Maju Lestari

Maju Lestari Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maju Lestari, Investing Service, Level 19, 580 George Street, Sydney NSW, Sydney.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal daga...
24/12/2025

Ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Rabu, disokong penurunan mata wang itu susulan penyusutan Indeks Dolar AS (DXY).

Pada 8 pagi, mata wang tempatan itu melonjak kepada 4.0490/0710 berbanding dolar AS daripada paras 4.0615/0665 ketika ditutup semalam.

-Advertisement-
Ringgit sebelum ini pernah mencecah paras 4.0490/0530 pada 3 Mac 2021.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata DXY susut 0.39 peratus kepada 97.903 mata selepas Conference Board melaporkan keyakinan pengguna AS merosot kepada 89.1 mata pada Disember daripada 92.9 mata pada November, lebih rendah berbanding anggaran konsensus sebanyak 91.7 mata.

Beliau berkata, ringgit ditutup 0.39 peratus lebih tinggi berbanding dolar AS pada paras 4.06 semalam.

"Sehubungan itu, ringgit berpotensi mengekalkan momentum positifnya, disokong oleh data ekonomi terkini AS," katanya kepada Bernama.

Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5934/6076 daripada paras 2.6039/6072 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4718/5015 daripada 5.4851/4918, serta mengukuh berbanding euro kepada 4.7762/8022 daripada 4.7901/7960.

Mata wang tempatan turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang serantau ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1524/1701 daripada 3.1607/1648, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0126/0921 daripada 13.0486/0705, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 241.2/242.6 daripada 241.9/242.3 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.88/6.92 daripada 6.90/6.91 sebelum ini.

KUALA LUMPUR: Ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Rabu, disokong penurunan mata wang itu susulan penyusutan Indeks Dolar AS (DXY).

Usaha memperkasa usahawan tani luar bandar dalam ekonomi digital kini mencapai tahap baharu menerusi pelaburan berjumlah...
23/12/2025

Usaha memperkasa usahawan tani luar bandar dalam ekonomi digital kini mencapai tahap baharu menerusi pelaburan berjumlah RM210,000 hasil kerjasama strategik antara Shopee Malaysia dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Inisiatif ini dilaksanakan bagi melonjakkan prestasi komersial perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) agromakanan ke peringkat nasional melalui pembangunan keupayaan digital menyeluruh.
Menerusi program FAMART+, inisiatif nasional selama enam bulan ini berjaya membimbing 100 usahawan tani daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan orang kurang upaya (OKU), suri rumah, pelajar dan pengeluar tradisional luar bandar.
Pelaburan yang disalurkan merangkumi sokongan dalam bentuk baucar kedai, kredit pengiklanan serta insentif siaran langsung bagi memastikan produk mereka mendapat pendedahan maksimum di platform e-dagang berkenaan.

Assalamualaikum salam Jumaat good morning semua πŸ’“πŸ’“πŸ’“ semoga yg baik baik sahaja utk kita semua and semoga semua urusan ki...
12/12/2025

Assalamualaikum salam Jumaat good morning semua πŸ’“πŸ’“πŸ’“ semoga yg baik baik sahaja utk kita semua and semoga semua urusan kita dipermudahkan in sya Allah

Anda dah mula melabur?Melabur ni banyak manfaatnya dan min sangat rekomen anda semua mula melabur, lagi-lagi mereka yang...
11/12/2025

Anda dah mula melabur?
Melabur ni banyak manfaatnya dan min sangat rekomen anda semua mula melabur, lagi-lagi mereka yang usia muda.
Anda boleh gandakan wang dengan pelaburan dan capai impian kewangan anda.
Bagi yang baru nak berjinak dengan pelaburan, min nak kongsi 5 pelaburan risiko rendah yang anda boleh cuba!
Nak jana side income?

Address

Level 19, 580 George Street, Sydney NSW
Sydney, NSW
2000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maju Lestari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share