Prosper Islamic Funding

Prosper Islamic Funding Informações para nos contatar, mapa e direções, formulário para nos contatar, horário de funcionamento, serviços, classificações, fotos, vídeos e anúncios de Prosper Islamic Funding, Serviço financeiro, Brasília.

07/08/2024

Indikator Teknikal Terbaik Untuk Trading Jangka Pendek

Memilih indikator teknikal yang paling berkesan adalah satu pengembaraan yang panjang dan menarik dalam kehidupan setiap trader. Adalah penting untuk menyedari bahawa tiada indikator tunggal yang menjadi asas untuk pergerakan jangka pendek atau jangka panjang. Sebaliknya, setiap indikator mempunyai tetapan unik yang disesuaikan dengan keadaan pasaran yang berbeza.

Sebagai contoh, purata bergerak, RSI, MACD, dan Bollinger Bands adalah beberapa indikator yang paling dipandang tinggi dan sudah teruji. Dengan menggabungkan indikator-indikator ini, mengkaji signal mereka, dan memantau aksi harga, trader boleh mengesan setup trading yang menawarkan kadar keberhasilan yang lebih tinggi dan membuat keputusan yang bermaklumat.

06/08/2024

Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang meskipun berdepan cabaran luar

Kuala Lumpur: Ekonomi Malaysia berada di landasan yang baik meskipun berdepan risiko kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

"Ekonomi sebenar adalah yang paling penting. Sebab itu kita melihat kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Malaysia sememangnya kukuh.

"Kita berada di landasan yang baik dan akan terus berkembang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kump**an Wang Persaraan (Diperbadankan) Inspire 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai impak kemungkinan kemelesatan AS terhadap ekonomi negara.

Amir Hamzah berkata unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa ekonomi negara akan berkembang 5.0 peratus pada separuh pertama 2024, berada pada tahap tertinggi berbanding jangkaan Kementerian Kewangan sebanyak 4.0 peratus - 5.0 peratus.

"Sebab itulah, ringgit meningkat, bukan sahaja kerana AS ingin menurunkan kadar faedah tetapi turut kerana dasar yang bagus dibangunkan oleh kerajaan.

"Kita lihat ada banyak perkembangan yang baik dan tahap keyakinan juga meningkat," katanya.

Beliau turut menyifatkan kejatuhan pasaran saham global semalam berikutan pembetulan berlebihan dan bersifat sementara dengan prestasi Bursa Malaysia dilihat pulih hari ini.

"Ia berlaku di seluruh dunia kerana beberapa peristiwa yang berlaku seperti unjuran kadar pengangguran AS yang tinggi sedikit menyebabkan keyakinan berkurangan.

"Terdapat juga jangkaan AS akan menurunkan kadar faedah. Kita lihat ada pegangan yang diambil, justeru, pasaran turun kerana settlement (penjualan) yang berlaku," katanya.

Pada 12.19 tengah hari ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 30.85 mata kepada 1,567.33 daripada 1,536.48 pada Isnin.

05/08/2024

Kaotim Legasi serendah RM30

Kuala Lumpur: Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia), pengendali takaful pertama di Malaysia melancarkan Kaotim Legasi, pelan Hibah takaful mampu milik dengan nilai perlindungan hayat sehingga RM2 juta.

Kaotim Legasi merupakan pelan Hibah takaful mampu milik yang ditawarkan melalui platform digital Kaotim dari serendah RM30 sebulan.

Pelan Hibah takaful ini boleh dilanggan melalui dalam talian untuk memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia dan orang tersayang daripada kejadian yang tidak dijangka dan kesulitan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an Takaful Malaysia Nor Azman Zainal berkata, syarikat itu sangat gembira dengan sambutan positif diterima sejak pelancaran jenama dan platform digital Kaotim serta pelan Kaotim MediKad pada November tahun lalu.

"Kejayaan ini mendorong kami untuk melancarkan Kaotim Legasi sebagai produk terbaharu di bawah jenama Kaotim.

"Kaotim Legasi merupakan pelan Hibah takaful bertujuan membantu masyarakat merancang keperluan perlindungan kewangan mereka dan kelangsungan hidup ahli keluarga sekiranya berlaku kematian kepada pelanggan produk ini," katanya.

Menurutnya, pelan Hibah takaful ini dapat membantu menyelesaikan masalah warisan yang timbul akibat kematian, seperti masalah kewangan dihadapi oleh waris si mati sama ada untuk meneruskan kehidupan, mahupun melunaskan hutang si mati dengan menggunakan pampasan yang diperoleh.

