31/01/2024
January ✨
Alhamdulillah ada yang datang mencari melalui kol, ada yang datang WhatsApp, ada yang datang dekat messenger. Tahniah anda dah berjaya melindungi diri anda & mengurangkan risiko insha'Allah dengan izin Allah
Asingkan 10% daripada pendapatan kita untuk takaful. Kenapa ?
Sekarang direzekikan dengan nikmat kesihatan, kudrat yang kuat, dapat kerja cari rezeki yang halal untuk bagi dekat mak ayah, untuk bagi dekat isteri, untuk bagi dekat anak2 ada rezeki lebih boleh buat simpanan hari tua, boleh bawa keluarga melancong alhamdulillah dengan izin Allah
Tapi Allah nak tarik nikmat semua tu sekelip mata sahaja, tak lambat tak cepat walaupun sesaat. Sekarang kita mungkin diuji dengan demam, sakit yang tak teruk, tak dapat pergi kerja mungkin 1/2 hari paling lama seminggu, gaji pon masih berjalan macam biasa. Nak dapatkan rawatan pon boleh pergi hospital kerajaan paling mahal kena bayar RM5 sebab nak jumpa pakar.
Tapi andai Allah nak tarik lagi nikmat kita dengan ujian accident patah kaki, patah tangan nauzubillahiminzalik ya Allah minta dijauhkan dengan ujian macam ni, tapi kalau Allah nak bagi kita rasa nikmat ujian macam ni kita tak boleh nak lari. Rawatan dekat hospital kerajaan nak masukkan besi bukan murah sekarang kos beribu jugak nak beli besi tu, tapi nak buat macam mana kena la bayar sebab nak sembuh cepat kan. Tak dapat masuk kerja 3-6 bulan mungkin company boleh timbang rasa bagi gaji separuh bulan, dengan gaji tu lah kita nak hidup sepanjang kita sakit, dengan gaji tu lah kita bayar komitmen yang ada
Jadi dekat sini lah fungsi takaful, insha'Allah dapat kurangkan beban kita & bantu kita dengan izin Allah
Janganlah kalau dah ada takaful terus yakin tak ada ujian yang akan jadi, kita boleh hidup senang sampai bila2 itu dah silap. Takaful ni fungsi untuk mengurangkan beban kita sahaja, bukan untuk mengelakkan kita daripada dapat ujian
Medical card = Bantu untuk bayar kos rawatan, tak perlu usik duit gaji, tak perlu usik duit simpanan, boleh dapatkan rawatan dekat hospital swasta tanpa risau jumlah bill berapa
Hibah = Sebagai peganti gaji seandainya kita hilang upaya kekal, tak boleh bekerja hilang income, jadi dengan duit pampasan yg dapat, boleh kurangkan beban orang yg menjaga kita, duit pampasan boleh guna untuk dapatkan rawatan
Nota kaki : tak dapat buat semua jangan tinggal semua
AIA Public Takaful by SitiFairuz