff malaysia dapat gaji = Menaikkan ekonomi negara

Tima kasih sudi berbuka di kedai kami..
12/04/2023

Tima kasih sudi berbuka di kedai kami..

20/03/2023

Ramadhan tiba lg.. Tahun ini kami berniaga roti john 2 tempat.. Dia kedai layan burger dan di tapak bazar ramadhan pekan langgar.. Utk supporter2 dan penggemar roti john bleh la mai beli di ctu..

Kemasukan segera..
23/01/2023

Kemasukan segera..

Jawatan kosong di Layan burger char koteaw.Lelaki shja. Berminat wasap 0164761560 shamri..
05/01/2023

Jawatan kosong di Layan burger char koteaw.
Lelaki shja. Berminat wasap 0164761560 shamri..

31/12/2022

Jawatan kosong di layan burger berminat bleh hubungi 0164761560 shamri..

“KEPADA SEMUA BOSS DAN BAKAL BOSS”Teruskan usaha anda dalam berbisnes, bantu orang dengan ikhlas. Kesat air mata mu dan ...
01/12/2022

“KEPADA SEMUA BOSS DAN BAKAL BOSS”

Teruskan usaha anda dalam berbisnes, bantu orang dengan ikhlas. Kesat air mata mu dan teruskan perjuanganmu. Biar seribu orang tak faham dengan anda. Asalkan anda percaya pada diri anda sendiri dan anda BOLEH.

Ramai orang sebenarnya tak tahu.

Orang berniaga ni susah.
Siang dan malam nya fikir pasal bisnes.
Tidur dan bangunnya, mimpi pasal bisnes.

Ramai orang nampak, orang bisnes ni senang.
Jadi boss minum sini sana.
Tapi sebenarnya dalam hati siapa yang tahu.

Kalau salah sendiri, sendiri kena tanggung.
Jadi boss, salah orang lain pun kita kena tanggung.

Jadi boss kena faham hati pekerja.
Jadi boss kena jaga hati pelanggan.

Tapi siapa yang nak jaga hati boss.

Dah ada bisnes, boss cari staff.
Dah ada staff, boss kena jaga staff.
Bila tak ada job, boss pening kepala.
Bila banyak job sekali sekala, staff minta gaji lebih p**a.

Boss fikir, mana nak bayar bank.
Boss fikir, mana nak bayar sewa.
Boss fikir, mana nak bayar staff.

Kerja boss, adalah cari kerja.
Kerja staff, kerja kan apa kerja yang boss dah cari.
Kerja boss nampak senang.
Kerja jadi staff, berpeluh satu badan.

Kesian boss² ni. Banyak makan hati dari makan nasi.

Kesian boss ni, kalau sale tak ada, staff kata produk kita orang tak nak beli.

Kesian boss ni, salah staff kekadang pelanggan marah boss juga yang kena.

Kesian boss ni, hutang keliling pinggang semata² nak carikan rezeki orang.

Kesian boss ni, siapa lah nak kesian kat boss ni.

Masa hari kerja, boss kena kerja.
Masa pekerja boleh cuti, boss pun kena kerja.

Orang kata, takpa 'Itu kan dia punya".
Boss kena jadi superman, boss tak boleh salah.
Orang lain salah tak mengapa, boss kena maafkan.

Kekawan yang bisnes. Saya faham perasaan anda. Anda berhati pejuang. Biarlah orang mengata anda bila anda jatuh. Mereka akan merangkak dapatkan anda bila nanti anda berjaya.

Layankanlah hati sendiri. Ubatlah hati dengan solat, pujukkan hati sendiri. Anda sebenarnya manusia luar biasa.

Teruskan usaha anda berbisnes, bantu orang, ikhlas. Kesat air mata mu dan teruskan perjuangan. Biar seribu orang tak faham dengan anda. Asalkan anda percaya pada diri anda sendiri dan anda BOLEH.

