17/09/2014
[BANTUAN PENCARIAN RUMAH DI LONDON]
Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia
Sesi Akademik universiti di London bakal bermula. Pihak UMNO London mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar baru Malaysia yang bakal mememulakan sesi akademik tahun ini di London.
Bagi memudahkan perjalanan tahun pertama di London, Biro Kebajikan Kelab UMNO London mengambil inisiatif untuk memberi bimbingan serba sedikit dalam mencari penginapan sepanjang berada di London.
Bantuan dan bimbingan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1) Membantu memberi bimbingan dalam pencarian rumah di London. Memberi cadangan tempat, ajen pencari rumah dan hal-hal yang berkaitan dalam pencarian rumah
(NAMUN BEGITU, Biro Kebajikan Kelab UMNO London tidak boleh terlibat secara langsung sebagai orang tengah dalam pencarian rumah mengikut undang-undang tempatan. Bantuan yang bakal diberikan hanyalah bimbingan sahaja)
2) Menghubungkan pemohon kepada pemohon yang lain. Terlibat dalam mencadangkan ahli rumah kepada pemohon
Kami berharap bimbingan yang diberikan serba sedikit dapat membantu pemohon untuk memulakan kehidupan tahun pertama di London
Borang permohonan adalah seperti link dibawah. Tarikh tutup permohonan adalah 17 Oktober 2014
https://docs.google.com/forms/d/1mbIbbw2ePkWGWeyZnOodQwi3MpBnheCCzEx1shLvX0U/viewform?usp=send_form
Satu inisiatif Biro Kebajikan, Kelab UMNO London