"Anda boleh melanggan Kaotim Legasi sebagai hadiah kepada sesiapa sahaja, sama ada waris atau bukan, kerana pelan ini tidak tertakluk pada pembahagian harta.

"Ia berfungsi sebagai pengganti pendapatan jika anda tidak lagi boleh bekerja akibat hilang upaya atau penyakit kritikal," katanya.

Beliau berkata manfaat pelan Hibah takaful ini juga boleh digunakan untuk menampung kos pendidikan anak sekiranya hilang sumber pendapatan utama.

"Anda juga boleh menuntut pelepasan cukai jika melanggan Kaotim Legasi," katanya.

Menurutnya, matlamat syarikat berkenaan untuk memperkenalkan rakyat Malaysia kepada perlindungan yang dapat membantu kewangan mereka.

Kaotim Legasi berbeza daripada produk lain kerana pelan ini menawarkan nilai perlindungan hayat yang tinggi melalui platform dalam talian serta pilihan perlindungan tambahan untuk empat puluh lapan (48) penyakit kritikal.

"Kami yakin Kaotim Legasi akan menjadi penanda aras dan memberikan perlindungan yang diperlukan oleh para pelanggan kami.

"Para pelanggan boleh melanggan Kaotim Legasi dalam talian, pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan melengkapkan transaksi dalam hanya beberapa minit untuk terus dilindungi pada hari yang sama.

"Kami ingin memberikan pengalaman yang lancar dan efisien semasa melanggan Kaotim Legasi.

"Matlamat kami adalah untuk membina legasi penyelesaian perlindungan supaya kami terus kekal kompetitif dan dinamik dalam industri insurans dan takaful, sekaligus memperkukuhkan jenama Kaotim melalui rangkaian pelan perlindungan dalam talian yang menyeluruh dan mampu milik," katanya.

03/08/2024

Peraturan untuk pelaburan Halal

Pelaburan halal dianggap sebagai wang yang dilaburkan mengikut prinsip kewangan Islam. Garis panduan pelaburan halal berkisar tentang faedah, hutang, risiko dan tanggungjawab sosial. Menurut prinsip Islam, pelabur harus menerima bahagian keuntungan dan kerugian mereka tanpa sebarang faedah, kerana faedah adalah dilarang dalam Islam. Selain itu, sekiranya seseorang Muslim ingin melabur dalam syarikat, dia harus melihat terlebih dahulu aktiviti kewangannya dan menilai perniagaannya untuk memastikan sumber pendapatannya halal.

02/08/2024

Assalamualaikum da selamat pagi. Salam Jumaat, penghulu segala hari. Banyakkan selawat, zikir, istighfar dan berdoa di hari ini

Tiada pelaburan yang bebas daripada risiko. Anda perlu dedahkan diri anda dengan pengetahuan tentang risiko-risiko dalam...
01/08/2024

Tiada pelaburan yang bebas daripada risiko. Anda perlu dedahkan diri anda dengan pengetahuan tentang risiko-risiko dalam pelaburan agar anda dapat mengurus risiko-risiko tersebut dengan sebaiknya. Ini antara enam jenis-jenis risiko dalam pelaburan saham.

Tune Protect lantik How Kim Lian sebagai CEO kump**anKuala Lumpur: Tune Protect Group Bhd mengumumkan pelantikan How Kim...
31/07/2024

Tune Protect lantik How Kim Lian sebagai CEO kump**an

Kuala Lumpur: Tune Protect Group Bhd mengumumkan pelantikan How Kim Lian sebagai ketua pegawai eksekutif kump**an baharu, berkuat kuasa pada hari ini.

Beliau menggantikan Rohit Nambiar yang melepaskan jawatan itu pada Mei lepas.

Dalam kenyataannya, syarikat insurans itu berkata, peranan baharu How termasuk meningkatkan penembusan Tune Protect dalam ekosistem gaya hidup serta libat urus dengan penggiat utama serantau bagi memacu syarikat sebagai peneraju penyedia insurans serantau dalam sektor pengembaraan.

"Hala tuju strategiknya akan menumpukan usaha bagi mengetengahkan kemampuan syarikat sebagai penyedia perkhidmatan secara menyeluruh, melangkaui teknologi dan insurans semula, penyampaian pengalaman pelanggan yang konsisten dan tawaran produk di peringkat global," katanya.

Mengulas pelantikan itu, How berkongsi komitmennya untuk memacu pertumbuhan mampan dan keuntungan merentasi rantau terbabit, menyuntik nilai memberangsangkan untuk pelanggan kump**an, mengukuhkan kerjasama dan memaksimumkan p**angan kepada pelabur.

