Renew Roadtax Insurans Melaka

Renew Roadtax Insurans Melaka Menyediakan perkhidmatan memperbaharui Roadtax & Insurans kenderaan. Selain dari itu, insurans kemalangan (PA), insurans rumah kebakaran & kecurian dll

Menyediakan perkhidmatan perbaharui insurans kenderaan & cukai jalan.

HAPPY NEW YEAR EVERYONE! ๐Ÿ˜„
31/12/2023

HAPPY NEW YEAR EVERYONE! ๐Ÿ˜„

Daulat Tuanku. Selamat menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ๐Ÿ’›
05/06/2023

Daulat Tuanku. Selamat menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ๐Ÿ’›

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,BERITA BAIKโ€ผ๏ธSekarang ini, bermula 18 Januari 2023, setiap pelanggan yang memperbaha...
18/01/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

BERITA BAIKโ€ผ๏ธ

Sekarang ini, bermula 18 Januari 2023, setiap pelanggan yang memperbaharui polisi takaful *Motorsikal Komprehensif* akan menikmati perkhidmatan *_TOWING PERCUMA_* daripada ETIQA.

1) Sehingga _*50KM*_ (_dari tempat anda sehingga ke bengkel motorsikal pilihan anda_).

2) Khas untuk Motorsikal _*250 cc*_ ke bawah

3) Hanya untuk Polisi Takaful *_baru atau pembaharuan bermula 18 Januari 2023_*

Untuk Perkhidmatan Towing berkenaan, pelanggan hanya perlu hubungi talian *AUTO ASSIST 1-800-88-6491* atau terus muat turun aplikasi *SMILE APPS* di platform Play Store atau Apple Store.

Good morning Malaysians. Letโ€™s do our part & vote wisely! ๐Ÿ’›
19/11/2022

Good morning Malaysians. Letโ€™s do our part & vote wisely! ๐Ÿ’›


Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam ๐Ÿ’›
10/07/2022

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam ๐Ÿ’›

Sudah habis bayar loan kereta dan motosikal??Cuba lihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda. Nampak tak ada satu ay...
03/06/2022

Sudah habis bayar loan kereta dan motosikal??

Cuba lihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda. Nampak tak ada satu ayat yang tertera bahawa hak milik kenderaan tersebut dituntut oleh Bank pinjaman anda??

Soalan:
Apa yang perlu anda lakukan sekarang??

Jawapan:
Anda perlu batalkan nama Bank pinjaman itu dengan E-Batal.

Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.

Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.

Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah BAYARAN PINJAMAN HENDAKLAH SUDAH HABIS DIBAYAR SEPENUHNYA.

Cara-caranya:

1) Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan.

2) Pastikan dan dapatkan surat pelepasan dari Bank peminjam untuk meneruskan prosedur pembatalan ini. Namun, lebih baik lagi jika surat pelepasan tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.

Kerap bertanya kepada Bank peminjam sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.

3) Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan dan/atau membatalkan hak milik Bank peminjam itu. Tujuan ini adalah untuk mengeluarkan nama Bank peminjam daripada geran asal kenderaan tersebut.

4) Di cawangan JPJ tersebut juga, jangan lupa untuk pastikan terdapatnya cop E-Batal pada geran kenderaan anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya. Senang kan??

Kesimp**annya,

Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta.

Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan lagi hak milik itu jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila berbuat sedemikian untuk memudahkan urusan anda di kemudian hari.

Kredit: Puan Nadia Izzati

[PERINGATAN MESRA] Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)  & Lesen Memandu Malaysia (LMM) sehingga 31 Disember 2021
01/11/2021

[PERINGATAN MESRA]

Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) & Lesen Memandu Malaysia (LMM) sehingga 31 Disember 2021

01/11/2021

Tips berguna bila eksiden. Sila ambil tahu. Kalau x nak tertipu

Tahukah anda jika kemalangan dan longkai (penarik kereta) datang dan longkai akan suruh tandatangan dokumen supaya mereka dapat komisen 10%?

Janganlah sesekali anda tandatangan dokumen tu dan tak perlu risau longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu la ini la.

Jadi apa tindakan anda?
Pertama jangan tandatangan dokumen tu.
Kedua cakap kat dia saya cuma nak towing sahaja. Biasanya caj dalam RM200 je.
Tarik kereta anda ke balai yang sepatutnya untuk buat laporan polis (ikut kawasan la).

