05/25/2023
"The Secret Of Your Future Hidden In You Daily Routine."
โก Sudah lama terlibat dalam pelaburan saham, tapi target yang dimahukan masih belum tercapai.
โก Macam-macam kelas dah masuk, tapi hasil trading masih macam tu juga. Lebih banyak rugi daripada untung.
โก Kadang-kadang untung, tapi bila sekali rugi habis semua untung yang dapat sebelum ini.
Adakah anda tergolong di kalangan trader yang mengalami masalah seperti iniโ
Jika ya, cuba semak semula rutin harian anda.
โช Ada tak anda peruntukkan sebahagian daripada masa harian anda untuk mempelajari dan mengulangkaji ilmu pelaburan saham?
โช Adakah anda sudah letakkan usaha sehabis baik setimpal dengan result yang anda harapkan dalam mempelajari ilmu pelaburan saham?
โช Berapa jam anda peruntukkan dalam sehari untuk memantapkan ilmu dan kemahiran anda dalam pelaburan saham?
โช Berapa banyak buku berkaitan trading yang sudah anda baca?
โช Berapa banyak syarikat yang anda study dalam sehari?
โช Berapa banyak chart yang anda kaji dalam sehari?
โช Adakah anda sentiasa alert dengan berita-berita semasa berkaitan pasaran saham?
โก Jika semua ini masih belum termasuk dalam rutin harian anda, maka anda sepatutnya tidak boleh mengeluh dan berputus asa kerana sering mengalami kerugian dalam pasaran saham.
โก Anda sendiri yang lebih tahu sejauh mana usaha dan komitmen yang telah anda berikan.
โก Mahu tak mahu, anda perlu rajin dan konsisten berusaha untuk menjadi seorang trader yang berjaya.
๐ Binalah rutin harian anda sebagai seorang trader bermula dari sekarang! Jika anda fokus, konsisten dan sabar, masa anda untuk kecapi kejayaan akan tiba juga.