"Menerusi usaha memanfaatkan teknologi dan kepakaran kami yang mendalam dalam industri ini, terutama sektor pengembaraan, kami akan mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju penggiat insurans dalam ekosistem berkaitan," katanya.

How menyertai Tune Protect pada 2020 sebagai ketua pegawai kewangan kump**an itu dan berperanan penting dalam menyelia aspek portfolio perolehan, undang-undang dan kesetiausahaan korporat selain tanggungjawab terasnya.

Beliau sebelum ini timbalan ketua pegawai kewangan kump**an di syarikat penerbangan AirAsia.

99 Speedmart akan disenarai di Bursa Malaysia pada SeptemberKUALA LUMPUR: Rangkaian kedai runcit terbesar Malaysia, 99 S...
30/07/2024

99 Speedmart akan disenarai di Bursa Malaysia pada September

KUALA LUMPUR: Rangkaian kedai runcit terbesar Malaysia, 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) menyasarkan untuk membuat kemunculan sulung di Bursa Malaysia pada 9 September ini, dengan meraih RM2.36 bilion daripada tawaran awam permulaan (IPO) yang bakal dilancarkan bulan depan, demikian menurut dua sumber.

IPO pengendali rangkaian kedai runcit terbesar Malaysia, 99 Speedmart itu akan menjadi yang terbesar di Malaysia dalam tempoh tujuh tahun.

99 Speedmart, yang diasaskan oleh usahawan, Lee Thiam Wah pada 1987 sebagai kedai runcit biasa, merancang untuk menawarkan sehingga 17 peratus kepentingan, atau sebanyak 1.43 bilion saham bagi IPO berkenaan, menurut draf prospektus yang difailkan pada Mac lalu.

IPO itu merangkumi sehingga 1.03 bilion saham sedia ada dan 400 juta saham, demikian menurut prospektus terbabit.

Syarikat itu tidak memberikan maklum balas segera kepada pertanyaan Reuters untuk mendapatnya kenyataan mengenai garis masa kemunculan sulungnya di Bursa Malaysia, yang tidak pernah dilaporkan sebelum ini, dan jumlah yang disasarkan daripada tawaran awam berkenaan.

Sumber itu enggan dikenali kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk bercakap kepada media.

Pada RM2.36 bilion, IPO 99 Speedmart akan menjadi yang terbesar di Malaysia sejak penyenaraian Lotte Chemical Titan Holding Bhd pada 2017, menurut data LSEG.

Tawaran itu juga akan menjadi IPO terbesar di Asia Tenggara dalam tempoh setahun sejak penyenaraian Amman Mineral Internasional di Indonesia pada Julai tahun lalu, menurut data berkenaan.

Jumlah yang dijana daripada IPO di Malaysia adalah AS$674 juta (RM4.62 bilion), meningkat hampir 15 peratus berbanding tempoh sama setahun lalu, menurut data LSEG, menjadikan ia pasaran berprestasi terbaik di Asia Tenggara tahun lalu.

Pasaran yang cergas, termasuk rancangan IPO syarikat perkhidmatan data mudah alih, U Mobile Sdn Bhd, akan membantu menyokong aktiviti pasaran IPO di Malaysia yang mantap menuju ke tahun depan.

99 Speedmart dalam draf prospektus berkata, hasil IPO antara lain akan digunakan untuk berkembang di Malaysia, menubuhkan pusat pengedaran dan membeli trak penghantaran.

Ia juga akan menggunakan hasil terbabit untuk membayar balik pinjaman bank sedia ada.

99 Speedmart menyasarkan untuk membuka secara purata 250 cawangan baharu setiap tahun dengan sasaran segera kira-kira 3,000 cawangan beroperasi di seluruh negara menjelang akhir 2025.

Ia kini mengendalikan 2,542 cawangan di seluruh Malaysia dan 19 pusat pengedaran.

Cara mudah untuk kenali saham patuh syariah di Bursa MalaysiaSAC akan mempertimbangkan jumlah peratusan aktiviti kepada ...
30/07/2024

Cara mudah untuk kenali saham patuh syariah di Bursa Malaysia

SAC akan mempertimbangkan jumlah peratusan aktiviti kepada keseluruhan hasil dan keuntungan sebelum cukai (PBT) bagi sesebuah syarikat. Berikut adalah pengiraan yang akan dibuat dan dibandingkan dengan penanda aras aktiviti perniagaan yang berkaitan:

i. Semak aktiviti perniagaan syarikat
Perolehan daripada operasi perniagaan tidak patuh shariah hendaklah memenuhi kriteria peratusan tertentu. Peratusan ini berbeza mengikut industri. Contoh peratusan yang menjadi penanda aras:

Penanda aras 5%
Konsep penanda aras 5% digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang jelas keharamannya atau tidak selaras dengan prinsip syariah. SAC akan memastikan bahawa sumbangan aktiviti tidak patuh syariah haruslah kurang daripada 5% daripada jumlah pendapatan kump**an atau keuntungan kump**an sebelum cukai syarikat. Berikut adalah aktiviti-aktiviti perniagaan yang diselia oleh ahli panel SAC:

Perbankan konvensional
Insurans konvensional
Perjudian
Minuman keras dan segala aktiviti berkaitan dengannya
Daging khinzir dan segala aktiviti berkaitan dengannya
Makanan dan minuman yang tidak halal
Aktiviti hiburan yang tidak patuh syariah
Tembakau dan segala aktiviti berkaitan dengannya
Pendapatan yang dijana hasil daripada kadar faedah dan bunga
Segala jenis aktiviti perniagaan berkaitan yang tidak mematuhi prinsip syariah
Penanda aras 20%
Seterusnya, bagi penanda aras 20% digunakan untuk menyelia aktiviti perniagaan yang disenaraikan dan peratus sumbangan aktiviti tidak patuh syariah haruslah kurang daripada 20% daripada jumlah pendapatan kump**an atau keuntungan kump**an sebelum cukai syarikat:

Perdagangan saham
Perniagaan berkaitan broker saham
Hasil sewaan yang diterima daripada aktiviti yang tidak patuh syariah
Lain-lain aktiviti perniagaan yang dilihat sebagai tidak menepati prinsip syariah
ii. Semak tanda aras nisbah kewangan syarikat
SAC juga akan menetapkan bahawa jumlah riba syarikat tidak seharusnya melebihi 33% daripada keuntungan syarikat dalam aktiviti-aktiviti berikut:

Tunai ke atas jumah aset
Simpanan tunai di akaun bank dan instrumen konvensional keseluruhannya mestilah bernilai kurang daripada 33%. Simpanan tunai di perbankan Islam dikecualikan di dalam pengiraan kerana ianya tidak mempunyai riba.

Hutang ke atas jumlah aset
Hutang yang diambil kira ialah hutang yang berasaskan faedah dan ahli panel SAC akan memastikan bahawa ianya mestilah kurang daripada 30%. Manakala pembiayaan secara Islam ataupun sukuk tidak diambil kira dalam pengiraan dan saringan ini.

iii. Buat semakan dalam talian
Anda juga boleh membuat semakan saham patuh syariah secara dalam talian ataupun mengunakan aplikasi yang dimuatnaik ke peranti anda.

Daftar akaun CDS patuh syariah
Cara paling mudah ialah pelabur membuka akaun dagangan patuh syariah. Pastikan pelabur hanya membeli saham patuh syariah yang telah disenarikan di Bursa Malaysia dan telah mendapat kelulusan SAC. Selain itu juga pelabur boleh menghubungi remisier sendiri. Remisier yang bertanggungjawab akan mengajar pelabur cara mengenal pasti status saham yang dibeli. Ini kerana setiap platform dagangan mempunyai cara untuk memaklumkan pelabur masing-masing status syariah sesebuah saham. Walau bagaimanapun, setiap syarikat pelaburan mempunyai kaedah yang berbeza.

Buat semakan sendiri di laman web Bursa Malaysia
Langkah-langkah semakan adalah seperti berikut:

Pergi ke laman web Bursa Malaysia
Di ruangan ‘Get Quote’ tulis nama syarikat yang mahu semak
Ketik nama syarikat dan layari ‘Company Overview’
Semak di BURSAMKTPLC
Selain itu pelabur boleh melayari layari laman web BursaMKTPLC. Pendaftaran adalah secara percuma. Buat tetapan Shariah Mode semasa menggunakan laman web ini. Semua saham yang dipaparkan adalah patuh syariah.

iv. Buat semakan kualitatif
Selanjutnya, SAC juga akan memastikan persepsi umum masyarakat terhadap sesebuah syarikat adalah positif dan bersih. Imej dan aktiviti syarikat haruslah sejajar dengan perspektif dan selari dengan gagasan Islam. Akhirnya, setelah lulus kesemua syarat patuh syariah, barulah SAC akan meletakkan status patuh saham kepada syarikat-syarikat tersebut.

27/07/2024

Misi bimbing 200,000 usahawan

BYOND Group Sdn Bhd (Byond), syarikat latihan dan konsultasi yang memfokus pembangunan perniagaan kecil di Malaysia menyasarkan untuk membimbing 200,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam tempoh tiga tahun.