Lepas buat laporan suruh longkai tu hantar ke bengkel panel yang buat repair. Haaa yang kena ada pengalaman kalau tak ada pun tak apa just call insurance dan minta alamat panel yang buat repair kemalangan.
Lepas tu, hehehe ni bahagian yang best. Tibalah giliran anda p**a untuk claim 10 peratus dari tokey bengkel.
Caranya esok adjuster insurance akan datang bengkel dan kira jumlah kerosakan. Katalah kereta mahal BMW ke Mercedes ke total repair RM100,000 so anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel.
Sebab tu la longkai bergaduh berebut kereta sebab nak dapat duit komisen dari bengkel kereta.
Dan juga hati-hati ada bengkel kuat kencing sebab dia dapat claim dari insurance tapi dia tak tukar barang tu, dia just repair je.
Dan juga hati-hati kalau longkai kata hantar kat bengkel saya. Heheheh. Tu longkai penipu sebab longkai tak ada bengkel. Dia just pancing je.
Ini pengalaman aku la. Dulu aku kemalangan kereta hancur total claim RM120,000.
Jadi tokey bengkel tu terpaksa la bagi aku RM12k komisen dan juga lost of use 3 bulan sebab ambil masa lama untuk repair dan longkai hanya dapat duit towing je RM180. Hahahah memang panas longkai tu sebab tak berjaya nak makan aku.
Dan juga call insurance dan suruh dia emel detail barang yang sepatutnya tukar. Lepas tu cek satu-satu lepas siap repair.
Kalau kurang satu korang minta duit kat tokey bengkel tu. Kalau tak korang gertak nak buat repot polis sebab dia tipu. Dulu tokey bengkel kena gertak dengan aku terus dia bayar kat aku. Hahahah.

TAHUKAH ANDA?
Korang tau tak kalau korang kemalangan, selain boleh claim repair, korang jugak boleh claim Loss Of Use. Dia orang bagi pampasan RM30-RM50 sehari.
Katalah kereta korang duk dalam bengkel 30 hari, insuran akan bagi RM30 sehari.
Jadi, korang akan dapat RM900 selama kereta dibaiki. Tapi disebabkan rakyat Malaysia kurang perihatin akan hak pengguna, majoriti tak tahu pasal pampasan Loss of Use.

Kredit: Vortec info

Selamat Hari Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Stay safe everyone ๐Ÿ˜Š
16/09/2021

Selamat Hari Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Stay safe everyone ๐Ÿ˜Š

[INFO GRAFIK]JPJ TAWAR 70% PENGURANGAN PEMBAYARAN SAMAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN BAGI TAHUN 2021.
17/08/2021

[INFO GRAFIK]

JPJ TAWAR 70% PENGURANGAN PEMBAYARAN SAMAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN BAGI TAHUN 2021.











PENGECUALIAN PEMBAHARUAN CDL DAN LKM PERSENDIRIAN DARI 1 FEBRUARI HINGGA 31 MAC 2021Menteri Pengangkutan Malaysia, YBhg....
29/01/2021

PENGECUALIAN PEMBAHARUAN CDL DAN LKM PERSENDIRIAN DARI 1 FEBRUARI HINGGA 31 MAC 2021

Menteri Pengangkutan Malaysia, YBhg. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, telah memaklumkan di dalam siaran medianya akan memberikan pengecualian kepada semua pemilik kenderaan persendirian bagi tujuan memperbaharui LKM dan CDL berkuatkuasa 1 Februari hingga 31 Mac 2021.

Namun, para pemandu diingatkan untuk memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah serta menunjukkan salinan sijil perlindungan (e-cover note insurans) mereka kepada anggota penguatkuasa trafik sekiranya diminta.

Justeru, pemegang LKM dan CDL yang telah atau bakal tamat tempoh hendaklah memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 30 hari selepas tamat tempoh pengecualian diberikan iaitu sehingga 30 April 2021.

Pengecualian ini tidak diberikan kepada pemilik Kenderaan Perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV) kerana perkhidmatan pembaharuan yang berkaitan mereka dibenarkan di bawah Jadual Perkhidmatan Perlu (Essential Services).

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjadi pemandu berhemah dan mematuhi segala SOP yang ditetapkan MKN sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.











Facebook : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/

Twitter : JPJ_Malaysia
https://twitter.com/jpj_malaysia

Instagram : JPJMalaysia
https://www.instagram.com/jpjmalaysia

Youtube : JPJMalaysia
https://www.youtube.com/user/portaljpj

Telegram : JPJ_Malaysia
https://t.me/JPJ_Malaysia

Aduan :
http://jpj.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Address

KM15-3 Jalan Perniagaan Jelatang 1, Pusat Perniagaan Jelatang
Alor Gajah
78000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+6065562711

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Renew Roadtax Insurans Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Renew Roadtax Insurans Melaka:

Share