Saya percayakan anda. Biar 10000 orang kata anda tak boleh, saya YAKIN anda manusia luar biasa

Salam dan selamat pagi

Esok dah masuk bulan baru b*k boss2 nak keluar duit bayar itu ini,
Saya doakan semoga dipermudahkan urusan semua dan di murahkan rezeki

LAYANBURGER

KUAT BILA PILIH UNTUK BERBISNES1-Buat sajalah dengan berani. Tidak ada teknik betul atau salah. Cuma ada untung dan rugi...
22/11/2022

KUAT BILA PILIH UNTUK BERBISNES

1-Buat sajalah dengan berani. Tidak ada teknik betul atau salah. Cuma ada untung dan rugi. Buat dulu baru tahu.

2. Kawal nafsu berguru. Belajar dan terus buat satu persatu. Bukan belajar dan terus belajar sampai nipis poket kita.

3. Mulakan dengan langkah kanan. Mulakan langkah dengan berani. Kalau berani tak usahlah takut-takut lagi. Jika takut jangan berani-berani.

4. Gagal adalah guru paling jujur dalam hidup kita. Lebih baik gagal berkali-kali berbanding terus termakan puji. Gagal itu bukan mati. Gagal itu penghidup berkali-kali.

5. Bila sudah mula bisnes, usah toleh ke belakang lagi. Lihat apa yang ada di depan dengan pandangan luas. Lihat ke belakang hanya menyempitkan usaha dan menyakitkan kepala.

6. Mulut orang tak boleh tutup. Tak usah sakit otak fikir pasal apa orang cakap. Mereka nak meroyan,menyindir-menyindir,biarkan.Kita bukan berniaga untuk mereka. Kita berniaga untuk semua orang yang menyokong kita.

7. Menyimpan bila buat untung dan berjimat bila bisnes sedang berkembang. Ramai orang lingkup dalam masa dua tahun kerana tidak ada tunai di tangan, bukan kerana tidak pandai berjualan.

8. Bina hubungan dengan semua orang. Usah jadi orang bisnes yang sukar di dekati. Orang yang berasa 'senang' dengan kita akan senang berurusan dengan kita. Satu senyuman, satu saham kita naik.

9. Tak usah berlawan-lawan dengan sesiapa. Kita tidak ada pesaing pun. Itu semua persepsi kita sahaja. Orang itu pun tak kenal siapa kita. Lebih baik fokus kepada usaha kita.

10. Mesti agresif setiap hari. Hasil kita bergantung kepada usaha kita. Rehat bila penat, bukan rehat bila berasa selesa. Biar demam, biar kurus cuping telinga. Momentum mesti selalu deras.

11. Bisnes itu ada beberapa tahap. Tahap pertama ialah tahap awal yang banyak ajar kita erti susah payah dunia bisnes. Tahap pertama ajar kita kenal orang. Tahap pertama ajar kita bertahan. Itulah tempoh 2 tahun pertama.

12. Tahap kedua ialah fasa bertahan. Waktu ini juga banyak dugaan. Fasa bertahan ini akan saksikan banyak perubahan. Waktu ini juga banyak kisah kawan makan kawan. Teruskan bertahan.

13. Tahap seterusnya ialah fasa bisnes terus berkembang. Waktu ini hati kita sudah kuat, jiwa kita sudah kental. Tolak tak tumbang, ditekan tak pernah goyang. Akar sudah kuat, pasak sudah ampuh. Orang nak kata apa,silakan.

Terimalah hakikat bahawa berniaga itu adalah pilihan yang datang bersama pakej penat lelah,tekanan dan ujian yang datang berulang-ulang.

Tenang sahaja hadapi semuanya,in sha Allah kita akan menang.

Address

NO. 44 Jalan ALYSIA 1, TAMAN ALYSIA
Alor Setar
06500

Telephone

+60164761560

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LAYANburger posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share