Pengerusi Byond Group, Abdul Basit Abdur Rahim berkata, sejak 2015, melalui anak syarikat, Byond Success Sdn Bhd, kump**an itu sudah membimbing lebih 100,000 usahawan dalam pengurusan perniagaan yang betul.

Katanya, kebanyakan cabaran atau isu yang dihadapi PMKS di negara ini adalah membabitkan pengurusan perniagaan dan pekerja terutama mereka yang baru menjadi usahawan.

"Kami membantu usahawan PKS (perusahaan kecil dan sederhana) melalui latihan berbentuk kelas, program dan tunjuk ajar (mentoring) yang mana usahawan yang dibimbing bukan saja dari negara ini, malah ada yang dari Brunei dan Singapura.

"Pemilik syarikat akan dilengkapkan dengan lima kemahiran utama iaitu jualan, automasi, simpanan, perkembangan dan pelaburan," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, usahawan yang dibimbing ini juga menyaksikan peningkatan dalam perkembangan syarikat mereka dan kira-kira 200 syarikat yang berada dalam 'golden circle' Byond mempunyai rizab tunai terkumpul bernilai RM198 juta.

Beliau berkata, sehingga ini, Byond Group memiliki 17 anak syarikat membabitkan pelbagai segmen termasuk hartanah, kesihatan serta perisian berkaitan perniagaan dan 120 orang kakitangan.

Sementara itu, Abdul Basit berkata, pihaknya juga berada di landasan tepat untuk menyenaraikan anak syarikatnya, Byond Tech Global Berhad di Pasaran ACE Bursa Malaysia, dengan nilai RM300 juta, menjelang 2027.

"Syarikat ini memfokuskan kepada pembangunan perisian dan sistem, antaranya MySyarikat iaitu sistem komprehensif yang membantu dalam pengurusan perniagaan.

"Lebih 100,000 syarikat sudah menggunakan sistem ini sejak diperkenalkan pada 2019," katanya.

27/07/2024

BERBUAT BAIK ITU TIDAKLAH SIA-SIA.
Sebenarnya, orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya. - Surah Al-Kahfi Ayat 30.

25/07/2024

Purata inflasi keseluruhan diunjur 2.0 - 3.5 peratus tahun ini

Kuala Lumpur: Inflasi keseluruhan diunjur mencatat purata 2.0-3.5 peratus pada 2024 manakala inflasi teras dalam julat 2.0-3.0 peratus bagi tahun ke tahun, kata Public Investment Bank Bhd.

Risiko kenaikan inflasi p**a bergantung kepada tahap limpahan daripada langkah dasar domestik berkaitan subsidi, kawalan harga serta faktor turun naik harga komoditi global dan dinamik pasaran kewangan.

Inflasi keseluruhan Malaysia kekal stabil pada 2.0 peratus tahun ke tahun pada Jun, lebih rendah daripada anggaran ramai atau konsensus sebanyak 2.2 peratus tahun ke tahun, disokong terutamanya oleh pertumbuhan lebih kukuh merangkumi makanan dan minuman, pengangkutan serta restoran dan hotel.

Bank pelaburan itu berkata inflasi teras juga stabil pada 1.9 peratus tahun ke tahun.

Sementar itu, Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangkakan inflasi meningkat pada separuh kedua 2024 susulan pelarasan subsidi bahan api diesel dengan risiko kenaikan seterusnya bergantung kepada keputusan membabitkan penyasaran subsidi bahan api RON95.

Walaupun inflasi lebih tinggi itu sebahagian besarnya didorong oleh kos, bank pelaburan itu berkata tumpuan perlu diberikan terhadap sebarang petunjuk tekanan akibat permintaan susulan langkah sokongan pendapatan seperti kemudahan Akaun 3 Kump**an Wang Simpanan Pekerja dan kenaikan gaji penjawat awam.

"Bagaimanapun, bersandarkan data pertumbuhan memberangsangkan setakat tahun ini serta tekanan harga yang masih boleh diurus, kami kekal dengan pendirian bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun," katanya dalam nota penyelidikannya, hari ini.

Dalam pada itu, HLIB dan Public Investment Bank turut mengekalkan unjuran bank pusat itu akan mengekalkan OPR bagi tempoh sepanjang tahun ini.

Endereço

Brasília, DF

Telefone

61 96825430

Notificações

Seja o primeiro recebendo as novidades e nos deixe lhe enviar um e-mail quando Prosper Islamic Funding posta notícias e promoções. Seu endereço de e-mail não será usado com qualquer outro objetivo, e pode cancelar a inscrição em qualquer momento.

Compartilhar